Monday, April 27, 2009

ini sedih.. jangan menangis

aku tak faham betul dengan manusia ni..


semalam,

duit nuffnang aku baru lebih RM15..
itu pun lepas setahun blogging..

hari ini,

nuffnang bagi tahu aku yang status gliteratti aku dah dibatalkan..
sebab aku letak benda jadah youthm**** tu..
(YANG AKAN KELUAR DEKAT BOTTOM RIGHT CORNER BILA KAMU BACA BELOG INI)

so, cepat-cepat aku tukar kepada adverlets..
dan duit aku dah ada 10 sen..
menarik bukan?

---------------------

masa aku muda-muda dulu,
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun,
aku tidak pandai main bola..

tidak pandai main bola bermaksud,
tidak ada pengetahuan langsung tentang bagaimana untuk mengawal bola untuk menjaringkan gol..
dan bukan tidak tahu bagaimana untuk menggolek-golekkan bola tersebut..

walaupun begitu,
aku ada team bola sendiri ketika itu..
hebat kan?
budak-budak dalam team aku tu boleh dikatakan semuanya wakil sekolah..
cuma aku sahaja yang tak terpilih..
bukan apa,
aku cuma tidak hadir masa pemilihan pemain untuk wakil sekolah je(OKAY, JANGAN TANYA APA-APA LAGI)

jadi, kalau kami nak main bola petang-petang,
kami akan membahagikan ahli kumpulan..
caranya..
dengan OO-SOM( SUMPAH AKU TAK TAHU EJA NI )

biasanya orang yang akan OO-SOM tu,
memang pemain yang handal la..
sebab tidak mahu nanti ada team yang tak balance..

bila mereka OO-SOM tu,
mereka akan memilih pemain yang handal terlebih dahulu,
dan pemain yang tak tahu main akan dipilih last sekali..

orang macham aku dipilih time bila?
haa, itu yang kita tak tahu..

biasanya aku akan dipilih hujung-hujung la..
tapi bukan yang last sekali okay..
aku akan dipilih dalam ketiga atau keempat yang terakhir la..
(ITU PUN SEBAB AKU ADA KELEBIHAN PARAS RUPA)

"amik fatul la weh, dia hensem sikit"

bisik salah seorang ahli kumpulan aku kepada orang yang sedang OO-SOM itu..

"hensem sikit? dem!!"

aku bermonolog..

tapi aku tak kesah..
janji dapat main..

tapi sebentar tadi..

aku baru sampai di Pusat Sukan UTP..
aku keluar dari kereta..
aku dengar orang panggil aku..

"FATUL!! "

agak kuat jugak suara tu,
tapi aku hiraukan,
SEBAB AKU INGAT ITU HANYALAH ANTARA PEMINAT AKU YANG OBSES DENGAN AKU KETIKA AKU PAKAI SELUAR SHORT..

aku masuk kereta balik untuk ambil telefon bimbit,
bila aku keluar balik,
orang yang panggil aku itu pun datang kat aku..
seraya berkata,

"fatul, jom main.. kita tak cukup orang.. "

wah, tak sangka ada jugak orang yang perlukan aku..
rasa bangga jugak time tu..
rasa macham kena panggil dengan cikgu disiplin sekolah sebab tak pakai stokin je..
(DAH DUA KALI DAH AKU CAKAP MACHAM.. SEKALI LAGI, AKU TAKNAK BLOGGING DAH)

tak perlu nak OO-SOM-OO-SOM dah (HAHA, COMELNYA ULANG DUA KALI)


tapi, sesampainya aku di court..

"haa, itu dia bob datang.."

pemain yang sepatutnya main sampai..
jadi, aku??

"Fatul, kau duduk lah dulu ek"

sedih owh macam tu..
baru nak bangga,
baru ingat nak call mama dengan papa dekat rumah..
nak suruh mereka buat kenduri kesyukuran..
tsk~

20 komen busuk:

syafiqah said...

main bola pun boleh ikut kehenseman eh?
blog anda sangat kelakar. :)

Fatul Akrul Ramli said...

hehe..
itu kata mereka lah..
owh, terima kasih..
:)
(OKAY FATUL, JANGAN KEMBANG)

diLa said...

sgt tacing oke~
alololo~

shen said...

hahaha kes macam sama..
tapi aku sebab mmg kaki bangku so aku buat buat sakit bila ade permainan bola...cool kan?

so masa skolah rendah org expect aku ada allergic kat football. neat

Ajwin Ajeera said...

ksiannye dia..
takpe.
nnti kite lawan futsal sesame eh.
hehe

Monkey D Luffy said...

aku dah lah tak hensem

kaki bangku gak

:(

pink_butterfly said...

"amik fatul la weh, dia hensem sikit"



hak3...ayat xble tahan. nek bebulu bijik mata aku baca.

.kakijalan. said...

ko tak boleh lawan aku.
aku selalu oo-som yang mula-mula.
tu pun kalau yang main mesti budak-budak jauh lagi muda daripada aku.ok.

Fatul Akrul Ramli said...

kak dila..

okay,
sila nangis sekarang..

shen..

owh..
tak sama case..
kau lagi teruk..
haha..
gurau2~ :)

awin..

haa~
nanti nak ajak main,
contact fatul ye..
hihi..
(TERASA BANGGA, BOLEH BUAT KENDURI KESYUKURAN)

kapten..

haha..
kau hensem ape..
(MACAM GAY JE BUNYI DIA)

rama-rama..

wah..
biji mata berbulu?
bagaimanakah itu??
lala..

kakijalan..

cehh,
berlagak..

Dhada said...

Sian kamu cencomot . Rasa nk menangis aku baca entri ni . (ckp sambil gelak guling2) ;D

Fatul Akrul Ramli said...

sampai hati kamu..
sedih tahu tak..
tsk~

Umar Zakir Abdul Hamid said...

sadis gile la
tsk2
meh papa bagi hug
>:D<
nak papa pukul bob tak ?
tsk2
memang anak papa


*aku cadang kau tukar setting letak comment.so nanti orang yang takde google akaun pon stil leh comment.kau leh carik dekat setting .alow everyone. 2cents*

Fatul Akrul Ramli said...

sebelum ni memang aku dah allow pun
(NAMPAK SANGAT KAU LAMA TAK KOMEN)
tsk2~
tapi bila aku allow,
ada orang dengkikan aku..
aku prefer macam ni..
:)

diLa said...

hahaha..
fatul ade papa rawk aa!;p

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
rawk lah sgt..
zzzz..

Ajwin Ajeera said...

fatul ni saje je masuk..
tanak bg awin can lgsung!
tau la dia kachak.

p/s : saje kipas fatul.bg dia vote byk2 skit.haha

Fatul Akrul Ramli said...

hehe..
padan muka awin..
mesti awin kalah..
:PP
wekk

matahari said...

~~klaka la kamu ni~~ske bce blog ni~~hehehhe

MeFrEe said...

siyes wo0..agak sedih disitu..
jaat la ur fren yg pnggil u tu..haha...

Fatul Akrul Ramli said...

matahari..

hehe..
terima kasih..
:)

diba..

dia memang jahat..
tsk~
T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008