Friday, August 14, 2009

sudah la punggung besar, muka pula banyak jerawat

tidak mudah bagi aku untuk ingat muka orang yang aku baru kenal.. dan kadang-kadang orang yang aku dah lama kenal pun aku tak ingat juga..

------------------

semasa di sekolah dahulu, aku selalu usha orang.. tak kira lah, lelaki ke, perempuan ke, anak kucing ke.. agak-agak ada orang yang outstanding sedikit, mesti aku akan pandang dia.. kalau aku tak perasan ada budak macam tu, mesti kawan-kawan aku yang akan perasankan aku..

"weh fatul, usha awek tu.. cun kan?"

jadi, bila sudah lama dan terlalu banyak budak-budak macam itu yang aku pandang, maka, semuanya sudah bercampur aduk dan aku tak ingat pun muka budak-budak yang pernah aku usha..

tapi, kawan-kawan aku sering mengingatkan aku..

"fatul, kau ingat tidak budak perempuan yang free hair tu? hari itu kita selisih dengan dia"

aku membalas,

"yang mana satu?"

dia menjawab,

"alaa, yang pakai beg warna merah tu.."

aku membalas lagi,

"owh, yang itu"

nampak tak di situ.. cara mereka nak mengingatkan aku kepada seseorang.. hanya cakap warna beg sahaja dan terus aku ingat balik.. kadang-kadang mereka ingatkan aku kepada jenis beg, contohnya,

"alaa, yang pakai beg budak tadika tu"

"alaa, yang pakai beg ada roda tapi roda dia sudah tinggal satu tu"

itu masa sekolah.. tapi sekarang aku sudah di universiti.. orang sudah tidak pakai beg.. jadi, macam mana kawan-kawan aku nak mengingatkan aku kepada budak-budak macam itu ?

"fatul, ingat tak budak perempuan yang aku sembang hari itu?"

aku bertanya,

"yang mana satu?"

dia balas,

"alaa, yang punggung besar tu.."

nampak tak macam mana jauhnya perbezaan dahulu dan sekarang.. ada juga yang describe macam ini..

"alaa, yang jalan kengkang tu"

"alaa, yang muka dia banyak jerawat tu"

"alaa, yang muka dia macam pisang tu"

racist lah budak-budak zaman sekarang ni..

24 komen busuk:

BELALANG said...

ha3... jauh gler beza zaman sekolah ngan sekarang kan...
contoh dasyat gler... yelah otak semakin matang la katakan... ha3
time dak2 dlu pemikiran suci jew .. skg nie.. ha3

tumbler biru said...

Fatul mana?

ala..Fatul yang suka usha awek punggung besar tu! KAH KAH. boleh kah?

:P

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

pempuan camtu gak.tapi usha tu kene cover2 ar..hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

belalang..

tu la pasal..
skang ni teruk..
ish2..

tumbler..

jangan ar camtu wehh..
T____T

naddy..

kantoi!!

[z@ck] said...

nampak sgt kawan2 ko ni suka usha body figure org..
hahaha..

tp mmg senang nak cam kalau tgok yg 2 lg dr tgok baju yg dia pakai or beg yg dia guna..bnda tu x kekal..

tp klu vontot besar..always besar..
heehehe

Fatul Akrul Ramli said...

mana tau kalau tiba2 dia pakai botox..
dan bontot dia jadi lagi besar..
(-___-")

Fatul Akrul Ramli said...
This comment has been removed by the author.
lumut said...

hahahaha..agak kasar tuh weh..

siot je ek..=p

Razman said...

bagus pe mber ko...bteros terang..kalau punggong besar, xkan nak cakap kecik..kopem ko x igt..

Jack-O said...

erk.. tp ape kaitan element2 yg ko cite ni dgn being racist? *pening tbe2*

Dhada said...

'Alaa .. Fatul yg suka korek idung tuu ..'

Monkey D Luffy said...

tak baik tau

nadiah norzemi said...

hahaha.

sekarang yang selalu keluar dari mulot boys
"ala,yang pakai tudung macam yuna tuh"

bloody hell.

Fatul Akrul Ramli said...

lumut..

aku tahu..
tapi nak buat macam mana kan..

razman..

cuba bayangkan kalau dia describe kau macam tu..
emo tak?

jack-o..

element2 tu lah "racist"..

Fatul Akrul Ramli said...

dhada..

alaa,
dhada yang busuk tu..
:P

kapten..

aku tahu tu..
T___T


nadiah..

macam u penah kena je..
hihi.

ロザリザ said...

itu bukan racist. itu (bad)physical-ist. haha pakai reka je.

Fatul Akrul Ramli said...

tak penting pun..
T__T

hannamaruku said...

ala, yang tak tau taman maju kat ne tu..

haha. tgk, sampai dah terbahan diri sendri. i lagi racist kot. haha. :D

Fatul Akrul Ramli said...

u memang.. dah la tak tau taman maju katne..

(ALAMAK, TERBAHAN U LAGI)

eh2, cop.. u da balik camping.. tsk3~ T__T

shakinah said...

haha.
siot duh

cIk JanNah said...

amboi sensitip punggong beso.
terasa mereka~!
hahaha

sue-mai.al-musadda said...

hidup penuh diskriminasi.

sue-mai.al-musadda said...

hidup penuh diskriminasi.

Fatul Akrul Ramli said...

shakinah..

siot kan..
T___T

cik jannah..

alaa,
jangan la terasa..

sumai..

itulah "racism"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008