Wednesday, July 22, 2009

kalau gementar, mesti sakit perut

setiap kali disuruh buat presentation dekat depan kelas, mesti aku akan excited gila.. bukan excited yang biasa-biasa tahu, tapi ini excited yang macam aku tengah jalan seorang, lepas itu tiba-tiba jumpa Hanis Zalikha dan dia ajak aku teman dia shopping.. (HAHA, WTF GILA PUNYA IMAGINASI)

tapi excited itu tidak lama.. sampai saja di hari presentation, aku akan hilang keyakinan diri.. boleh dikatakan setiap presentation pun akan jadi macam ini.. kecuali kalau presentation yang diberi secara spontan.. sebab presentation yang spontan ini bukan sahaja dapat menghilangkan keyakinan diri aku, malah dapat menghilangkan kelelakian aku juga.. dan time itu jugak lah terasa macam segala lubang dekat badan ini mahu mengeluarkan sesuatu.. T____T

antara faktor yang dapat menghilangkan keyakinan diri aku ketika membuat presentation adalah suhu bilik (CEHH, MACAM EKSPERIMEN SAINS TINGKATAN 3 SAJA) .. aku tidak suka keadaan bilik yang terlalu sejuk ketika presentation.. kerana suara aku akan serak-serak nanti.. contoh macam;

"my name is sammy but my real name is Muthusamy Subramaniam"

dan jika dalam bilik yang sejuk pula,

"errr my name is errr Muthusamy but errr my daddy is Subramaniam errr and errr my daddy call me sammy.."

(ANNOYING GILA KAN)

satu lagi faktor adalah kehadiran wanita-wanita hot YANG BUKAN SEDANG KEPANASAN DAN BERPELUH DI KETIAK SEBAB BERLARI UNTUK JUAL SELENDANG (HAHA, MAAF IZ).. tafsiran hot bagi aku sangat simple, tapi aku tak mahu nyatakan di sini sebab nanti ada yang perasan diri dia wanita hot walaupun sebenarnya aku rasa nak lempang saja..

seriously, susah gila nak present kalau ada wanita hot sedang bertentang mata dengan kau.. lepas itu kalau kau buat lawak yang kau seorang saja yang faham, tiba-tiba wanita hot itu tersenyum dekat kau dan buat gaya macam nak minta nombor telefon kau.. memang mencabar gila.. lepas itu terasa macam nak cakap;

"tolong jangan usha perut saya boleh tak?"

makin lama, aku makin berubah.. kalau present depan wanita hot sudah tiada masalah lagi.. cuma kalau dalam bilik sejuk saja yang jadi masalah.. untuk anda yang tiada keyakinan diri serta hilang kewanitaan mahupun kelelakian ketika membuat presentation.. aku ada sedikit tips yang tidak seberapa..

1. kalau anda pakai cermin mata, tanggalkannya.. yang ini memang effective.. sebab kalau tak pakai cermin mata, tak nampaklah muka wanita hot itu.. apa yang anda boleh nampak hanyalah bulu kaki orang yang duduk di depan sekali.. dan kalau wanita hot itu yang berbulu kaki, masih hot kah dia?

2. jangan hafal apa-apa point.. sebab jika kamu hafal, kamu akan cenderung untuk terlupa.. lagi-lagi jika kamu sedang gementar.. seeloknya, kamu tulis isi penting dalam sehelai kertas kecil dan kamu elaborate dengan sebaik-baiknya.. yang ini paling seronok sebab boleh merepek tentang apa-apa termasuklah hanis zalikha juga.. (HANIS LAGI)

3. jangan terlalu mengejar masa.. aku kalau present, benda pertama yang aku fikir adalah untuk habis awal.. sebab lepas itu memang sumpah lega gila.. tapi itu salah satu kesilapan aku.. sebab jika aku mengejar masa, aku akan jadi lebih cemas dan secara automatiknya, aku akan rasa macam nak buang air besar.. T______T

4. ini yang terakhir.. jika anda sedang present, dan anda cuba untuk membuat lawak.. walhal anda bukanlah seorang pelawak yang berbakat besar, tolonglah kaji dulu lawak-lawak itu.. cuba bayangkan kau sedang buat lawak, dan orang lain tidak gelak langsung dengan lawak kau itu.. rasa macam nak tukar universiti dan masuk UiTM Segamat saja..

17 komen busuk:

Monkey D Luffy said...

aku present pandang kepala bukan mata

senang

tak gugup

Fatul Akrul Ramli said...

okay gak tu..
tapi aku kalau boleh, tanak pandang sape2 pun

♥ EeiNz ♥ said...

Amacam klu pandang btg idong ?? ^_^

rathiqah azmira rosli said...

hoho sye paling suke klas yg ade presentation:)walaupun nervous but i suke...gud lak:)

nursuhaila said...

kalo cm2 wat r pandang satu tmpt jer~
jangan pandang mata org~
uitm segamat~
kalo da g johor ni lagy r rase cm dok ne jer...len r kalo dapat date ngn hanis

Fatul Akrul Ramli said...

eeinz..

boleh juga..
cubalah.

azmira..

bagus tu..
lecturer sayang nanti..
:P

suhaila.

uitm segamat ada hanis..
itu yang penting..

hannamaruku said...

ok i nampak dah yang u have the hots for hanis zalikha haha :D

kalau u present pakai gogle mesti lagi tak gementar. try la.

hee, utp ea? woh dekat la dekat la.
nanti bila i rajen masak cekodok, i hantar kat u okey? :D

Fatul Akrul Ramli said...

hihi..
:P

alaa..
cekodok je?
nasi ayam ke nasi kerabu ke chicken chop ke, takde ke?
:D

rubi said...

cuak ke present2 nih?
dulu x suka giler
skrg, rubi saja yg jd presenter
x bg can lgsung

motif: sj bagi fatul jeles

'what is that fatul?' ahaks..

sarah said...

hahahak
kalo aku kene panggel present
rase nak teberak.
pastu muka jadi panas.
tangan sejuk.

aku tak suke presentation.
apsal ade subject PCS?

Fatul Akrul Ramli said...

rubi..

eleh..
tak jelez pun lahh..
:D

sarah..

tu la pasal..
aku pun kalau boleh nak cirit time tu gak..
haha..

MeFrEe said...

kenapa mesti uitm segamat?..
haha..

Dhada said...

Aku kalau present mesti nk tergelak tatau kenapa . Wahahahahaha !

Fatul Akrul Ramli said...

diba..

sebab ada hanis zalikha..
hehe..
:P

dhada..

sbb kamu tak bg tomot dekat aku lah tu..
:P

anisizatyA.J said...

haha nak g uitm segamat lak da? mentang2 ada hamis jalikha..btw bagusla tade masalah berak, kalau ade lg teruk kot nk present

Fatul Akrul Ramli said...

hehe..
tau2 je eh..
:P

Merissa K. said...

oof if ur nervous except for masa impromptu presentation, senang je.

dont prepare for ur presentation. ;)

just go to the front, do it spontaneously. XD works like a charm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008