Friday, May 1, 2009

sebab aku tak semestinya comel

AKU BUKAN RACIST, BUKAN JUGA RACER..


teringat aku ketika zaman aku muda-muda dulu..
zaman sekolah rendah..
zaman di mana,



  1. aku akan pakai seluar sekolah jenama CANGGIH yang ada getah dan lebih tinggi dari pusat..
  2. bawa beg jenama SWAN yang ada tayar, lepas tu bila dah lama, tayar dia macam ada lekuk-lekuk..
  3. bawa tupperware berisi air masak yang bersaiz jumbo SEBAB MAK PAKSA BAWAK KALAU TAK, TAK DAPAT DUIT BELANJA T_T.. dan kemudian menggantungkan tupperware tu dekat leher.. (OKAY, SILA GELAK SEKARANG)
  4. dalam kelas, sentiasa duduk dekat depan sekali sebab kononnya semakin dekat dengan cikgu, semakin tinggi kebarangkalian boleh dapat nombor satu masa exam..
  5. hormon testosterone masih sedikit dan kalau nampak budak perempuan yang comel, boleh buat-buat bodoh je.. kalau sekarang, terus mintak couple je..

seronok jugak bila ingat balik..
tapi yang paling akan aku ingat adalah..

sesi kutuk-mengutuk nama bapak atau emak..

masa sekolah rendah dulu,
kutuk mengutuk nama mak bapak memang dah jadi kewajipan..
sampai ada orang call rumah aku dan cakap..

"HELLO, ANAK RAMLI BURGER ADA TAK??"

bodoh betul..
ayah aku tak pernah lagi mencemar duli nak start perniagaan burger..

aku ingat lagi nama-nama mak bapak yang selalu jadi bahan..
contoh dekat atas itu sudah obvious lah,

kalau RAMLI, mesti kaitkan dengan burger ramly,
ZAKARIA pulak dikaitkan dengan zakar (MASA TU INGATKAN ZAKAR ITU ADALAH SEJENIS BUAH)
DOLLAH pula, jadi dodol..
ABU BAKAR pula dimodifikasi menjadi burn (YANG INI AMERIKA SIKIT LAH)

aku ni adalah salah seorang yang sering menjadi mangsa..
mungkin sebab ketika itu aku comel.. (OKAY, SEKARANG PUN COMEL JUGAK)

kadang-kadang aku akan menangis bila ada orang ejek nama ayah aku..
lepas tu balik rumah, bagitahu ayah..

"papa.. papa.. tadi dekat sekolah ada orang ejek nama papa.."

lepas tu, ayah aku balas balik..

"wah.. im getting famous now.."

tak supportive betul..
anak dia ni penat-penat backup dia kat sekolah,
dia cakap macam tu pulak..

sesi ejek mengejek akan berhenti seketika apabila cikgu cakap macam ni..

"kamu ni janganlah ejek nama bapak orang.. kalau kamu ejek bapak orang, maknanya kamu ejek bapak kamu sendiri.."


lepas tu kalau ada orang ejek aku,
aku akan cakap macam ni..

"kau ejeklah bapak aku, tu maknanya kau ejek bapak kau sendiri..(SAMBIL MENJELIRKAN LIDAH MACAM NI :P )"

biasanya aku tidak akan berdiam diri kalau orang ejek nama bapak aku..
aku akan membalas balik dengan mengejek nama bapak orang tersebut..
tapi ada satu masalah je,

kalau bapak budak tu orang jawa,
memang susah nak modifikasi nama bapak dia..
ada seorang kawan aku ni,
nama bapak dia manan bin kamiran (OKAY, JANGAN GELAK)

dia ni memang hardcore kutuk mengutuk aku..
tapi lepas tu aku akan menghadapi masalah untuk mengutuk balik..
biasanya aku akan cakap..

"bodoh la kau anak manan.."

