Thursday, July 16, 2009

kalau kacak tapi bodoh rasa macam nak ambil otak bagi dekat patrick starfish

orang kata, fizikal aku sejak sekolah rendah tidak pernah berubah.. tapi suka aku untuk menyangkal persepsi mereka.. sebab aku tahu, aku sudah banyak berubah..

masa sekolah rendah, kulit aku cerah.. (SUMPAH TAK TIPU) tapi tak adalah cerah sangat, cuma kalau nampak dari jauh tu boleh la cam..

"haa, tu fatul tu.."

sekarang, muka sudah gelap.. tapi tak adalah gelap sangat.. macham iklan GARNIER SEARCH .. "kulit anda dua tona lebih cerah".. tapi untuk aku, "kulit anda dua tona lebih gelap" (YANG INI PUN AKU RASA AKU TAK TIPU) .. sebab orang masih boleh cam aku dari jauh..

"eh, tu siapa tu? nampak macham handsome saja"

"laa, tu fatul lah tu"

masa sekolah dahulu, saiz badan aku adalah sangat kecil tahu.. DAH NAMA PUN BUDAH SEKOLAH, NAK BESAR MANA LAGI?.. maksud aku, aku memang sangat kecil.. rasa macham nak gumpal-gumpal lepas itu buat main bola chop.. T_T ..

menyedari perkara itu, bapa kandung aku yang suka hisap rokok Gudang Garam mula memberi aku makan Whiskas agar anak anda membesar dengan lebih cepat.. EH, BUKAN WHISKAS EH NAMA DIA? .. tak kisah lah, aku tak ingat nama produk makanan itu..

masa itu, cikgu kelas aku iaitu Cikgu Rahim pernah cakap dekat aku,

"fatul, awak itu dah la kecil, pakai jam nak besar"

padahal jam itu tak adalah besar mana pun.. besar sedikit lah dari saiz lubang hidung cikgu tu (HAHA, TAK PUAS HATI DENGAN CIKGU TU)..

kemudian sekarang ini, ambik kau.. agak tinggi.. sampai kadang-kadang time buang air dalam tandas pun boleh nampak orang dekat sebelah tandas tu buat apa.. kawan-kawan aku ramai bertanya, kau makan apa jadi tinggi macham ni? aku pun jawab lah,

"aku makan Whiskas" ( MASIH TAK INGAT NAMA MAKANAN TU)

lepas itu, diorang akan cakap,

"aku makan juga.. banyak pula tu.. tapi tak tinggi-tinggi pun"

di atas norma, aku akan menjawab,

"kau tak baca doa makan kot"

masa sekolah rendah dulu juga, rambut aku lurus, ala-ala rawatan minyak panas macham tu la.. tapi tidak, saya hanya gunakan Rejoice.. sampai ramai kanak-kanak perempuan yang suka belai-belai rambut aku (YANG INI MEMANG TIPU, BUDAK SEKOLAH MANA BOLEH SIMPAN RAMBUT PANJANG-PANJANG, wtf)

sekarang ini pula, rambut sudah menjadi getah seluar dalam.. bapa kandung aku yang suka hisap rokok Gudang Garam cakap, masa kecil-kecil dahulu aku malas sikat rambut.. maka dengan itu, rambut aku mengalami transformasi..

mungkin ada betul juga kata-kata bapa kandung aku yang suka hisap rokok Gudang Garam itu.. tapi, aku tidak peduli, rambut getah seluar dalam ke, rambut maggi goreng telur mata tak mahu sayur ke, yang penting, ramai orang cakap yang orang yang berambut kerinting adalah COMEL..

28 komen busuk:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

fatul...

comel????

ok...

Fatul Akrul Ramli said...

ok

MeFrEe said...

haha..baekk...

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. T__T

syahidahariff said...

rambu gulung2 maggie comel ape.haha

Fatul Akrul Ramli said...

haa. see.. ada jugak orang setuju.. :D

Monkey D Luffy said...

maknanya semua bulu2 ko keriting ler

err... bulu dada

erk

[z@ck] said...

org ckap klu rmbut kerinting..
bulu mata lentik..
bulu mata ko lentik ke x..
hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

kapten..

aku takda bulu dada..
diyakini!!

zack..

yep2..
bulu mata i lentik uuuu..

Dhada said...

Dialog 1: Waa ta sangka kamu mkn makanan Tomot (-_-)

Dialog 2: Wow rambut u kerinting .. bole la i pintal2 . lalalala

Fatul Akrul Ramli said...

dialog 1: dah nama pun cencomot..

dialog 2: ketuk nak?

sue-mai.al-musadda said...

kucing aku mkn whiskas gak..x tinggi2 pn..ko tipu..

Fatul Akrul Ramli said...

tapi bulu dia tinggi2 kan??

joegrimjow said...

hehe
tertarik dengan tajuk tuuu

Fatul Akrul Ramli said...

hehe..
:D

aurisshaura said...

hoho.. :)

Fatul Akrul Ramli said...

eh2.. nak gelak jugak

rubi said...

comel ker?
okey, comel lar jugak tp sy lg comel kot. ngeh3..

fatul, hang suh tgok rtm setiap malam sbb UTP jd tuan rumah tilawah kan?

soklan cepu cemasnya : hang pi ke idak?

Fatul Akrul Ramli said...

eh, mestilah comel..
haha..

yep2.. pandai pun..
mestilah pegi..
tp tak slalu la..
hehe~
:D

chipsmore said...

waa...makan whiskers ke??? hehe...
patot la...
lalala~ ;)

Fatul Akrul Ramli said...

patot la ape?
ha cik epal?
T___T

joegrimjow said...

hehe
aku berkenan!

Fatul Akrul Ramli said...

berkenan dgn apa?

zoe sawyer said...

curls mmg rox!

Fatul Akrul Ramli said...

oh thanx.. haha
:D

rubi said...

fatul, 24 jam ngadap laptop ke aper?
sume komen org asek terbalas jek

hehe.. tp ok lar tuh (stail saida sket)
i suke.. ngee..

Fatul Akrul Ramli said...

yeah..
tadela 24 jam..
laptop on pukul 7 pagi..
tutop kol 1 pagi..
hehe..
:D

mrs.nhnf said...

meggie goreng...hehehehe,,sedap2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008