24 komen busuk

mari masuk peraduan.. aku rasa post ini melekat

memandangkan aku ini sangatlah baik hati, jadi aku berkira-kira untuk mengadakan satu peraduan.. tapi peraduan ini macam peraduan untuk budak sekolah rendah sahaja.. sebab sumpah senang macam haram.. kalau kamu ada adik berusia 5 tahun, lebih baik suruh dia yang main peraduan ini..

peraduan dia macam ini.. kamu ceritakan kisah paling kelakar yang pernah berlaku dalam hidup kamu dalam blog kamu sendiri.. tidak kisah la apa pun.. tidak kisahlah panjang mana pun.. macam ini pun boleh,

"hye, nama saya fatul.. saya kelakar.."


macam itu pun sudah kira kelakar.. lepas sudah selesai, hantarkan link entry kamu itu di komen post ini.. tajuk entry anda hendaklah seperti ini.. "fatul suruh buat entry kelakar".. senang aku nak detect nanti..

hadiah-hadiah dia bukan main lagi.. ada yang disponsor oleh Sunway Lagoon, Cosmo's World, Bukit Merah Laketown Resort dan juga Lost World of Tambun..

seorang pemenang akan dapat dua hadiah.. sebanyak 10 orang pemenang yang akan dipilih.. jadi, macam mana bodoh pun entry kamu, macam mana keji pun, kalau hanya 5 orang yang masuk peraduan ini, memang sah la kamu boleh jadi pemenang..

kamu tunggu apa lagi? sudah boleh mula menulis.. kemudian jangan lupa hantarkan kepada aku link entry kamu itu okay.. tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 November 2009 ..

updated : baru ada 5 penyertaan, kalau ada 5 orang lagi masuk pun boleh menang.. cepat ah..


Fatul Akrul Ramli's masterpieces are copyrighted

29 komen busuk

budak sekolah wajib baca, yang bukan budak sekolah haram..

setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk melegakan stress.. ada yang menyanyi lagu entah apa-apa sambil mengorek hidung, ada yang sembur febreze dekat seluar dalam dan ada juga yang upload video dia sambil menyanyi lagu entah apa-apa dalam youtube dan macam-macam lagi lah..



aku sendiri pernah bertanya kepada kawan aku, apa yang akan dia buat bila dia stress,

"hashim, kalau kau stress ke emo ke, kau buat apa?"

kemudian hashim menjawab,

"kalau aku stress, aku kunci pintu bilik, lepas itu aku bogel"

jadi, setiap manusia pun ada saluran tersendiri untuk menghilangkan stress.. ada seorang lagi kawan aku, dia lebih kreatif.. pemikiran dia tidak sama seperti orang lain, oleh itu, cara dia menghilangkan stress pun lain daripada yang lain.. di mana caranya adalah lebih ke arah kesihatan.. itu apa yang dia beritahu aku.. aku pun bertanya untuk mendapatkan kepastian.. kemudian, dia berikan aku satu link..


credit to wholefitness and tiara

itu adalah cara dia menghilangkan stress.. bukan dengan membaca artikel tersebut, tetapi mengaplikasikan isi kandungan artikel itu.. bagi kamu yang buat-buat faham bahasa inggeris, aku ingin memberitahu isi kandungan artikel itu.. secara literalnya, artikel itu menyatakan bahawa,

"lelaki yang memandang buah dada wanita selama sepuluh minit dalam sehari akan menjadi lebih sihat dan mampu memanjangkan umur sehingga 5 tahun lebih lama"

jadi, kawan aku itu pandang siapa punya? sampai sekarang pun aku berfikir.. maka, sekarang lelaki ada lebih alasan kenapa mereka perlu memandang wanita dengan lebih lama..



