Monday, August 10, 2009

bila baca balik, aku rasa aku gedik..

seronok bukan jadi budak kecil.. minta apa sahaja, pasti akan dipertimbangkan oleh kedua orang tua.. kalau tak dapat, menangis.. lepas itu, mesti terus dapat.. kalau masih tak dapat jugak, cuba perhatikan permintaan itu.. kalau mintak nak kahwin, nak ada anak, kurang ajar lah tu..

aku ingat lagi.. masa itu umur aku dalam 6,7,8,9,10 tahun.. time tu kereta Tamiya jadi kegilaan.. boleh kata, semua kanak-kanak perlu ada seekor kereta tamiya.. kereta Tamiya ni kecil sahaja, dan dia tidak menggunakan remote control..

bila dah semua kanak-kanak perlu ada kereta tamiya, aku pun teringin lah nak ada satu.. mula-mula mintak dekat emak, lepas itu emak cakap..

"hah.. tak payah mengada.. mintak dekat papa kau tu"

kemudian mintak dekat ayah aku pula..

"hah.. tak payah mengada.. mintak dekat mama kau tu"

susah lah macam ni.. jadi, aku masuk ke bilik, baring atas katil, lepas itu menangis.. time makan pun tak keluar bilik.. tiba-tiba, ayah aku masuk bilik dan bertanya..

"kenapa menangis? nak kena lempang?"

eh, tu tipu je.. sebenarnya dia tanya macam ni..

"kenapa ni? nak apa?"

terus aku cakap nak kereta Tamiya.. dan terus ayah aku suruh bersiap pergi cari kereta Tamiya itu.. seronok kan?? patut mintak Toyota Vios time tu.. T_____T

baru-baru ini masa dekat rumah, aku minta sesuatu dari ayah aku..

"papa, nak iPhone"

dia jawab,

"boleh.. beli ah sendiri.."

aku sedih.. lalu, masuk ke bilik.. DENGAN HARAPAN AYAH AKU MASUK BILIK LEPAS ITU CAKAP MACAM NI,

"nak iPhone ye? jom.. kita pergi beli.."


seharian aku tunggu.. ayah aku masuk bilik pun tidak.. T______T.. beberapa ketika kemudian, baru aku sedar, umur aku dah 20 tahun... (-__-")

48 komen busuk:

BELALANG said...

ha3... teringat zaman dolu2...
he3
dlu time kecik senang la nak sume benda dpt kan... he3
sighh~

SuFy said...

hehe..bertuah sungguh budak2 skrg kn..dpt pegang hp masa skola..nak itu ini semua dapat...awk pun bertuah juga..huhu..kalo umur da meningkat, kena la usaha sndiri kan..haha

Fatul Akrul Ramli said...

belalang..

tu la pasal..
senang gila ah..

sufy..

hehe..
tima kasih awak..
:)

Just_najmiE said...

ada jugak kebetulan di situ.. hehehe.. skrg klau nak, kena cari duit sendiri baru boleh beli.. klau nk sgt2 menda alah tu, mak bagi PINJAM duit, tp kena bayar balik.. dlu takdak pun, smua free.. rindunya zaman dolu2.. (T_T)

Fatul Akrul Ramli said...

betol.. kalo dapat bagi pinjam duit tu pun kira okay lah.. kalau tak bagi langsung..

F A R Y N said...

hahahaa...cuba ko nangis guling2..aku rasa sure ayah ko pi belikan....

Dhada said...

Kalau aku dpt anak mcm ni, aku panggg ja . Wahahahaha !

Fatul Akrul Ramli said...

faryn..

aku panjang sangat..
susah nak berguling..
nanti langgar almari..

dhada..

kamu tak sayang aku..
tsk2~
:(

fayz said...

gedik gler fatul!
haha

tektik ko dlu2 ak wat xjadi pon
huh~

Fatul Akrul Ramli said...

kau tak sehensem aku kot..

Nena Gabbana said...

ni okay lagi , u nak , dia beli . i dulu dia kata je nak beli sekotak chewing gum ,tapi tk prnah dpt pun . sobs .

Fatul Akrul Ramli said...

alahai kesiannya..
tape2, nnt i belikan dua kotak utk u..

najwa hazirah halmi said...

agk gediks ar...
ingat iphone 50 sen ker..???
huhu~

Fatul Akrul Ramli said...

laaa..
bukan 50 sen ke?
patut ar tak dapat..
(-___-")

cIk JanNah said...

hahah..
kalo la umo 20thn nie mtk ape pon dpt mcm bdk 2 thn alangkah heaven nye dunia..

ngeee~~

nadiah norzemi said...

entah-entah ko anak angkat tak? yang baru disedari setelah hidup dengan drng selama 20tahun.

logikkan?

Fatul Akrul Ramli said...

cik jannah..

tulah kan..
uish..

nadiah..

eheh..
logik gak..
entah2 aku sebenarnya anak orang kaya..
okay, mak ayah kandung, cepat amik anak awak ni.

