Monday, April 20, 2009

si kacak mengomel

aku tahu sudah beberapa ketika aku tidak letak gambar aku dalam mana-mana post aku..
aku bercerita tentang diri sendiri,
tapi letak gambar orang lain..

sehinggakan ada orang yang berkata kepada aku,

"fatul, kamera kat telefon bimbit kau dah tercabut ke?"

okay lah.. okay lah..
aku mintak maaf..
aku macham tak berminat untuk mengambil gambar hanis zalikha pun ketika ini..
(OKAY, KENAPA MESTI EJA MACAM SEBAGAI MACHAM??)

tapi hari ini aku baik hati..
aku nak letak gambar aku..
gambar ni kamu boleh tengok kat sebelah kanan belog ini..
cuma kali ini aku nak menghuraikan segala kekusutan di minda kamu tu..

mana taknya..
lepas aku letak gambar tu,
boleh katakan setiap hari ada orang bertanya tentang gambar itu..

"kau kawan dengan gay ke fatul? kalau macham tu mesti kau pun gay jugak"
(OKAY IZ, KAMU DAH MEMPENGARUHI CARA PENULISAN "MACAM" AKU)


"apasal kau pakai AJHSAHCJASN kat kepala kau tu? kau ingat comel lah? macham ape je aku tengok"
(OKAY, ANNOYING BETUL EJA MACAM SEBAGAI MACHAM BANYAK-BANYAK KALI)




gambar ini ketika aku form 5

pertama sekali,
aku sangat amat tidak bukan tidak seorang gay..
(ITU PUN ANNOYING JUGAK TAHU TAK)
mereka pun bukan gay..
mereka cuma melepaskan tekanan..

kamu nampak tak timbunan buku atas meja tu?
okay, memang sedikit kalau nak banding dengan MRSM SERTING, MRSM PENGKALAN CHEPA, serta banyak lagi MRSM yang penuh disebut oleh rumate aku..

tapi kamu perlu tahu,
kami bersekolah di sekolah yang semuanya lelaki..
aku ulang, LELAKI..
jadi, kami sangat dahagakan kasih sayang dari

ibu bapa kami..
(AKU TAHU KAMU FIKIR AKU AKAN CAKAP PEREMPUAN)

maka, itulah caranya kami melepaskan rindu terhadap ibu bapa kami..
kalau nak lepaskan pada guru-guru atau pengetua,
kami perlu memberi alasan yang cukup munasabah kepada mereka..
tapi kalau kepada rakan-rakan......
(SILA RUJUK KEMBALI KEPADA GAMBAR)



bagi persoalan yang kedua pula..

aku pakai AFKJDFNJKA tu tanpa sebab..
(OKAY, AKU TIPU)
aku pakai tu sebab esoknya aku ada pertandingan kawat kaki..
maka, aku perlu membiasakan diri dengan pemakaian SFHAFHLFA itu..
(MAAF, SEBENARNYA AKU TAK TAHU APA NAMA BENDA YANG AKU PAKAI TU)

tapi bila aku pakai,
aku terasa kachak..
(KENAPA MESTI ADA "H")

jadi, ramai yang nak ambil gambar aku..
tidak dapat tidak, aku bergambar jugak..
dan itulah hasilnya..

aku harap post kali ini dapat menjawab segala kumis dan hamis di kepala kamu tentang gambar tersebut..


15 komen busuk:

.kakijalan. said...

woih aku macham terfaham ko nak melepaskan rindu dekat ibu bapa.
macham tu jugak ke ko melepas rindu dengan ibu bapa?
woih woih.
aku pun da terikut okeh.

pink_butterfly said...

oohh..sgt enchem kamu...


herk, enchem ok...bukan handsome.

sila jgn prasan.

=p

Fatul Akrul Ramli said...

kaki jalan..

owh tidak2..
itu cara mereka..
cara aku lain..
:D

rama2..

uh2 sedihnye..
baru nak perasan..
isk2~

cIk JanNah said...

haha..

kamu g kachak la..

H?

apakah??


;)

Fatul Akrul Ramli said...

owho..
terima kasih..
:P

Monkey D Luffy said...

ko gay ;p

Fatul Akrul Ramli said...

haha...
dem u!!

diLa said...

a'ah..
fatul memg gay!
:)

Ajwin Ajeera said...

baru tahu warna sebenar fatul.
hahaha

thejijie said...

haha..sgt mengomel lah kamu:P

Fatul Akrul Ramli said...

dila..

hey makcik!!
pukul kang!!

awin..

apakah warnanya??
haha..
awin pk bukan2..
ketuk kang!

jijie..

eh,
tak sangat pun..
sikit jee..
:D

hannah joe said...

hak hak
skit2 ke gay?
:P
x.hang normal.

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
terima kasih la sbb prcaye aku

lea said...

sensored nya gambar tue...

terpaksa pejam mata

lalala~~

Fatul Akrul Ramli said...

kalau pejam ,
tak dapat la baca habis2..
:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008