Monday, May 18, 2009

hey, seluar dalam itu milik saya!

sedang kami dalam perjalanan di highway PLUS dari Bukit Merah Laketown Resort untuk ke UTP, kami melalui jalan yang berbukit-bukit.. dan sudah menjadi norma kehidupan kalau manusia berada di latitud yang tinggi, telinga akan berdengung..

tapi tadi, seorang rakan aku berkata..

"wah, telinga aku dah mula bengang"

aku terdiam.. berfikir..

"kalau berdengung adalah bengang.. aku memang berdengung dengan kau sekarang"

---------------------------------

beberapa hari yang lepas, ada beberapa orang yang sering bertanya aku dengan beberapa persoalan yang lebih kurang sama..

"kenapa kau tak cerita pasal hari guru, hari ibu, hari bapa, hari khamis dan hari jumaat?"

"kenapa kau tak wish cikgu-cikgu mahupun mak kau?"

pertama sekali, aku tahu cikgu-cikgu dan mak aku tak akan pernah, sekali-kali pun baca belog aku.. sedangkan Tun Dr Mahathir pun tak baca belog aku, ini kan pula cikgu-cikgu sekolah aku.. (-_-") .. jadi, aku tak perlu bercerita tentang hari guru mahupun hari ibu dalam belog..

kalau aku bercerita juga, itu umpama aku bersin, lepas itu aku tutup telinga.. (OKAY, AKU TAK TAHU KAITANNYA)

cakap pasal guru-guru ni, aku teringat kisah aku zaman sekolah dulu.. memang seronok..

aku rasa dekat mana-mana sekolah pun, pelajar-pelajarnya akan buat perkara yang sama.. masa sekolah dulu, aku selalu tulis nama dekat setiap barang-barang milik aku.. contohnya dekat pemadam, buku-buku, pencil case dan juga pembaris aku.. lepas tu siap tulis macam ni lagi,

"jangan curi, siapa curi berdosa.. Allah nampak.. nanti masuk neraka"

bukan apa, masa tu, boleh dikatakan barang-barang aku kerap sangat hilang.. tapi, bila aku tulis nama, susah nak hilang.. lagi satu, nama aku kan unik.. so, orang susah nak mengaku barang yang ada nama aku tu mereka yang punya.. contohnya kalau dalam kelas ada ramai muhammad.. dan kamu letak nama dekat barang kamu tu muhammad jugak..

"weh muhammad, apasal pulak ni kau punya, ni ada nama aku ni.. nampak ni, "muhammad".. so, aku punya lah.."

boleh menimbulkan kemarahan macam tu..

hari berganti hari, sehinggalah aku masuk ke asrama, aku masih berjumpa dengan orang yang tulis nama dekat barang-barang mereka.. tapi aku sudah berubah sejak masuk asrama, tidak lagi tulis nama dekat barang-barang aku kecuali dekat baldi..

dekat baldi masih boleh terima lagi lah, sebab ada ramai student yang gunakan baldi yang sama warna.. tapi aku tidak dapat terima kalau..


kamu tulis nama dekat seluar dalam kamu..


ya ampun! kenapa nak tulis nama dekat situ.. dah lah dekat belah depan pulak tu.. letak nama penuh lagi.. siap letak nama ayah..

"hye.. nama saya mutusamy a/l mutusama.. dan ini.. ini adalah SELUAR DALAM SAYA.."

wtf.. lepas itu, boleh pula dekat belah belakang seluar dalam tu, dia tulis nota ringkas.. "jika terambil, sila pulangkan di bilik JAHFWEKJNA"

siapalah yang boleh terambil seluar dalam yang sudah terpahat nama sendiri macam tu.. kamu nak ambil ke??

30 komen busuk:

emmatomei said...

okok bg emma gelak untuk beberapa ketika... sngt kelakar story kamoo nie fatul.... yg paling nk tergelak tym seluar dalam, ada ke patot, mmg tak patot sape la yg nk gune seluar dalam org... tak pasai2 jadi beruk seketika garu sana garu sini :P werk~

milimilo said...

haha..dulu2 zmn skolah mmg suka tulis jangan curi dkt sume alat tulis yg ade..bile dah maju sikit,tampal sticker name je..

part tulis nama kat sua dlm tuh blom pnah jumpe..kalo jumpe,rasenye nak kidnap sua tu n tayang kat blog..gila kejam..heeee :DD

MeFrEe said...

haha..
siyes fatul dieorg letak nama???
umur brape tu?
ke..ehem. ke u yg wat fatul...hik2...ngee =D

Tijah said...

hahahaa.

tapi aku ada 1 cara terbukti paling berkesan. mmg takde sapa sanggup curi punya...

ko tulis kat suar ko tu..