"bangang betul cucu kamiran ni.." (KALAU LAH TIME TU AKU TAHU YANG KAMIRAN ADALAH SATU PROSES DALAM MATEMATIK)

ah, kecewa betul tak dapat nak kutuk balik..
tsk~
T_T

24 komen busuk:

diLa said...

bencikk!
apesal aku terpengaruh ng status ym budak xcomel ni??
argghh..

p/s: kalo betol la kamu anak tokey beger ramly..im wondering ur size baju skang!=P

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
pdan muka..
:P

eh2.. tak semestinya anak tokey beger kena makan beger tiap2 hari..
tak gitu?

Dhada said...

Kalau aku ejek nama kamu cencomot, kamu suka kn kn kn ? (^_^)

diLa said...

jap jap.
did i mention anak tokey beger kne mkn beger hary2??
did i??;p

wut i try to say..kamu msti de byk saiz baju..coz kamu kaye beraye..;)

Monkey D Luffy said...

kkakaka

aku pun mangsa kutuk... dan kurang melawan

Fatul Akrul Ramli said...

dhada..

ejeklah..
aku gmbira sangat2.
hihi.
:P

dila..

laaa..
kalau dah cter pasal size baju..
mestilah berkaitan dgn saiz fizikal..
orang kurus takkan pakai baju size XXL..
membazir je kot.
even kalau org kaya pun..
tsk~

kapten..

ahaha..
kesian giler kau..
patut kau melawan jee.

diLa said...

ye. kamu kalah!=P

pink_butterfly said...

"kamu ni janganlah ejek nama bapak orang.. kalau kamu ejek bapak orang, maknanya kamu ejek bapak kamu sendiri.."

lepas tu kalau ada orang ejek aku,
aku akan cakap macam ni..

"kau ejeklah bapak aku, tu maknanya kau ejek bapak kau sendiri..(SAMBIL MENJELIRKAN LIDAH MACAM NI :P )"



haha...sgt comel.

Fatul Akrul Ramli said...

dila..

eh2.
awak yg kalah la..
tau la kita da clash..
tsk~

rama2..

haha..
comel ke??

joegrimjow said...

hei lelaki mix

Fatul Akrul Ramli said...

hei. hei..:P

Kuey-san said...

bukan tayar, roda lah!

Encik Fatul, anda punya page template nih menyakitkan mata lah.

hAhA ~


;D

Fatul Akrul Ramli said...

tak kesah lah roda ke tayar ke..

anda org pertama kondem template ni, sejak beberapa BULAN YANG LALU.. terima kasih..

Iznie said...

salam...saja ronda2 kat blog kamu....
hehe

owh....relaks la...itu sume gurauan yg nak memeriahkan lagi idop kita...tapi sound kasar kan?/ huhu

Fatul Akrul Ramli said...

tulah..
kasar giler kot..
beselah kan..
time tu pun kecik lg..

cIk JanNah said...

hahaaa;
kamo g la jmpe si anak kamiran tuh~
then g ejek2 dia..
msti best!


koh3

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
itu bahaya sikit.
eh, bukan sikit..
agak banyak jugak

Umar Zakir Abdul Hamid said...

haha
asal kau nye post skang makin lame makin comel nih
damn
best
nice
teruskan sahabat
takbir!

Fatul Akrul Ramli said...

sebab aku stress nak exam kot..
wink2~
thanx
:)

syafiqah said...

saya selalu kena syafruddin = sardin.
SDFYBULCKKQ! :P

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
takpa2..
sabar la ye..
:)

shakinah said...

HAHAHA.
okayy.
benda ni kenyataan.
memang selalu jadi pun kat smua budak kecik

murn!e said...

bengong!~ tapi aku tetap gelak..
mengong!!~~ =p

neway im ur new reader.
mekasih menceriakn petang aku yang bizi kene run flow.

atiqah_pink! said...

hahahahaha..
alah!
besalah tuh! time kecik2 dulu kn???
semua org rasainya..
tetapi kdg2 mcm nk kasi pelempang jeh seko seko..
hohoho~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008