Friday, September 11, 2009

kalau terkentut, cepat-cepat minta maaf

aku tidak beraya di kampung sejak beberapa tahun yang lepas.. kalau tidak silap, tahun 2005 lagi.. sedih bukan? orang lain semua keluar dari Kuala Lumpur, aku pula terperap dekat sana.. sudah la kawan-kawan pun tidak ada.. ibu bapa pula pergi kerja..

satu pagi raya itu, aku bersiap-siap dengan baju raya yang tidak berapa nak baru.. guna yang tahun sebelum itu punya.. (SERIUS, KELUARGA AKU TIDAK KAYA.. SEBAB ITU KAMU KENA KLIK IKLAN NUFFNANG AKU) .. pagi itu, mak aku paksa aku pergi masjid untuk sembahyang raya..

"kau buat apa lagi tu? raya dah ni? cepat pergi masjid!"

aku menjawab,

"sabarlah ibuku.. masih awal lagi.."

mak aku akan bercakap benda yang sama setiap 5 minit.. mahu tak mahu, pergi sahajalah.. kalau tidak, tak dapat duit raya..

"kau tak mahu pergi masjid tak apa.. tapi tak dapat duit raya nanti.."

pandai sungguh ibu-ibu zaman sekarang..

lalu, aku pun berjalan kaki menuju ke masjid.. keseorangan.. sampai-sampai, imam sedang memberi briefing untuk sembahyang (ACECE, MACAM NAK BRIEF APA JE).. tidak sampai 5 minit aku di masjid, sudah mula sembahyang.. dan aku berada di barisan paling belakang sekali..

nak dijadikan cerita, barisan depan aku adalah seorang warganegara Indonesia.. aku tahu dari cara pemakaian dia yang lain macam..(KALAU SUDAH PAKAI KAIN PELIKAT, LEPAS ITU PAKAI BAJU KEMEJA, LEPAS ITU TUCK IN, BUKAN LAIN MACAM KE?)

beberapa minit selepas mula sembahyang, aku terdengar bunyi.. bunyi dia lebih kurang macam ni la,

"kelepek"

kemudian, aku perhatikan seorang demi seorang keluar saf (barisan solat).. lepas mereka keluar itu, aku terdengar mereka terkekek-kekek ketawa.. tak tahulah apa yang kelakar sangat..

seusai solat, mamat Indonesia tadi pusing ke belakang lalu berkata,

"maaf ya pak.. saya kentut tadi.."


WTF.. tidak pasal-pasal, aku menangis di pagi raya.. T____T

26 komen busuk:

hannamaruku said...

woi.
seyes ke bunyi kentut die kelepek?

comel :')

nsk bekenalan dgn die :)

.rafiq. said...

kau menangis sebab bau die wangi ke?

[z@ck] said...

ak ingt kan bunyi prooootttttttt..
hahaha..

kelepek 2 maybe sbb dia kentut time duduk antara dua sujud kot..

vontot tersepit..kentut pun bunyi lain macam..haahahaa

jeff said...

adoi fatul.

aku okay je sampai part last yang ko cakap ko menangis tu.

arghhhhh aku tak boleh menahan emosi

Hafiz Hamid said...

haha..menangis kesyahduan..

Fatul Akrul Ramli said...

hana..

ni email dia..
apekesni@gmail.com
roy_mechy@yahoo.com
haha..

rafiq..

aku menangis sebab aku tak join org2 lain tu kuar saf..
ahaha..

zack..

wah..
kau mcm biasa buat je kan..

jeff..

kita nangis sama2 ye jeff..
T___T

hafiz..

haa,
pandai punn

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

indon yang kentut tu tak kuar saf plak.bagus sangat meneruskan sembahyang sesudah kentut ye..

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. dia segan kot..

wanie said...

haha..
pg2 raye da jd femes kottt..
slh stu cre spe nk enterfrme..
pe lg kwn2..
join da grup..ahahha!

wanie said...

haha..
pg2 raye da jd femes kottt..
slh stu cre spe nk enterfrme..
pe lg kwn2..
join da grup..ahahha!

itafukada said...

hahha..haram punye indon tu.adeke terkentot..pastu yg len siap leh ketawa..aishooo..ni smyg raya ke pegi beraya ni??huhu..

khairie rahman said...

kau memang la.. motif kau nak menangis apehal? hahahahaha, aku pulak yang menangis tergelak-gelak kat sini.. :DD

melle said...

haha yess aku suka mak kau

Kuey-san said...

Kira jujurlah dia ek..siap btau n minta maap lagi Hoho. kalau fatul, wat dunno je..ye tak?

:p


eh fatul.. tuka lahh template kome nihh. pening kepala. tuh yang mls nk click nuffnang tuh.

HoooHooHoo

lehajeera said...

kentot beliaw kalis bau keh?

Dhada said...

Dahsyat sehhh bunyi kentot beliau . Mcm nk kagum sekejap . lalalala

chipsmore said...

kentot tu bunyi kelepek ke?? x stylo sungguh..ahaha :D

~~ maira ~~ said...

ahaks...sengal sungguh anda encik fatul..

Fatul Akrul Ramli said...

wanie..

agak2 kamu berani tak buat mcm tu..
hihi..

ita..

eleh,
kalau kamu jumpa dia,
mesti trus mintak kapel..

khairi..

kesian kau..
jgn la menangis..
T___T

melle..

pegi isi borang jadi anak angkat sekarang!!
:D

kuey..

alaa,
malas la nak tuka..
comel apa..

Fatul Akrul Ramli said...

iehajeera..

tak berapa nak kalis la..
ada la bau-bau bacang jugak..

dhada..

nak aku test kat kamu tak?
hihi..
:D

cik epal..

dah tu,
nak bunyi camne lagi?
wuwuwuwu

maira..

terima kasih..
ow yeah!!

Rose Harissa (NORA) said...

hahahah fatul... entri ko tak pernah gagal buat kak rose gelak...

Fatul Akrul Ramli said...
This comment has been removed by the author.
Fatul Akrul Ramli said...

jgn la ckp cmtu kak,
segan lah..
:D

wanie said...
This comment has been removed by the author.
wanie said...
This comment has been removed by the author.
wanie said...

ni cabar ke pe ni?
hoho..
wanie da sedia femes r..
so xprlu kott bt cm2..wahaha..=p

xde r..
2 mmg cri nahas 2..
ni pompuan mlyu terakhir ni..
dak baekk..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008