♥ sOFIa ♥ said...

eh? kereta tamiya. aku ingat kereta itu. yang kena pasang sendiri kan?
pastu ada sticker2 sekali semua itu kan?

aku tau aku tau. aku selalu gila beli. aku satu adik aku satu. seronok2. heee :)

rindu lah. bila kau nak belikan aku kereta tamiya?

Fatul Akrul Ramli said...

haa..
pandai pun kamu..
bila nak belikan??
ermmm, tnggu aku dapat satria neo dulu..
:D

[z@ck] said...

agaknya ko pikir kereta Vios tu rege sepuluh ringgit kot..
=P

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
mungkin lah jugak kan..
:P

anisizatyA.J said...

haha saya pon nak iphone jugak

Fatul Akrul Ramli said...

mari kita share duit beli..
:D

FarA said...

kalau fatul ada iphone, saya pun mesti ada iphone!

mesti berdua bersama ada iphone! haha

... i wish it's at least below 1.3k...

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. okay fara.. kalau kita beli sama2, mesti dapat lagi murah.. hehe.. :D .. tapi sekarang still mahal lagii :(

mugiwara said...

si gedik!

Fatul Akrul Ramli said...

terima kasih
(-__-")

diLa said...

haha..gedik woit!
cube kamu pkir taktik len yg mcm kte 2thun walopn dah 20 thun.
cepat fathul..
pkir tau..pastu share ng kitowang..
nk aply dlm kehidupan seharian plak!;p

Fatul Akrul Ramli said...

takleh r..
nanti gedik sgt..
orang dah tanak bace belog ni nnt..
T___T

diLa said...

ahh..kamu memg gedik..
tak yah takot..peminat setia blog kamu ramai..
jgn sedey..i noe u sdey sbb hanis excited dgn ZA..
muahahaha~
;p

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baru sedar diri dh tua erk??

taktik yg xmenjadi

hehehe

Fatul Akrul Ramli said...

dila..

eh, i tak sedih pun la pasal hanis tu..
i yg dumped dia..
ZA tu lg rendah dari saye.. so tak perlu nak kecewa.. haha

gadis kampung..

tulah,
tak menjadi langsung pulak tu
T_____T

khairierahman said...

tabik spring kalao dapat iPhone tu.. hahahahaha.. XD

chipsmore said...

kalo da besa2x mintak kereta tamiya 2 lg xtaw la camno den nk koba.... ;)

Fatul Akrul Ramli said...

khairi..

eheh..
tunggu la nanti..
:D

cik epal..

ade lg ke ek org jual kete tu?
kalo ade nak mntak la..
T___T

hannamaruku said...

fotostet surat beranak banyak2 pastu tampal kat setiap pelusuk rumah. bila nak mintak i phone ke, j phone ke, public phone ke, tgk blk surat beranak tu. sbb kadang2 mmg kite tak sedar diri dah tua bangka. jangan gedik, tuhan marah. tambah2 budak utp. tak sesuai. ish2.

Fatul Akrul Ramli said...

tsk2~ sedihnyaa~~ :(

hannamaruku said...

alah manje die.

alah gedik die.
bye.

Fatul Akrul Ramli said...

arghhh. geramnya.. dah la tak tau tmn maju katne.. :P

dianna said...

ala 20 tahun budak kecik lagi.
cuba lah nangis guling-guling.
minta perhatian sikit.
berusaha lagi okay. HAHA

sue-mai.al-musadda said...

nnt ko ad anak buah,ptt ajr mintak kete sport,umah banglo dr kecik2 lg..haha

Fatul Akrul Ramli said...

dianna..

akan diusahakan..

sumai..

jangan la..
nanti dorg jadi materialistik..
aku tak suka..
(acece)

Rose Harissa (NORA) said...

hahaha... fatul kalo time tu mintak vios, sah kene lempang...

Fatul Akrul Ramli said...

lepas kena lempang tu, mesti dapat vios kan..
T____T

.hanimun. said...

skang dah tak main nanges majuk masuk bilik pas2 terus ayah belikan..

skang istilah bodek digunakan..

cuba buat begini kpd ayah anda..

katakan beliau nampak kacak hari ni ke, katakan beliau hero anda ke, tlg urut2 tengkuk ke, buatkan air kopi ke..

mungkin selepas itu permintaan anda akan dipertimbangkan...

Fatul Akrul Ramli said...

itu tak best la..
nampak macam desperate sangat..
kan kan

hannamaruku said...

FATUL AKRUL RAMLI YANG POYO GILA TAK DA BENDA LAEN NAK BAHAN I SELAIN TAMAN MAJU.


Semoga u akan bertemu jodoh dgn gadis yang tinggal di, atau berdekatan dengan taman maju.

wekh wekh.
bye.

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. u ni, tau lah u dah pergi taman maju..

:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008