Sunday, August 23, 2009

siapa tak puasa, jangan baca belog aku

teringat aku zaman berpuasa ketika zaman muda-muda dahulu.. masa itu, puasa sebab takut kena marah dengan mak aku.. mak aku pernah berkata,

"kalau kau tak puasa, mama tak bagi kau tulis belog dah.."

ecehh.. tipu je tu, dia cakap macam ni..

"kalau kau tak puasa, mama tak bagi kau makan.."

memang ah bunyi macam kejam.. tapi ada bagus juga kan.. so, berpuasa lah aku sepanjang bulan Ramadhan masa itu.. itu cerita masa aku sekolah rendah..

masa aku sekolah menengah.. aku mula berminat nak sembahyang tarawikh.. orang kata, siapa yang rajin pergi sembahyang tarawikh, boleh jumpa malam lailatulqadar.. sampaikan ada kawan aku yang jadi macam ni..

"kau nak pergi mana ni?

tanya aku.. lalu dia menjawab..

"aku nak pergi kedai Pak Ali, nak beli mercun.. lepas itu nak cari lailatulqadar.."

okay.. mungkin kawan aku ingat lailatulqadar itu budak perempuan cantik yang baru pindah masuk ke kawasan perumahan aku.. tapi memang masa itu, ada perempuan cantik yang bernama laila pun..

okay, cerita pasal tarawikh ni, aku ada peristiwa hitam.. yang kadang-kadang membuatkan aku tak mahu sembahyang tarawikh sampai bila-bila..

malam itu merupakan malam ke tujuh puasa.. aku dengan semangat, berjalan kaki untuk ke masjid keseorangan.. seperti biasa, aku akan berniat untuk buat 8 rakaat sahaja.. sebab tak mahu terlepas SENARIO yang disiarkan pada hari khamis jam 9.30 malam di TV3 pada masa itu..

masuk rakaat keenam, aku semakin excited sebab dah nak habis rakaat.. masuk rakaat ketujuh, aku terus duduk untuk tahyat akhir SECARA YAKIN.. lepas itu dengar suara budak-budak dekat belakang cakap..

"Weh, kenapa orang tu duduk, orang lain semua berdiri"

suara kecil aku bercakap..

"owh dem.. salah.. bodoh gila kau fatul.."

lepas itu, aku terus bagi salam dan keluar dari masjid sambil buat muka tiada kesalahan.. sudah la budak-budak itu terkekek-kekek ketawakan aku.. malu tahu.. sampai sekarang rasa cuak-cuak sahaja kalau nak masuk rakaat baru..

okay, sekarang aku sudah cukup malu bercerita dekat kamu.. maka, aku mahu ucapkan Selamat Berpuasa dan Tolonglah jemput atau ajak aku untuk berbuka bersama-sama.. NANTI AKU BAGI DUIT RAYA.. (-__-") .. (lame gila fatul ni)

29 komen busuk:

najwa hazirah halmi said...

laaa...ok ar tuh..
drpd terbatal air semayang sebab kentut kuat!hahaha~

Just_najmiE said...

oh, sgt comel!! (^^,)

milimilo said...

dulu time kecik2 dpt duit raye ikot bilangan puase,xpuase xdpt la byk duit raye..umo 20 layak dpt duit raye lg ke?

fadzilah said...

hari ni ko puasa ke?
jgn puasa yang2 yok..pagi2 bukak periuk..hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

najwa..

uihh..
kalau kentut slow takpe la kan..
kalau kuat?
pastu ada bau..
T___T

najmie..

comel ke?
tsk2~

mili..

mesti lah layak..
lagi2 kalau muka comel macam kita ni..
(-__-")

fadzilah..

eh,
mesti lah puasa..
cuma makan sikit time tgh hari tu..
wakakaka..
(-__-")

♥ sOFIa ♥ said...

eh budak kecil tuh ada jumpa kau lagi tak sekarang?

kalau aku jadi budak kecil itu, akan aku gelakkan kau sehingga sekarang.

heee. (kejam)

eh fatul. aku dah ada sajak merdeka in case u still need it.

i guess its a bit late oh. busyy laa.

sorry :(

Monkey D Luffy said...

takpa2

diorang x ingat dah muka ko yang bersalah tu

Rose Harissa (NORA) said...

