Friday, December 4, 2009

Malaysia kalah 14 - 0.. rasa mahu tukar kewarganegaraan sahaja..

anda tidak silap.. ini masih lagi blog fatul.. ya, aku tahu aku tidak minat untuk menonton bola sepak.. tetapi, entah kenapa hari ini aku berminat untuk berkata sedikit tentang bola sepak.. sebentar tadi, aku tonton berita di TV3.. menonton berita di TV3 adalah perkara paling membanggakan dan bermanfaat yang aku boleh lakukan ketika berada di rumah..

seperti biasa, aku tidak kisah sangat dengan berita-berita yang disiarkan melainkan berita tentang ini,

"hari ini seorang pelajar yang baru menyambut hari lahirnya yang ke 21 semalam telah dimasukkan ke Hospital Bahagia.."

memandangkan tiada berita tentang itu, jadi, aku tidak mengambil perhatian sangat.. sehinggalah masuk segmen sukan, di mana pemberita itu berkata,

"Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia mengalami kekalahan yang memalukan 14 - 0 terhadap Thailand"

sebaik sahaja aku dengar berita itu, aku beri pesanan ringkas kepada rakan wanita aku,

"siapa kata orang wanita boleh buat semua perkara yang orang lelaki buat?"

dia balas,

"kenapa tanya macam itu?"

aku jawab balik,

"Malaysia kalah 14 - 0 dengan Thailand.. maknanya perempuan Malaysia tidak tahu bermain bola.."

dia jawab balik,

"kenapa kau beritahu aku?"

aku jawab lagi,

"sebab kau perempuan dan pasukan bola sepak wanita Malaysia kalah 14 - 0.."

dia balas,

"babi, aku farid ah.. perempuan kau!" (DAN BEBERAPA KATA-KATA KESAT LAIN)

aku balas pendek,

"aku ingat farah"

sebab aku sudah malu, jadi aku tulis dalam blog sahajalah.. minta-minta tiada siapa yang tahu..

21 komen busuk:

Miss Lula said...

heh.. memang memalukan..
kalah dgn thailand pulak tu. haila~

fitriah said...

14-0??ish malu!

Imn said...

Haha gila tak boleh bla x.x
Ragbi malaysia bukan boleh tahan ke kehebatannya ?

joegrimjow said...

eanita malaysia sopan santun
erk?
nape xanto nyah nyah ek
ke thai anto nyah nyah?
sbb tu menang?

Aku Orang Biasa said...

aku xder bender nk ckp cum nk pesan
len kali sblm mesej tue tgk la org dolo

tkt tsilap jantina n termengata x psl2.haha

fizafreak said...

comel gila salah hantar msg...
saya gelak kuat gila waktu part farid tu....

lawaklaaa awak ni....

hahahaha (still gelak lagi...)

░♥si lampu neon♥░ said...

adoi tapi bukan ade minah2 yang suke main bola dan terer main bola kah?? ayooooooooo ;( nak tutup muka pakai alas kaki. ;(

emma said...

selekeh ler ko nih!hahah

nadiah fatihah said...

aku rasa lagi malu kalau salah anta mesej...ok fatul, sila malu.

Fatul Akrul Ramli said...

lula.. haha, kalau kalah ngan Timor Leste takpe ah gak.

fitriah.. nasib baik perempuan..

lmn.. itu ragbi.. ada ke pmpuan main ragbi?

joe.. diorang siap bagi salam sebelum tackle bola..

orang biasa.. koajaq

Fatul Akrul Ramli said...

fiza.. ni sorang lagi koajaq..

lampu neon.. sumbat muka dalam lubang jamban..

emma.. eleh, kau pun sama..

nadiah.. malu malu malu.. cukup?

chokio_nia said...

haha..cmne ko leh silap ne weh??haha
btw aku promote owh blog ko kat membe2 aku..sume tak henti gelak bace..thumbs up dude..hahaha

.rafiq. said...

tapi laki menang 11-0 bai.

babYunadia said...

hoho..pompuan thailand kuat2 haha

cik CumeY said...

hahahahaha..x bley la nak gelak wak..bukan pasal kes bola..tapi kes sms tuh...hik hik! saiko okey???


err..CC jarang tgk berita..betol ker 14-0?ahaks!

[z@ck] said...

ak ingt team bola sepak lelaki..
maybe x ckup skill kot..

Fatul Akrul Ramli said...

chokio.. haha.. tima kasih ye.. :)

rafiq.. oh yeke? tak tau pula..

yuna.. apa bezanya dgn msia?

cumey.. betul lah..

zack. haha, entahlah..

fndrocka said...

kalau lawan brazil mahu kena 30-0

fndrocka said...

kalau lawan brazil mahu kalah 30-0

♥ s y i r a ♥ said...

ak cume nak cakap, fatul kau slalu sengal dalam berblog !

:))

Fatul Akrul Ramli said...

FNDROCKA.. tu ah pasal.. malu2

SYIRA.. ok, fine! kita clash ah camni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008