Friday, November 20, 2009

budak sekolah wajib baca, yang bukan budak sekolah haram..

setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk melegakan stress.. ada yang menyanyi lagu entah apa-apa sambil mengorek hidung, ada yang sembur febreze dekat seluar dalam dan ada juga yang upload video dia sambil menyanyi lagu entah apa-apa dalam youtube dan macam-macam lagi lah..



aku sendiri pernah bertanya kepada kawan aku, apa yang akan dia buat bila dia stress,

"hashim, kalau kau stress ke emo ke, kau buat apa?"

kemudian hashim menjawab,

"kalau aku stress, aku kunci pintu bilik, lepas itu aku bogel"

jadi, setiap manusia pun ada saluran tersendiri untuk menghilangkan stress.. ada seorang lagi kawan aku, dia lebih kreatif.. pemikiran dia tidak sama seperti orang lain, oleh itu, cara dia menghilangkan stress pun lain daripada yang lain.. di mana caranya adalah lebih ke arah kesihatan.. itu apa yang dia beritahu aku.. aku pun bertanya untuk mendapatkan kepastian.. kemudian, dia berikan aku satu link..


credit to wholefitness and tiara

itu adalah cara dia menghilangkan stress.. bukan dengan membaca artikel tersebut, tetapi mengaplikasikan isi kandungan artikel itu.. bagi kamu yang buat-buat faham bahasa inggeris, aku ingin memberitahu isi kandungan artikel itu.. secara literalnya, artikel itu menyatakan bahawa,

"lelaki yang memandang buah dada wanita selama sepuluh minit dalam sehari akan menjadi lebih sihat dan mampu memanjangkan umur sehingga 5 tahun lebih lama"

jadi, kawan aku itu pandang siapa punya? sampai sekarang pun aku berfikir.. maka, sekarang lelaki ada lebih alasan kenapa mereka perlu memandang wanita dengan lebih lama..


34 komen busuk:

jeff said...

see... aku dah cakap. i live a healthy life

Siti Nornadiah said...

ini mengambil kesempatan namanya..

joegrimjow said...

haiyaa
ni xley pakai ni!
ish2

nadiah norzemi said...

tolong introduce I dekat hashim pleaseee hahaha

CikChelsea said...

macam siot saja kau neh fatul!

kalau stress pergi cium bau kentut, pun mujarab juga! sila cuba kalau tak percaya

cik EPAL said...

ni memang saje nak kena terajang free niiiiiiiiiiiiii

Just_najmiE said...

chesse cake betul! (-_-"

naz said...

Haha hasyim memang stylo..!

FieZa9 said...

A veryyy longggg sighhhh.adoi.

(-___________________________-")

.lemon~tea. said...

ooo ptot r....
haha

Razman said...

tgk berbaju pun dh sehat..klu tgk breast tak berbaju apatah lagi..msti org tua pun mampu melompat...

[z@ck] said...

wow..biar btol..
dari tgok breast..baik tgok alam kurniaan tuhan ni..lagi iang stress..
aahahhaah

Miss Lula said...

perghh macam takde cara lain ke ape?
wahahaha~

momguess said...

mmmm
kalo ppuan pulak nk lega kan stress
perlu ker ppuan memandang tettttttt
lalalala

hannamaruku said...

oh yeke..
patot la razman salu tgk u kan kan?

khairierahman said...

awoooolff.. :p

Sharinginfoz said...

macam2 cara, apa-apa pun biarlah cara yang dibenarkan...

Sharinginfoz said...
This comment has been removed by the author.
mlle tqa said...

berjaga2 jika terserempak dgn abg nie! :P

MeFrEe said...

oit. xde makne yew..

.rafiq. said...

hahaha hahaha hahaha.
mane membe ko dapat fakta ni.
sangat menarik sekali.

LEEL said...

pervert gila -________-'

siggplus said...

aku suka yg ni..

aku rasa ada betul gak fakta tu..heh

nyna said...

hahha.
xboleh pkai punye cara.
hahahhaahah

KayNisa said...

nak cilok letak dekat blog i lah..hehehe

chokio_nia said...

jgn satu ari kwn ko tenung dade ko lelame dah la..haha

diLa said...

bongek fatul ni. mari repot kt mak die!

shakinah said...

aku pun nak pandang lama lama lah!

Merissa K. said...

ohh mamat yang nyanyi boom boom pow dengan jai ho tu ehh?

i could only watch utk 25 saat pertama, lepas tu terpaksa tutup video sebab tahap retard yang melampau. hahaha.

dia patut buat collaboration dengan william hung. XD

cik purple said...

kalo da kwen bleh la pkai tips nih..kalo tak..bek ko kwen cpt2..pndang yg halal tu lg berkat..tak dpt dosa..wakakaka

░♥si lampu neon♥░ said...

adoi sehat ke pandang buah dada org adoiiiiiiiii

eLLa said...

adesss..
perlu ker tgk bnda tue..
sehat dunia..
neraka ag sehat..hehe

Fatul Akrul Ramli said...

cehh korang ni.. sayang korang sebab korang open minded

Bungakopi said...

chit..mcm tahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008