Fatul Akrul Ramli's masterpieces are copyrighted

26 komen busuk

akhirnya, ada juga topik yang matang..

setiap orang pun pasti ada sesuatu perkara yang dikesali.. maksud aku, kamu buat sesuatu perkara yang kamu rasa seronok, kemudian beberapa ketika, bulan atau tahun kemudian, kamu menyesal dengan apa yang kamu buat itu..

aku bagi satu contoh, razman yang cuba mengorat hana..

"hana, u tahu tak yang i sayang sangat-sangat dekat u?"

hana pun jawab,

"apa ni razman? i tidak suka lah macam ini.."

kemudian, razman membalas lagi,

"alaa hana, tapi i sayangkan u.. i tidak sanggup hidup tanpa u.."

razman rasa seronok buat macam itu.. waima, razman direject oleh hana.. kemudian, razman mula berfikir,

"siaa.. tak sangka aku cakap macam itu dekat hana.."

nampak tidak penyesalan razman? jadi, setiap orang pun pasti ada sesuatu yang disesali.. macam aku, aku ada banyak benda yang aku sesali.. salah satunya adalah apabila aku add perempuan dekat friendster yang sumpah gambar dia hot gila, macam bila kamu nak add dia pun kamu berfikir sama ada kamu cukup layak atau tidak untuk jadi rakan dia.. kemudian, bila dia sudah approve, kamu terkejut lalu berkata,

"siaa, lelaki rupanya.."

tapi, yang paling aku menyesal adalah membeli baju ini..


haha.. bodoh fatul..

kemudian, siap buat post pasal baju ini lagi.. lepas itu, macam bangga ada baju ini.. sudah ah, malu ah pula cakap pasal baju ini.. lepas ini aku mahu jual baju ini..



Fatul Akrul Ramli's masterpieces are copyrighted

38 komen busuk

kalau tiada myspace, boleh baca

perasan tidak? dahulu, masa myspace dengan friendster tengah panas, di mana semua budak sekolah wajib ada myspace atau friendster.. even kalau jumpa kawan baru, pasti akan tanya macam ini,

"kau ada myspace tak? friendster ke? nanti add aku.."

lepas sudah add, pasti akan dapat pesanan macam ini,

"HyE, ThAnX 4 dA AdD.. KoMeN My pIc k.. JAngAN SoMbOnG-sOMBONG.."

kalau nak comel lagi, mereka akan cakap macam ini,

"ThAnX!!.. KuMeN MY PiCcA K.. jAngan cHoMbONk-ChOmbONK NgAN KiTeW tAW.."

cuba bayangkan aku cakap macam itu dekat kamu.. haa, kan dah rasa nak lempang aku..

apa yang aku ingin sampaikan adalah, cara penulisan sesuatu pesanan itu.. nampak tidak contoh yang aku bagi dekat atas? ada huruf kecil, ada huruf besar.. cuba kamu tulis macam itu untuk karangan SPM.. mesti senang-senang dapat biasiswa untuk belajar di filipina, vietnam atau mana-mana negara yang tidak faham bahasa melayu..

itu adalah salah satu trademark budak-budak myspace.. tapi jangan tidak tahu, budak-budak myspace ada lagi satu trademark yang sumpah annoying.. setiap kali masuk page budak myspace, kamu mesti jumpa ini,


annoying gila..

itu lah dia.. suka ambil gambar sendiri.. lepas itu, kalau tidak lawa, guna photoshop untuk touch-up muka bagi cerah sedikit, kurus sedikit dan mungkin bagi tinggi sedikit.. kalau tidak reti guna photoshop, guna paint pun jadi lah..


sila gelak sekarang..


jadi, aku cuba untuk membawa trademark tersebut di facebook.. seseorang add aku di facebook, dan aku cakap dekat dia macam ini,

"HyE, ThAnX 4 dA AdD.."

lepas itu, dia balas,

"kau taip lagi macam itu, aku tak baca blog kau dah"

merajuk ah macam ni.. T___T



Fatul Akrul Ramli's masterpieces are copyrighted