Saturday, June 20, 2009

aku tak mahu naik teksi

untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, aku lebih suka jika memandu sendiri ke sana.. tapi baru-baru ini, tidak dapat tidak, aku terpaksa menaiki teksi untuk ke suatu tempat yang aku kira dalam 30 minit dari rumah aku..

susah juga mahu tahan teksi.. lagi-lagi jika kaki kamu berbulu lebat, dan berkudis (CONTOH-CONTOH INI TIADA PADA AKU) .. oleh sebab kaki aku tidak sebegitu, aku dapat teksi tidak sampai dalam 5 minit pun..

berbangsa cina..
berumur dalam lingkungan 40-an..
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas..
pandai perli orang..

itu ciri-ciri pemandu teksi yang aku naiki.. mula-mula dia bertanya tentang diri aku.. macam nak berkenalan jugak lah.. kalau dia hanis zalikha, aku dah bagi nombor telefon dah.. sebab aku pun dah tidak tahu nak buat apa dalam teksi tu, aku pun layan sahaja..

kemudian, kami lalu di menara UMNO, dia bagitahu aku yang dia tak puas hati dengan UMNO.. banyak lagi lah dia merepek pasal itu.. disebabkan pengetahuan aku yang "luas" dalam hal politik, aku cakap,

"OK"

itu sahaja.. aku rasa dia emo dengan aku tentang itu, lepas itu dia tanya aku belajar dekat mana.. aku cakap lah dekat UTP.. lepas tu dia masuk cerita PETRONAS pulak.. kau jangan main-main dengan pemandu teksi tu, dia tahu yang pengerusi PETRONAS ialah Tun Dr Mahathir.. dan bukannya Tan Sri Hassan Merican..

selepas beberapa ketika, aku sampai ke tempat yang dituju.. excited gila lah sebab dapat keluar dari teksi tu.. bayaran yang dikenakan adalah RM10.90..

aku keluarkan duit RM10.. aku bagi dekat pemandu teksi tu, seraya berkata,

"tak apa lah pakcik, simpan lah duit lebih tu.."

pakcik itu pun membalas,

"eh, ni tak cukup ni, nak simpan apa?"

aku blushing comel, lalu berkata,

"eh ha ah la.. tak cukup.. nah" (SAMBIL MENGHULURKAN LAGI RM1)

pakcik tu perli aku..

"kau ni mesti ada belog kan? kelakar lah kau.."

dem! malu siaa... agak-agak pakcik tu tahu tak yang ini belog aku??

19 komen busuk:

MeFrEe said...

hehe..
wat2 lupe pulak 90sen tu ekk..haha
xpela..kire baik la tu pkck tu citer pasal politik.kalo die citer pasal rumah tangga die ke,kn lagi parah kot. hihi

EIPUL said...

gila kelakar lah kau ni...
LOL, ngan pak cik taxi pun bleh jadi... haha

Monkey D Luffy said...

blog mcm ni dia x baca ler

hehehe

tiara said...

hahaha...bongok lah u fatulll...hish....

cIk JanNah said...

dgn konpiden la 2 konon nak tunjuk pemurah.last2 sndri mau igt la..
hahhaa
ngok ngek la fatul nieh

:)

Abir Abhar said...

hebat gila pak cik tu..
sempat lg baca blog2..
muahaha

Dhada said...

Apa kna mgena duet kamu bayar dgn ada belog ? Konfius konfius :0 lalalala

mohd J said...

cilakak btol!
ahahha..

sue-mai.al-musadda said...

aku pn taw pengerusi petronas..jgn maen2 ngn aku..haha

FarA said...

rotflmao!
pakcik savvy!

Fatul Akrul Ramli said...

diba..

eh2..
bukan buat2 la..
ini betul2 punya..

eipul..

eheh..

kapten..

dah tu,
dia bace belog yg mcm mana?

tiara..

thank you tiara..

cik jannah..

tula pasal..
malu gila..

Fatul Akrul Ramli said...

abir..

mestilah..
driver teksi skarang dah maju..

dhada..

rendu kamu dhada..

mohd

ish2..

sumai..

okay2..
aku tak main2 dgn kau..
:P

fara..

hoho..

Kuey-san said...

fatul oh fatul

boloq btol kamu.

hahaa

pakcik taxi tuh apa kurang boloqnya jugak kan..

:P

sarah al -idrus said...

haha lwk2. sib baik pakcik pakai meter. aku pon pernah tersalah tp situasi berbeza.aku kat putrajaya sentral nak naik erl nak ke tasik selatan aku boleh ckp "putrajaya cik" dlm nada yg plg manja dan ayu..then die dh gelak2..wey sumpah aku malu time tu.

Fatul Akrul Ramli said...

kuey san,,

huhu,,
sedihnyeee~

sarah..

haha..
yg tu pun malu gak tu..

-shak- said...

sejak bila TDM jadi Pengerusi Petronas?

dia penasihat je kot.

Selain CEO, Hasan Merican juga acting chairman yang menggantikan Tan Sri Azizan Zainul Abidin yang meninggal pada 2004.

pandai2 je korang ni nak rombak organisasi petronas.

Fatul Akrul Ramli said...

kau bace blk post aku..
malas aku nak cakap dgn org macam ni..

-shak- said...

" aku rasa dia emo dengan aku tentang itu, lepas itu dia tanya aku belajar dekat mana.. aku cakap lah dekat UTP.. lepas tu dia masuk cerita PETRONAS pulak.. kau jangan main-main dengan pemandu teksi tu, dia tahu yang pengerusi PETRONAS ialah Tun Dr Mahathir.. dan bukannya Tan Sri Hassan Merican.."

aku copy and paste.


?

Fatul Akrul Ramli said...

kau ni dengki ngan aku ke ape?

kau faham tak fungsi gaya bahasa..
ayat tu adalah sinis..
aku perli driver teksi tu..
dia yang kata pengerusi petronas chedet, dan bukannya HASSAN MERICAN..
itu adalah sinis, faham?
sekolah kat mana dulu?
atas pokok?

aku tak bodoh..
setiap apa yang aku tulis aku fikir..
dan tolong jangan buat diri kau yang nampak bodoh..
dan tolong berfikir jika hendak mengatakan sesuatu..

dah la, cukup la condemn orang lain.. mind your own business please..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008