"sapa curi dia anak babi"

Dhada said...

Laa nape mak kamu ta baca belog kamu ? Mak aku suka tengok & baca belog aku & kunun2nya beliau adalah 'silent reader' (-_-)

Haa haritu kamu ckp ngn aku yg kamu tulis nama kt seluar dlm kn tp dlm belog kamu kata org laen pulak . Apakesni ?

*Aku berdengung dengan cencomot . lalalala

.kakijalan. said...

kamu pasti berdengung jika ada orang yang tulis nama kat seluar dalam dan menuduh kamu mengambilnya bukan?

adawiah.zaini said...

hahahaha.
mmg ramai je yg tulis. tp, lelaki yg slalu tulis. btol ke x pnh tulis? kah3

jeff said...

ko ni fatul. aku sekeh jugak time obs kang.

[z@ck] said...

paling kurang pn aku penah bt is pin kan num dobi ak kt bj..
x de keja nak letak nama penuh..
malu aih..

[z@ck] said...

paling kurang pn aku penah bt is pin kan num dobi ak kt bj..
x de keja nak letak nama penuh..
malu aih..

Fatul Akrul Ramli said...

emma..

huhu..
memang tak patut pun..
sempat plak emma berimaginasi eh.
:P

mili..

haha..
awk nak ke sluar dlm tu..
nnt sy bg no tepon tuan punya..
:P

diba..

huhu..
siyes lah.
eh2, takkan la i yg buat..
tgk la muka suci i ni.. it tells evrything.. T_T

tijah..

alaa,
dah kalau mmg anak babi yg curi, tak jadi jugak kak oi..

dhada..

kamu ni, aku ketuk jugak kang.. memandai je ha..

Fatul Akrul Ramli said...

kakijalan..

bukan berdengung je.. mahu idgham maalghunnah rasenye..
:D

ada..

eh,
betul la.
ta penah tulis..
jujur!

jeff..

jgn lah macam tu jeff..
kesian aku..
tsk~

zack..

haha..
try la letak..
boleh jadi fames..
:D

Abir Abhar said...

tak guna punya fatul!!
berdengung aku!

Fatul Akrul Ramli said...

xpe abir, orang tak tahu yg kau yg cakap bengang tu..
hihi

Monkey D Luffy said...

kalau org ambil seluar dalam aku... halalkan jer

Fatul Akrul Ramli said...

mulia betul hati kau kapten

TIA said...

ouh
dia sayang spenda dia la tu
haha

Fatul Akrul Ramli said...

mungkin jugak lah.
T_T

StingRay said...

nasib baik dia tak letak name tag...


tercucuk jarum baru ada akai..

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
mungkin dia tanak jadi cmtu, tu yg dia tak letak name tag tu..
:D

Abir Abhar said...

kat seluar aku still ada number maktab zaman mrsm dulu..

Terpaksa okeh..
demi dobi

Fatul Akrul Ramli said...

eiiuuu..
geliew..

lofiel said...

orang itu sangat pandai bukan? haha..

Fatul Akrul Ramli said...

knapa ckp mcm tu?
tsk~
T_T

Ajwin Ajeera said...

haha
teringat zaman muda2.
ceh mcm sekarang dah tua jer.

Fatul Akrul Ramli said...

awin mmg tua pun..
:D

pink_butterfly said...

mau jgk amik, pastu lekat kat whiteboard class...


ok kan?

Fatul Akrul Ramli said...

segannya..
T_T

EIPUL said...

kawan aku pernah hilang seluar dalam masa sekolah dulu...
maybe perlu kowt letak nama kat seluar dalam. kalau nak kreatif cket sulam ar nama korg kat situ, haha... kalo guna marker nampak murahan cokia sangat kot...
p/s: ada orang mandrem guna seluar dalam.bahaya kalo seluar dalam hilang ni. yucks!

Fatul Akrul Ramli said...

bukan mungkin lg dah..
wajib letak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008