Friday, May 22, 2009

kalau kamu komen, kamu dapat komen..

sejak kecil lagi, aku dibesarkan dengan ganjaran.. Maksud aku adalah, contohnya kalau aku lakukan sesuatu yang membesarkan lubang hidung keluarga aku, aku akan dapat ganjaran untuk itu..

Masa aku dalam perut mak aku, mak aku cakap, kalau aku keluar dari perut dia, dia akan namakan aku dengan "FATUL AKRUL" .. itu pun ganjaran jugak lah.. sebab tu aku macam berat hati je masa nak keluar dari perut mak aku dulu.. (OKAY, TAK LAWAK)

masa aku nak ke sekolah pun, mak aku paksa aku bawak tupperware air, lepas itu, kalau aku tak mahu bawak, dia akan cakap

"oo.. tak mahu duit belanja ye?" ..

okay, bawak tupperware pergi ke sekolah adalah bukan satu ganjaran.. tapi jika dipandang di sebelah yang cerah (LOOK ON THE BRIGHT SIDE), sebenarnya cool juga jika bawa tupperware ni, lagi-lagi kalau digantung dekat leher.. tak perlu nak berbelanja besar untuk beli bling-bling jika kita mampu memiliki tupperware yang lebih besar, lebih murah dan lebih cool..

itu cerita masa tadika sehingga darjah 2.. kemudian, dalam hal-hal exam, mak ayah aku akan bagi ganjaran yang lebih ARJBAIBLNASIJ.. untuk exam masa darjah 2, mak aku tawarkan aku tiket pergi balik ke siam kalau bilangan "A" yang aku dapat lebih daripada 2..

"haa, nanti kalau exam dapat banyak "A", bolehlah teman mama pergi siam.."


mahu tak mahu, aku dapat 5 "A" masa peperiksaan akhir tahun, maka, aku ke siam.. T_T .. tapi sebenarnya kalau aku tak dapat minimum 2 "A" pun, aku still akan dapat tiket pergi balik siam jugak.. sebab kampung sebelah mak aku memang dekat sana.. TSK~

kemudian masa UPSR, mak aku tawarkan aku motosikal kalau dapat 5A, dan PS1 kalau dapat 4A.. tapi malangnya, aku dapat 3A.. tapi aku still dapat sesuatu jugak.. aku dapat jam.. yang ada gambar mickey mouse dan boleh keluarkan bunyi ketawa tikus itu.. (DAN AKU AKAN MASUK TINGKATAN SATU PADA TAHUN DEPANNYA T_T) .. wtf dah tingkatan satu pun pakai jam mickey mouse yang boleh ketawa?

habuan masa PMR dan SPM lebih kurang sama sahaja tapi sebab dua-dua pun tak dapat straight A's.. maka, tak terasa nak riak dekat sini.. sejak aku masuk UTP pada tahun 2007, mak ayah aku tak pernah lagi pancing aku dengan habuan-habuan, kecuali ada satu masa tu, mereka cakap dekat aku,

"kalau kau dah habis study, dah ada kerja, dah ada banyak duit, baru boleh kahwin"


agak best jugak ganjaran ini (BERAT HATI BETUL NAK CAKAP YANG INI ADALAH GANJARAN).. T_T ..

semalam, ayah aku buat panggilan suara dekat aku.. dia tanya,

"bila mahu balik? "

aku pun balas,

"minggu depan.. mungkin hari sabtu.. tengok kerajinan untuk drive"


dia balas,

"ooo, kalau boleh baliklah cepat, kemas barang-barang dekat bilik kau tu dengan stor sekali.. abang kau itu asyik keluar rumah sahaja.."

aku balas kembali,

"yelah" (SAMBIL MENANGIS TANDA TERHARU)

tak tahulah kenapa, tapi rasa macam tak boleh terima je ganjaran ini..

31 komen busuk:

lofiel said...

itu dipanggil gnjran ke?
bkn pnderaan. hehe.

Fatul Akrul Ramli said...

rasa macam ganjaran..
T_T

Dhada said...

