Tuesday, August 25, 2009

lain kali kalau mahu buat lawak, beritahu dulu

bukan senang mahu buat lawak.. dan tidak semua orang mampu membuat orang lain ketawa.. ada yang melawak melalui penulisan, ada yang dari percakapan dan juga perbuatan.. (TAK TAHU LAH KENAPA, TAPI RASA MACAM SKEMA JE AYAT NI T___T )

cuba bayangkan kalau kita buat lawak, tapi orang lain tak gelak.. memang rasa agak kecewa lah.. mana taknya, kita rasa cerita kita itu sudah cukup lawak, tapi bila kita bercerita dekat orang lain, orang lain tak gelak..

cuba bayangkan situasi ini,

"ada orang sebut HOT sebagai HOUD"

kelakar lah tu kan.. ( KELAKAR LAH KAN? AKU GELAK GILA-GILA BILA DENGAR) .. kurang ajar betul siapa yang tak gelak itu.. dalam 10 orang yang baca post ini, mesti ada 7 orang yang tidak ketawa dengan frasa di atas itu.. SEBAB BULAN PUASA KAN, KALAU GELAK BANYAK-BANYAK, NANTI KERING TEKAK LEPAS TU PERGI PETI AIS CARI AIR SEJUK.. (-___-")

tapi masa bulan puasa ini, ramai yang suka melawak sebenarnya, tapi tak ramai lah yang gelak SEBAB KALAU GELAK BANYAK-BANYAK, NANTI KERING TEKAK LEPAS TU PERGI PETI AIS CARI AIR SEJUK ( okay, kenapa rasa macam dah cakap benda ni je)..

baru-baru ini, dalam bulan puasa juga, ada seseorang berkata kepada aku,

"fatul, jom lunch sama-sama"

lepas itu, aku membalas,

"dekat mana? aku nak kfc.. sebab puasa-puasa ni kedai mamak tutup.."


eh, tipu je.. aku cakap macam ni sebenarnya..

"eh, ni bulan puasa lah.. kau gila apa ajak aku lunch? "

kemudian dia membidas,

"bodoh lah kau fatul.. aku buat lawak je tadi.."

sebab itu lah aku rasa kalau siapa-siapa nak buat lawak, kena beritahu aku dulu.. contohnya macam ini..

"fatul, aku nak buat lawak ni.. dengar ya, dengar ya.."

aku balas,

"haa, okay-okay.. buat lawak tau.. kau buat benda lain, aku lempang.."


dia menjawab,

"tak, tak.. ini serius lawak.. sebenarnya kan.. hari ini kan.. aku tak pakai seluar dalam"

tak tahulah kenapa, tapi yang ini pun rasa macam nak lempang saja..

38 komen busuk:

Abir Abhar said...

oh tidak!
Jufriii

joegrimjow said...

xbest la gtau nak buat lawak

hannamaruku said...

haha. lawak.

bye

Fatul Akrul Ramli said...

abir..

jufri..
yeah2..

joe..

haha..
tapi macam perlu bagitahu je..

hana..

hey awak!!
T__T

QueenMIA said...

AHAHA. lawak la. hihi. ok, bai jugak.

Fatul Akrul Ramli said...

sampai hati korang..
T___T

hannamaruku said...

queenmia: meh kite give me five.

Fatul Akrul Ramli said...

jangan2..
hana busuk, dia tak mandi..
nanti berjangkit dengan dia..

Dhada said...

Kalau nk kentot kena bgtahu tak ? ;0

Fatul Akrul Ramli said...

kena lah..
ooo, kamu kentut ye..
tak senonoh..
patut la busuk

♥ sOFIa ♥ said...

eh eh. kalau nak keluarkan separa pepejal kena bagitahu juga ke?

heeeheee :P


fatul. aku nak buat pengumuman. aku nak kentut.

gahahahaha. itu gas. bukan separa pepejal.


apa benda lah aku merepek ni?

Fatul Akrul Ramli said...

entah la kamu..
merepek je..
entah apa2 lah..
haha.

tumbler biru said...

fatul,

aku nak buat lawak ni..boleh kah? dah sedia kah?

anisizatyA.J said...

hahahahahah jadi lawak sbb you said nak lempang juga..haha

Hafiz Hamid said...

aku pn da tergelak..haha..good one..=D

Fatul Akrul Ramli said...

TUMBLER..

okay2,
ready..

ANIS..

ahaha,
memang nk kena lempang lah tu..

HAFIZ..

terima kasih..
:D

khairierahman said...

pasal hawt tu tak lawak.. tapi entry ko tu memang lawak!! hahahahahahaha XD

Fatul Akrul Ramli said...

houd lah..
bukan hawt

F A R Y N said...

tak lawak pun..
rasa nak lempang ko je...
kah kah kah

.kakijalan. said...

haha rasa macam nak lempang semua orang.

Fatul Akrul Ramli said...
This comment has been removed by the author.
Fatul Akrul Ramli said...

faryn..

haa,
lempang lah..
T__T

kakijalan..

tak baiklah,,
bulan puasa ni

Just_najmiE said...

nak gelak kat sini boleh tak?.. (^^,)

Fatul Akrul Ramli said...

tak dibenarkan..

Nurul Harun said...

hahaha. saya ketawa yg hot tu.hahaha..

Fatul Akrul Ramli said...

haa, kelakar kan yg tu..
jom gelak sama2..

shakinah said...

kau ni sinis la

heh

Fatul Akrul Ramli said...

shakinah..

kenapa pula?
T___T

Ieda Mazlan said...

haha entah , kalau nak buat lawak , bagi la tahu dulu , kalau tak gelak kang merajuk pulak xD

Fatul Akrul Ramli said...

betul, betul

[z@ck] said...

dan kau berjaya buat aku gelak dgn entry kau ni..

hahahaha!!

Fatul Akrul Ramli said...

okay, tepu tangan..
clap,clap,clap

Ieda Mazlan said...

bapak bangang lawak kau,WEE

Fatul Akrul Ramli said...

tsk2~
T___T

melle. said...

eh, yang atas tu aku,tapi tertulis as ieda mazlan pulak,HAHA

Fatul Akrul Ramli said...

cehh..

mrs camillo said...

sebut pasal PRONOUNCATION...

(ouh rase insulting diri sendri)
haha~

as sarawakian TEGAR, sebutan zye memang lain dari org lain.

cth: aeroplane akan disebut eroplen

sebutan zye: aeroplaiiiineeee

cth lain: float akan disebut flot

sebutan zye: fllot (L tu bergulung sikit macam india)

damn it. satu kelas ketawakan zye. apekah?!?

rase macam wat post baru lam blog awak. haha. sori.

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008