Wednesday, April 1, 2009

ayam mengembek, kambing berkokok, kawan saya hisap rokok, dan dia memang mangkuk..

aku tahu perasaan kamu yang tag aku..

"gampang betul fatul ni, penat je aku tag dia, bukan nak buat pun.."

"kuang asam gelugor betul mamat ni, lepas ni aku taknak tag dia dah.. singgah belog dia pun taknak jugak"


haa, mesti kamu berperasaan macam tu kan..
yelah..
aku mintak maaf sebab tak buat tag kamu..
bukan apa,
aku tak suka menulis sesuatu yang membuatkan aku perlu berfikir,
tag umpamanya..
jadi kamu faham kan sebab kenapa aku tidak buat tag kamu..

tapi..
memandangkan hari ini adalah 1 April,
dan orang2 bodoh menggelarkan hari ini sebagai April Fool,
aku buatlah tag..

terima kasih kepada si comel emma (macam gelaran kucing lah pulak),
sudi tag saya pada hari April Bodoh ni..

1.copy badge "2009 cute's award" at my blog
2.Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
3.setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
4.pilih 5 penerima award yang lain dan nyatakan nama mereka
5. jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen menyatakan mereka telah di tag.

====================================================


====================================================


sekali aku baca instructions dia tu,
macam ayat hindu pun ada.. (maaf kepada anda yang beragama hindu, saya bukan racist)


PASAL AWEK TOMATO: (bukan awek kepada tomato ye)

1. beliau seorang wanita yang berasal dari mana ye? hihi.. aku lupa.. emma, kenapa kamu sgt nomad? kan orang da lupa.. :P

2. secara ikhlasnya, emma sungguh comel.. (okay, boleh potong sungguh tu) ..okay emma, tolong kempiskan hidung awak.. sangat tidak sopan..

3. emma ni sangat friendly.. sehinggakan kamu boleh menyangkakan yang dia adalah pelayan di kedai mamak yang kamu selalu pergi.. hanya perbezaan jantina serta warna kulit yang menjarakkan mereka..

4. kami baru sahaja kenal.. dan perkara yang mengejutkan aku adalah, beliau kenal ramai kawan2 aku.. (okay, tak terkejut pun.. saja nak buat macam gempak)

5. ini paling aku tak faham.. emma ni suka kat tomato.. kenapa emma tak suka durian je? hmmm

6. apa lagi eh?? emma, kita perlu lebih berkenalan.. huhu.. (okay, ini maknanya tamat)


PASAL KAWAN KEPADA AWEK TOMATO: (ye, aku lah tu)

1. nama dia fatul akrul bin ramli. BIN itu membuktikan beliau adalah seorang lelaki.. dan penulisan nama penuh itu menunjukkan bahawa dia sudah akil baligh ye faryn..

2. dia belajar di UTP.. (UTP?? ape tu?? ) .. UTP adalah universiti yang baru sahaja dilawati pemandu2 F1 di bawah PETRONAS iaitu Robert Kubica dan CAJSCLHAHHFLAH.. yelah, aku bagitau.. UTP tu Universiti Teknologi PETRONAS.. dan dia amik jurusan perubatan.. (haha, april fool!!)

3. nombor telefon beliau adalah ... dari talian maxis dan juga celcom.. ( aku tahu kamu teringin nombor telefon aku)

4. beliau sangat menggemari roti butterscotch sehinggakan beliau sanggup menyedekahkan roti2 tersebut kepada semut2 di dalam bilik beliau sambil berkata di dalam hati, "babi punya semut, roti rm4 tu!!". (kenapa perlu membabikan semut?)

5. mempunyai masalah penglihatan yang kronik dan akan menundukkan muka jika berselisih dengan kawan2nya kerana takut jika ditegur, salah orang.. (hey2, tak kronik pun lah..)

6. mempunyai beberapa kawan2 yang gay.. tetapi dirinya tidak sebegitu.. juga telah beberapa kali menasihati kawan2 gay beliau untuk berubah namun mereka menjadi lebih gersang.

7. mempunyai test pada minggu ini.. walaubagaimanapun, telah beberapa kali mengajak rakan2 beliau untuk keluar.

8. beliau tidak suka memarahi sesiapa.. dan lebih suka memendamkan perasaan (dem! kenapa macam ni?)

9. sering ditanya tentang hobi beliau, namun beliau akan menjawab "NO KOMEN".. yelah, dah kata model, takkan la nak bercerita tentang hal peribadi kepada wartawan2..

10. sangat gembira bahawa ini adalah point yang terakhir yang perlu ditulis.



maaf lah, saya tiada masa untuk tag sesiapa..tapi emma, fatul nak tag emma balik boleh tak?? hehe.. :P





8 komen busuk:

MeFrEe said...

saya suke butterscotch juga!!..hehe..oh2 fatul..r u sure u r not gay??....heee....

Fatul Akrul Ramli said...

hihi.. roti itu sgt sdap!! im totally sure of that .. :D

Ajwin Ajeera said...

tau xpe.
yg kismis tu tak sedap.
lalala

Dhada said...

Apa kna mgena ngn title tu ? (-_-) Ketok kang !

cIk JanNah said...

aha la.
pe kne mngena ngn title n3 nieh??

ptt la lau ngetag dia x penah nak wat~
hampeh jer

;)

emmatomei said...

tag kamoo suda di jawab!!!!
eytt senomad2 aku pon aku still ada tempat tinggl lor....hahaha aku asal pahang tp menetap di kelantan n sekrg belajar di kL... n akan dtg JEPUN kot hahaha...

Fatul Akrul Ramli said...

awin..

betol2..
mg x sdap pun..
aritu beli, skang xabis lg..
da expired da..
huhu..

dhada..

hihi..
title tu saje je..
da xde idea da time tu..
:P

Fatul Akrul Ramli said...

cik jannah..

hehe..
sory kalo x buat tag..
kdng2 bkn saje xmo buat,
bz sgt..
hehe..

emma..

hehe..
time kasih emma..
:)
thanx 4 evrything..
:) :) (byk btol smiley)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008