HAHAHA pakai jam mickey mouse bole ketawa ;D ta rock langsung .

Fatul Akrul Ramli said...

aku masih tak matang time tu..
aku tak tahu pun rock tu apa

pink_butterfly said...

hehe..jam mickey mouse...sungguh comel.


so, kau nangis x dgn ganjaran yg ayah offer tu?

joegrimjow said...

kadang2 jadi malas...

Abir Abhar said...

balikla.. ayah kau suro balik tuh

Fatul Akrul Ramli said...

rama-rama..

tak nangis pun..
cuma sebak je..

joe..

mlas untuk??

abir.

janganlah.. awek aku tak bagi tuh..
:D

Ajwin Ajeera said...

baliklah kepangkuan keluarga..

Fatul Akrul Ramli said...

tak mahu.. tak mahu.. tak mahu.. :P

nursuhaila said...

2 maknanye
ayah da rindu~
die soh balik cepat

Fatul Akrul Ramli said...

tsk~
T_T..
no thanx..
:P

farahlikescookies said...

salam ziarah
hahaha.
macam2 betul
ekeke.

Fatul Akrul Ramli said...

macam macam macam

mira~ said...

see... ramai soh balik~ :(

TIA said...

bestnya duk utp
smpai xnk balik rumah...huhu5t
ko kena rasa duk uitm aku
=)

MeFrEe said...

ok wat pkai jam mickey tuh time form 1..13thn bru kot..hehe..
Oh,u..balik la..ksian ur dad,nnt die kemas sndiri pula kt rumah tu..huhu

[z@ck] said...

family first!

Fatul Akrul Ramli said...

mira..

takmau balik!!
:D

tia..

hoho..
mari kita bertukar u..
:P

diba..

owh..
form 1 adalah umur akil baligh..
tak boleh.. tak boleh..
:P

zack..

family tu termasuk awek lah kan??
hihi..
:P

milimilo said...

dulu bawak tupperware gak pegi skolah,tp xde la gantung dekat leher..kalo botol air, ye..siap ade straw besar lg..hoho..

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
itu lah yang dimaksudkan..
~
:D

-The Author- said...

ehem..
tetibe rase nk anta kumen..

haa..
siyes laa weh xcool langsung pasal botol air ngan jam mickey mouse tuh ye..

sbb dak2 laki skolah rendah aq dulu sume pkai jam besar2 yang mcm robocop tuh! (ntah btol x aq eja)
pastu ade lampu kan..hehe

jam mickey mouse dak pompuan je yg pkai..aq rase botol air tupperware pown dak pompuan je ramai bawak..pastu bile balik umah sedar2 botol air pown dah xde..tertinggal bwh meja..pegi skolah sok tuh da xade..sbb dak sesi petang curi..

haaa!!
sekian~

sue-mai.al-musadda said...

jgn jd anak derhaka.balik la wei!

Fatul Akrul Ramli said...

author..

cool tidak penting bagi kanak2 yg berusia 5 tahun~
T_T

sumai..

haha..
tu bukan derhaka lah..
T_T

~m[0][o]n.P[o]R[L]o~ said...

sy komen abg, abg x komen sy/

Fatul Akrul Ramli said...

hihi..
peace!!
:P

.kakijalan. said...

aku tak paham sangat.
cis.
kenape ayah kau suruh balik?

HazirahMahadzir said...

haihhss~
zaman kanak2 mmg penuh ganjaran..zaman tua2 *batuk2* ni susah betul nk dpt..T__T

Fatul Akrul Ramli said...

kakijalan..

sebab aku anak dia mungkin..
:P

hazirah..

tua2 ni kalau bernasib baik,
dapat lah..
lepas ni mintak2 dapat satria neo..
T_T

Redbloodsnow said...

wakakakaka...dpt jam mickey mouse yg leh ketawa tuh yg x leh blah..hahaha. tuh ler pasal kan...dh masok form 1 still pakai jam tuh..kehkehekh


:P

Fatul Akrul Ramli said...

hihi..
:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008