Saturday, July 25, 2009

kali ini serius, tolonglah aku

sebenarnya aku ada masalah.. masalah yang tidak lah sebesar mana pun.. dan aku rasa, ramai juga manusia dekat luar sana yang ada masalah sama..

sejak kebelakangan ini, aku rasa susah nak berak.. (EH, SALAH-SALAH.. BUKAN MASALAH INI)

okay, sebenarnya aku ada masalah nak bahasakan diri aku (WTF, MEMANG LAH BAHASA MELAYU).. maksud aku macam ni, aku jalan-jalan dekat pasar malam.. lepas itu, ternampak wanita hot terjatuh.. kemudian, aku tidak tahu nak bahasakan diri aku..

"awak tidak apa-apa kah?"

"kau okay ke ni?"

"eh, u tak apa-apa? nak i tolong?"

"wei bangsat, kau buat apa kat bawah tu?"

haa, itulah maksud aku.. aku tidak tahu nak guna "i-you" ke "saya-awak" ke, mahupun "kau-aku" .. dalam belog ini memang lah aku guna "kau-aku" SEBAB GEDIK GILA LELAKI HANDSOME NAK CAKAP "SAYA-AWAK" DALAM BELOG.. T___T

tapi realitinya, susah nak buat keputusan..

baru-baru ini, aku terjumpa classmate masa sekolah rendah dahulu.. perempuan lah.. masa sekolah dulu, kami macam adik beradik.. main lempang-lempang punggung tanpa mengira agama, budaya, bangsa dan negara.. kami pun cakap "aku-kau" masa tu..

"babi ah fatul.. cepat lah sikit jalan tu.. macam kura-kura lah kau ni"

dah babi, kura-kura pula..

"fatul, kau rasa besar nanti aku tinggi tak?"

perbualan kami memang sangat hiperbola lah.. tapi masa aku jumpa dia hari itu, kami macam tak tahu nak bahasakan diri masing-masing.. dan untuk pengetahuan kamu, kami dah 10 tahun tak jumpa..

kan bagus kalau masa jumpa dia tu, aku tak perlu cakap apa-apa.. cuma hantar SMS saja dekat dia.. tapi aku tak ada nombor telefon dia masa itu, jadi inilah konversasi kami..

"eh kamu.. kamu sihat? ya ALLAH, lama gila tak jumpa kamu kan"

dia jawab,

"yelah kan.. lama gila.."

aku tanya lagi (SAMBIL EMO SEBAB DIA TAK TANYA APA-APA)

"awak belajar lagi ke sekarang? ke dah kerja?"

dia jawab,

"ermmm.. belajar lagi.. dekat Uniten.."

yang kawan aku tu pulak tak reti-reti nak tanya aku soalan apa-apa.. aku kalau boleh nak guna semua kata ganti nama diri yang ada..

"eh awak, lama tak jumpa kau.. u apa khabar sekarang? parents kamu macam mana? hang still duduk dekat cheras ke? mu belaja mana la ni? gua rindu gila ah kat lu dowh.."

haha.. WTF.. rasa macam nak lempang diri sendiri time tu.. T____T siapa-siapa ada nasihat, saranan, makanan mahupun minuman yang hendak dilontarkan?

44 komen busuk:

fayz said...

makanan ak dah lontarkan dah td. eh, silap2, dah bagi dgn baek

psl nasihat, aku pon memerlukan nasihat owg. tp besenyer, bantai ko aku je lar

chipsmore said...

juz b urself...
bahasakan je la pape nk yg nk di bahasakan..

abg dgn syg pon suda memadai..
lalala~

joegrimjow said...

cam kene je ngan pengalaman
senang je
buat bodo

Fatul Akrul Ramli said...

ajiz..

ahaha..
tima kasih bg cekodok..
:D
ko-aku macam rude lah..

cik epal..

abg syg eh?
nak panggil cik epal cmtu bleh tak?
:P

joe..

tak best plak kalo snyap je

maditheman said...

kau kate ah bende hih smblum bntu" u rs kte ade potensi x jadi pasangan hidup"pstu kau gelak2...
then straight ckp..meh2 i tolong..pergh mmg kool ngn charming la..haha

najwa hazirah halmi said...

aha...
wa senang bahasakan diri ngn namer sendiri biler xknl....
dy pulak wa bahaserkan awk....

rasernyer bek ckp sy-awk...
cm berbahser cket...
klu dah rapat...
dun mind la kau-aku kan....

ngn yg tersayang, pnggil sy-awk mcm suweeeettt gak...diselangselikan ngn syg..
wahhhh gtuh!

Fatul Akrul Ramli said...

madi..

haha..
nanti kalau ada prmpuan jatuh,
aku akan cakap mcm tu..

najwa..

tak terasa skema ke kalau ckp saya-awak?
hee~

rubi said...

kalo pyh benar, xyah bahasakan apa2..

"Ni.. belajar kt ne skrg?"
"Oh, studi lagi lar nih?"

Tapi letih siol kalo wat cmtuh.. hak3..

Fatul Akrul Ramli said...

OKAY2..
nanti nak cuba mcm tu..

[z@ck] said...

wahaha...
ak rs pling sopan ko ley guna is
"awak-saya"

x kurang ajar..x glamer sgt..
so so je..
hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. tapi kan nampak cam skema di situ..

