Wednesday, April 8, 2009

mentaliti bukanlah sebiji mentol..

haa, mari kita berbicara tentang mentaliti..

maaflah, topik ini agak matang,
jadi, bimbingan ibu bapa serta agama amat diperlukan
untuk anda yang berumur kurang daripada 21 tahun..

muka surat 678, kamus dewan bandaraya menyatakan bahawa,
mentaliti adalah cara pemikiran manusia..
apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah,
mentaliti manusia yang bergelar melayu..
kamu tak tahu melayu tu apa??
ini contoh orang melayu..

"ey, u apa khabar? long time no see. i baru je habis meeting with my client ni.. "


okay, itu bukan orang melayu..
itu cara percakapan orang melayu..
(jangan nafikan, aku juga begitu)
tapi aku bukan melayu..
bagi kamu yang mengenali aku,
kamu tentu tahu, aku adalah mixed..
iye, betol!
mak aku perempuan, ayah aku lelaki..
mixed la tu kan..

baiklah, bersambung pasal mentaliti..
sini, aku bagi satu contoh..

jika anda dengar satu kereta ni pasang sound system sampai full volume,
secara automatiknya, anda dapat mengagak lagu yang dipasang bukan..
mungkin techno, mungkin tarantula, mungkin juga eiffel..

tapi..
cuba bayangkan jika suatu hari,
anda berada di sebelah kereta yang memasang full volume..
tetapi mendendangkan lagu misha omar..
bunga-bunga cinta..

"bunga-bunga cintaaaa~ layu di pusaraaaa... "

(maaf, teremosi pulak)

apakah reaksi anda?

  1. anda mungkin akan membuat muka russel peter sambil menunjukkan jari tengah anda kepada pemandu dalam kereta tersebut.
  2. mungkin juga anda akan bertepuk tangan kerana ada juga orang yang membeli CD misha omar di pasaran gelap.

bagi aku, aku akan lakukan pilihan pertama..
dan kalau boleh, aku nak cabut jari tengah aku,
dan bagi kat pemandu kereta tu..

tapi ada perkara yang lebih penting dari itu..

jika kamu sedang nampak seseorang sedang bercangkung,
tak kira lah di KFC ke Mid Valley ke mahupun di depan tandas,
jangan buat andaian bahawa mereka sedang membuang air besar dengan berkata..

"Woi!! takde tempat lain ke nak berak??"

ini adalah kerana, mereka mungkin sedang mencari duit syiling mereka yang hilang..
mereka juga mungkin sedang mengira bilangan rambut mereka yang gugur..

sebaiknya, anda bertanyalah kepada mereka..

"awak, apa awak sedang buat itu??"

harap-haraplah jawapan sebegini..

"saya sedang mencari duit 20 sen saya yang hilang.. saya mahu membeli choki-choki.. tetapi entah bagaimana duit saya hilang.."

kamu perlu menjawab begini..

"ooo.. kalau macam tu, boleh bagi nombor telefon awak tak?? mana tahu tiba-tiba saya terjumpa duit awak tu.. boleh la saya contact awak.."

ini jawapan beliau..

"oo.. boleh-boleh.. nama saya intan.. ni nombor saya.. 0193412345.. tolong saya okay.."


haa, kamu lihat tu..
sedikit perubahan pada mentaliti..
anda mampu mendapat nombor telefon seseorang..
kalau cun, bertuah la kamu..
kalau tak, maaf lah..

saya masih belum berubah..
anda bagaimana??

15 komen busuk:

F A R Y N said...

aku tau....



ko lom akil baligh lagi...




hahahahaahaha

mugiwara said...

sila berubah.
itu saja yang aku pesan.

Dhada said...

Aku cadangkan kamu menghantokkan kepala ke dinding rumah kamu .

Fatul Akrul Ramli said...

faryn..

damn ah kau..

mugiwara..

terima kasih..
:)

dhada comey..

isk2..
kesian lah aku nanti..

sue-mai.al-musadda said...

aku br 20..memula tu igt xnk bace da sbb ko ckp kne ad bimbingan org dewasa..
tp aku degil..aku bace gak..
skrg aku da nyesal..
mungkin aku x ptt degil..

Fatul Akrul Ramli said...

ish2..
tula..
degil..
len kali kene dgr ckp org tua..
okay..

.kakijalan. said...

no tah sape-sape la ko petik ni.
kesian beliau.huhu.

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
ko try kontek ke??

.kakijalan. said...

tak pon.
nasib baik aku takde kredit.hahah.

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
kalo nak, try la kacau.
mana tau nasib kau baik..

~m[0][o]n.P[o]R[L]o~ said...

no spe uh?
ahaa.
intan tu cantik x?
choki2 tu jumpe x??

*mentaliti melayu si moon*

Fatul Akrul Ramli said...

try la kontek..
:)

perghh, cantik syal..
cair aku tgk dia..
siyes!
apasal nak jumpe choki2 pulak??
dia tgh cari duit kot..

~m[0][o]n.P[o]R[L]o~ said...

dye kan cri duit nk beli choki2.
melayu mudah lupe ape dye tulis.
haha.amik ko kne balik ;p

Fatul Akrul Ramli said...

adik,
jgn la begitu..
pemikiran kamu masih cetek lagi ye..

cari duit dan cari choki2 tak sama..
kalau kamu nak cari bf, same ke dgn kamu nak cari anak??

tidak..
:)

Melzie said...

"mak aku perempuan, ayah aku lelaki..
mixed la tu kan.."

LOL XD
Good one.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008