Monday, December 7, 2009

Malaysia kalah lagi.. mari tukar kewarganegaraan..

harini tonton berita di TV3 lagi.. seperti biasa, aku tidak kisah sangat dengan berita-berita yang disiarkan.. tetapi, apabila masuk segmen sukan, aku terus fokus.. bukan apa, sebab malam semalam, aku pergi McDonalds semata-mata untuk tonton perlawanan bola sepak.. jadi, boleh la berbangga bila perlawanan yang aku tonton itu diumumkan di dalam berita.. WTF..

kemudian, pemberita itu mengumumkan sesuatu,

"Pasukan bola sepak wanita Malaysia dimalukan sekali lagi apabila kalah 8-0 dengan Vietnam"

(jika kamu ada baca blog ini sebelum ini, aku ada bercerita tentang kekalahan 14 - 0 Malaysia dengan Thailand.. dalam post itu juga, aku tersilap menghantar mesej.. )

sambil mengetuk kepala di atas meja sebab malu, aku menghantar pesanan ringkas kepada farah.. dan bukan farid ya,

"Malaysia kalah lagi.. 8 - 0.. kurang lah malu tu sikit.. perempuan perlu berada di dapur.. bukan di padang bola.."

kemudian, farah balas,

"yes.. boleh berbangga sedikit lah kan"

selepas itu, aku menghantar pesanan ringkas kepada farid pula,

"Malaysia kalah lagi, tapi aku sudah tidak salah hantar mesej dekat kau.."

selepas 10 minit aku tunggu, namun tiada balasan dari farid.. mungkin dia tidak dapat terima kenyataan yang aku tersalah hantar mesej kepada dia hari itu yang sepatutnya kepada farah.. aku harap dia tabah..

dan aku juga berharap, pasukan bola sepak wanita Malaysia lebih tabah.. setuju tidak aku kata yang wanita Malaysia hanya perlu berada di dapur.. dan bukan di padang bola.. atau mungkin wanita Malaysia hanya perlu aktif dalam dunia blog?

17 komen busuk:

FiFFyMaFiA (",) said...

oh.. di hotel mewah cook dia adalah lelaki. boss adalah ppuan. yes.. tpt ppuan ialah di krusi CEO. haha

joegrimjow said...

bek xyah main je laaa

hannamaruku said...

bg number farid boleh?

.rafiq. said...

aku nak nombor farah.

Siti Nornadiah said...

tapi ramai chief lelaki yang feymes?camne tuh?

[z@ck] said...

lebih sesuai duduk di dapur dan main blog >_<

Razman said...

tp ppn malaysia ada dua biji bola tdk kre dimana mereka berada...

chokio_nia said...

wanita perlu dimane2 saje..bolehkah??heh

milimilo said...

erm,kalau xde durian,baru boleh duduk kat dapur..tp duduk dlm blog lg syok.. C=

uchiha ct-k said...

mesti la takk......

tu r...
hari tu aku mohon nak masuk team malaysia.....
penat la dok tunjuk skill....
tapi diorang tido lak....
rupe2 nye aku gi masuk padang hoki....
pastu dapat tau yang tarikh tutup odisyen dah tamat dah....

mmm....
kalo aku ade dalam team tu brazil pun tunduk malu kat aku....
heh....

n@e said...

bila ko nak tukar warganegara?

diLa said...

fatul or nepal. haruslah tukar warganegare.

diLa said...

fatul org nepal. haruslah tukar warganegare.

*nmpaknye kena tukar keybod jap lg.T_T

aideeb said...

huyooo..kalah bola sepak pon sanggup nak tukar kewarganegaraan..no wonderla ada org sanggup bunuh diri krn perkara remeh...

Fatul Akrul Ramli said...

fiffy.. cehh cehh.

joe.. itu lah pasal..

hana.. tak boleh..

rafiq.. tak boleh jugak..

nadiah.. sebab dorang pandai masak.. T__T

Fatul Akrul Ramli said...

zackk.. yes2.. pandai..

razman.. itu je yang kau tahu..

chokio.. tak boleh.. tak boleh..

mili.. betul betul betul..

uchiha.. kau merepek apa ni?

Fatul Akrul Ramli said...

nae.. dalam proses ah..

dila.. cehh , cehh..

aideeb.. humor.. humor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008