Lil^GriZzLe A said...

rasa kena tengok orangnye kot.
kalau dia nampak sopan, guna 'saya-awak'.

kalau dah keluar bahasa babi-kura2,
guna je kau-aku.

kalau dengan awek hot, guna lah i-you. eheh.

ikut selesa ajelah. janji still nampak hensem okey :)

Fatul Akrul Ramli said...

haaa..
dis one is practicable..
hihi..
:P

jeff said...

okay, seriously.
guna 'kawe-demo'.
memang berkesan dan tidak menyinggung mana2 pihak.

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
kawe dok biasa

.hanimun. said...

hye.
blog ni klakar la.
slalu usha je.
ni br 1st time nak komen..nebes ni.
haha.


sy pun slalu ade masalah ni..
tapi guna saya-awk la ok kot.
lebih2 lagi klu 1st time jmp.
xpe la skema skit, tp nmpk bsopan dan hensem..

=P

lili11 said...

Rasanya at one point in life, sumer orang akan sampai ke saat ini. Tak tau nak bahasakan diri sendiri dan orang len dgn panggilan hapa. Hah ... belasah jer lah! Tepuk dada tanya selera ...

Precious

Fatul Akrul Ramli said...

hanimun..

thank you.. :)
nampaknya saya-awak sudah jadi majoriti..

lili..

belasah orang tu ke, belasah panggil ape2 je?? (gedik gila tanya macam ni)

F A R Y N said...

bdk blom akil baligh cam ko ni,kena minum susu botol lagi...ahhaha

Fatul Akrul Ramli said...

tak guna ah kau ni

sue-mai.al-musadda said...

masuk kandang lembu,makan rumput.
masuk kandang itik, makan dedak.
hehe..

♥ sOFIa ♥ said...

bahahaha. sumpah entri kau lawak. aku suka :)

hee. mau follow. btw. aku biasa guna aku-kau. tapi tserah kau nak bahasakan diri kau apa.

sofia tak kesah~ lalalala.

Fatul Akrul Ramli said...

sumai..

aku kagum dengan bahasa melayu kau..

sofia..

eheh..
sayang kau lah.. ^_^

nursuhaila said...

better saya awak kowt
2 lagy ok n sweet~

Fatul Akrul Ramli said...

mungken

Dhada said...

Hi fatul .. kamu rindu aku ya ? Saya rindu u juga .. lalala wahahaha !

Fatul Akrul Ramli said...

hehe.. kalau rindu, bg tomot cepat!
:P

Merissa K. said...

ahahaha. this is cute.

i havent read the comments kat atas, so pardon me if im just parroting someone else.

safest bet, tgk what she looks like. whether she's more of an i-you person. or the way dia ckp is more towards the saya-awak.

haha. tak berapa nak membantu kan. :P

Fatul Akrul Ramli said...

eh2..
it did helps..
nway,
thank you
:)

hannamaruku said...

haha.
entry yang ni sumpah lawak.

kalau orang tu tau cakap bahasa urdu, tibai je la urdu.

kan dah tak pyh nak akde saya awak aku kau i u pe kejadah.

senang :)

Fatul Akrul Ramli said...

kalau dia diam je?

tumbler biru said...

aku penah kena.
aku tak sure aku ngan budak tu bahasakan diri kitorang ape, bila aku cakap i-u, dia boleh kuar statement

"hoi, asal kau ber i-u pulak. bukan ke kita biasa cakap saya-awak. bengong ahh kau ni?"

erkkk?

Fatul Akrul Ramli said...

uish.. boleh mendatangkan malu tu..

lea said...

gune aku-kau dh...
baru cm mesra cikit
kalo gune sy-awk cm ade gap plak
huhu

Fatul Akrul Ramli said...

bagi certain orang, itu adalah rude

tumbler biru said...

ape kata kau ikut je theory yang kau discover tu:

kalau kawan kau muka cantik, kau belasah je lah cakap i-u

kalau biasa-biasa, saya-awak

kalau yang tahap tak boleh blah tu, jangan segan2 untuk cakap aku-kau.

:P

Just_najmiE said...

salam pekenalan..

miahahahaha!!

lawak dowh.. tp masalah nih mmg biasa pun kan?.. mungkin leh bahasakan diri saya-awak dulu, pastu nnt lama2 momentum naik balik tuh, ckp aku-ko lah..

tp klau rasa was2, bahasakan diri dengan nama sudaaa.. (^^,)

Fatul Akrul Ramli said...

tumbler..

haha..
itu macam assabiah sangat dow..

najmie..

bahasakan dgn nama tu pun cambest je..
nanti nak try dulu

hannamaruku said...

kalau diam je, u buat la bahasa isyarat, pastu tanye, eh, awak, u, kau, hang, lu bisu ea?

Fatul Akrul Ramli said...

hannamarisini..

comel ah u.. rasa nak cabut hidung je..
T____T

Jaja G said...

sape kwn u yg dk kt uniten tu??

Fatul Akrul Ramli said...

ur senior.. u tak kenal kot..

shakinah said...

lu gua cool apa?

Fatul Akrul Ramli said...

cool je.. tak hot.. T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008