Fatul... selamat berpuasa ya dik...
selamat bersahur gak... :)

Fatul Akrul Ramli said...

sofia..

haha..
kau memang kejam..
ya allah,
dah lmbat la..
tapi tak apa lah..
aku hargai sangat2,
terima kasih yaa..
:_)

kapten..

haha..
mintak2 tak ingat lah..

kak nora..

selamat-selamat

F A R Y N said...

mak ko terlupa yg ko lom akil baligh tu...nanti aku kasi ko duit raya.. 20 posen cukup la eh..bdk kecik takleh pegang duit byk2..hahahaa

anisizatyA.J said...

hahahahha..malu gila.next time simpan jambang dulu bru g surau, kasi org x knal LOL

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

otak dah pikir senario, mane nak fokus.
lenkali jangan yakin sangat. kalau tak yakin, pepandai la cover supaya tidak malu kemudian hari..hehehe

Fatul Akrul Ramli said...

faryn..

ah,
aku nak minimum 20 hengget..
kau tak bagi, aku baca belog kau..
(-__-")

anis..

haha..
tgh menyimpan la ni..
tapi tak muncul2 jugak jambang tu..
tsk2~

naddy..

so, kena salahkan senario lah kan..
kan kan..

fyezura said...

haha..lwk dowh..kurus pahle aku.ketawe lbih2

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahahaha...

nk gelak kan mr fatul lg....

Fatul Akrul Ramli said...

fyezura..

jangan lah gelak lebih2..
ish2~

gadis..

sedihnya kena gelak..
wuwuwuw

diLa said...

fathul.
selamat berpuase..;')

weyh.sile tkar nme aku skang..
suke2 tarok dila poyo weyh.beta murka!!hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

selamat hari raya..
tamau tuka..
bagi duet raya dulu, baru tuka..

rubi said...

rilek ar.. kenangan indah kot..
apa yg penting?
pergi terawikh.. theehee..

stahun sekali jek
(bukan 1 hari, tpi 1 bulan k..
x psl2 kena terangkan konsep kat si fatul ni hah)

Fatul Akrul Ramli said...

terima kasih sebab bagitahu ye..
T__T

MARiZA said...

"aku nak pergi kedai Pak Ali, nak beli mercun.. lepas itu nak cari lailatulqadar.."

HAHA.

Fatul Akrul Ramli said...

jangan gelak.. nanti batal puasa..

Dhada said...

Wahahaha kalau aku ada kt situ msti aku turut gelak guling2 ;D

Fatul Akrul Ramli said...

kamu memang..
tak sayang aku..

Nurul Harun said...

kelakar la fatul.
hahaha.

Fatul Akrul Ramli said...

:)

mrs camillo said...

ouh.

imam yang bagus ialah,

bila mana dah sampai tahyat, awal atau akhir,

dia akan pendekkan sebutan allahu akbar.

bacaan yg sgt panjang ialah sewaktu nak takbiratul ihram sebab takut ada org sujud pada 1st n 3rd rakaat terTIDUR n tak sedar.

selamat beramal!
(kalo kamu jadi imam nanti / bila kamu kawan ngan imam, cakapla camni)

Bungakopi said...

huhu..klaka n rasa leh bygkan rasa malu tu

miera said...

hahahaha lawak.dlu ak pon cam 2 gak.time darjah 5
semangat g semayang terawih.skali ble da rakaat 4 orang tengah takhyat akhir ak dengan selamba berdiri sebab ak ikot orang dpn ak berdiri.
adik ak yang sblh ak pon bdiri gak.
malu seh.2 la semayang x khusyuk.ikot orang dp je.
mmber blkg da gelak kaw2.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008