Monday, April 20, 2009

betul, tak tipu..

kalau diikutkan, azam tahun baru aku adalah..
untuk tidak menipu siapa-siapa..
(MAAF, AYAT AKU TU PUN SUDAH MENIPU)

aku tak berazam macam tu pun..
tapi jauh di sudut hati aku,
aku betul-betul tak mahu menipu siapa-siapa..
(SIAPA-SIAPA ITU TERMASUK MAKCIK CLEANER DEKAT VILLAGE 2 DI UTP JUGAK OKAY)

teringat pulak dekat makcik cleaner tu..
pada setiap pagi,
makcik tu akan bertanya soalan yang sama pada aku jika kami berselisih..

"pegi kelas ye dik?"

ini jawapan aku..

"ye makcik (SAMBIL BUAT MUKA TAK CUKUP TIDUR LAGI SATU JAM)"

tapi suatu hari tu,
agak-agak pukul 1 petang,
aku keluar dari bilik sambil berjalan terkedek-kedek untuk ke bilik mandi..
(DENGAN HARAPAN TIDAK BERSELISIH DENGAN MAKCIK CLEANER)

tiba-tiba..

"baru nak mandi ye dik?"

aku lantas menjawab,

"eh tak lah.. tadi dah mandi dah.. badan panas, tu yang nak mandi lagi tu.."
(CEHH.. PADAHAL BARU BANGUN TIDO)

jadi,
ketika itu aku mandi dengan penuh rasa bersalah terhadap makcik itu..
sehinggakan aku menangis..
(TAPI AKU RASA YANG MENGALIR ADALAH AIR SHOWER DAN BUKAN AIR MATA SEPERTI YANG DIUAR-UARKAN)

jadi selepas insiden itu..
aku semakin mencuba untuk tidak menipu..
sehinggakan pada malam tadi..

"dik, tolong bukak tingkap" (MACAM MANA BOLEH DENGAR KALAU TINGKAP TUTOP? TIPU LAGI LAH TU)

sreet sreet sreet...

"ni sticker mana nih??"

aku jawab,

"saya baru bawak kereta je pakcik.. so, belum sempat nak apply sticker lagi.. lagipun hari ni kan cuti.. macam mana nak apply?"

pakgad tak puas hati sebab tak dapat nak saman aku tu bertanya lagi,

"bila kamu bawak kereta ni?"

aku yang tenang dan tidak mahu kena saman pun jawab lah..

"baru je hari ni pakcik.. kan weekend ni.. so, kalau balik rumah bertemu keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama sendiri.."


pakgad semakin tidak puas hati kerana hujah dia ditentang begitu sahaja bertanya lagi,

"apa bukti kamu baru bawak kereta ni hari ni? mana tahu kamu sudah berbulan-bulan atau berminggu-minggu bawak kereta ni.."

aku yang semakin kacak dan masih tidak mahu di saman memberi jawapan ini,

"ape kejadahnya pakcik nak saya bagi bukti? pakcik mahukan saya memberikan kesan cap jari saya pada tiket utk tol highway PLUS tu ke? ataupun pakcik mahu saya telefon bapa saya di perantauan untuk bertanya yang saya baru sahaja balik dari teratak bonda?"

pakgad yang mula frust tak dapat saman aku pun berkata,

"haa. buat sticker tu cepat-cepat ye.. kalau tak nanti kena saman"

vrrroomm vrrroommm.. (SAMBIL TERSENGIH MENINGGALKAN PAKGAD BERSAMA PERASAAN FRUST BELIAU)

kalau diikutkan, dah beberapa ketika aku bawak kereta..
tapi aku memang tak pernah apply sticker lagi..
sebab ikut syarat,
seorang student hanya boleh apply untuk satu sticker sahaja,
aku sudah pun apply sticker untuk moto 125z yang sudah di modify aku itu..
(OKAY, KENAPA AKU CERITA SEMUA NI?)

aku baru sahaja menipu pakgad..
tapi orang kata itu tipu sunat..
(BESTNYA KALAU TIAP-TIAP KALI TIPU PUN , KENA SUNAT)

tapi agak-agak boleh efek markah final tak kalau aku tipu tu?
sebab PETRONAS nak aku dapat 3.00 MINIMUM..
kalau tak dapat,
aku kena tipu TAN SRI HASSAN MERICAN pulak lepas itu..

dem!!
aku tipu lagi..

12 komen busuk:

emmatomei said...

ahaha... pakgad UTP gile kuasa...
baik die jd polis traffic je...
pantang nmpk kesalahan ckit...
mau nyaman aja... ish3x... :)

Fatul Akrul Ramli said...

memang pun..
lepas tu sape yg tak byr saman,
xleh amik slip exam..
shit betul..

pink_butterfly said...

ya Allah, pintar nya bdk ni~~~

anak sapa la ni~~~


hahah

Fatul Akrul Ramli said...

eh2..
terima kasih..
haha..
:P

.kakijalan. said...

cis hidup kau penuh penipuan sampai aku nak berak mendengar nya. ok aku tipu.

Fatul Akrul Ramli said...

sebenarnya aku tipu yang aku sedang menipu orang yang tertipu oleh penipuan seorang penipu yang suka menipu orang tertipu yang sering tertipu..

diLa said...

fatul penipu..
repot kat pakgad kerek utp..;p

weyh..
pakgad utp sme poyo ng pakgad ukm!
hahaha..
memg agaknye tyme kursus induksi dorang mereka telah diarahkan utk jadi gile kuase n poyo lahh..
bukan slh mereka oke!

*knape perlu sokong pakgad?? dem!*
=P

Fatul Akrul Ramli said...

haha...
pakgad tu tau saye menipu..
cuma dia buat2 tak tahu je..
kihkih..

mungkin jugak lah..
mereka gila kuasa dan mata duitan..
kita perlu bubarkan jawatan2 pakgad di semua universiti..
haha..
:P

diLa said...

kalo bubarkan pakgad2 ni..
kite sbgai student kekurangan satu hiburan lahh!

cube kamu byangkan~
-sape nk ronda malam di kawasan hostel yg berhantu n kemudian mnyebarkan cite2 hantu itu??
-sape lg yg mau carik pasal ng student2 yg xde sticker knderaan n nk bersoal jawab kt pondok pengawal mereka??
-sape juge mau tunjuk macho depan main gate smbil posing maut dgn uniform biru mereka??
*uniform pakgad utp kaler biru gak kn??;p*

so..moral of d story..pakgad itu penting demi keseronokan dan hiburan utk kite sbgai student yg noty!;p
*bukan kite, kamu jek yg noty!*

Fatul Akrul Ramli said...

astaga..
pjgnye makcik tulis..
hehe..
takpe2, bgus..
improvisasi..
alaa, pakgad tu hiburan yang hedonisme..
hiburan melampau2 smpai kadang2 kene bayar rm30 untuk berhibur..
haha..
nex sem nak jadi mpp lah..
nak bubarkan pakgad..
kita letak polis je terus..
polis mesti taknak cek sticker pun..
hihi..

Monkey D Luffy said...

bertuahnya ko dapat biasiswa petronas... jangan tipu ler.. studi rajin2

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
terima kasih bapak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008