Thursday, December 3, 2009

pernah tonton cerita papaya?

lepas sudah tukar layout, tiba-tiba dapat semangat baru untuk update blog.. macam kalau kamu dapat kereta baru lah, kalau boleh, hari-hari mahu hantar ibu kamu ke pasar.. walaupun pasar tutup sekalipun, kamu sanggup hantar ibu kamu ke chow kit..

minggu lepas, aku terpaksa tonton drama melayu.. kamu ingat aku suka tonton drama-drama melayu ini? paling aku berkenan adalah "nur kasih".. kalau drama "bukan cinta biasa", "cinta pandang ke timur", "bunga-bunga cinta" dan "apa itu cinta" memang aku anti betul.. mana tidaknya, cerita melayu ini, kalau tidak pasal cinta, mesti pasal keluarga, kalau tidak pasal keluarga, mesti pasal harta WTF..

begitu juga dengan cerita indonesia.. kalau tidak pasal cinta, mesti pasal keluarga, kalau tidak pasal keluarga, pasal harta.. lepas itu, kalau nak bagi cerita dia menarik, dia letak kesan khas yang macam budak-budak tadika punya kerja.. kalau tidak percaya, cuba tonton drama "si cantik dan si buruk rupa" di TV3 pada jam 2 petang setiap isnin hingga khamis.. (SIAA, KANTOI AH AKU TONTON CERITA ITU)

jadi, aku rasa drama melayu sekarang ini cuba untuk mengadaptasi cerita indonesia ke dalam cerita-cerita mereka.. maksud aku, drama yang bertemakan cinta, keluarga, harta beserta dengan kesan khas budak tadika..

dahulu, aku ingatkan drama "papaya" adalah drama yang paling teruk.. dengan tangan besar WTF yang macam popeye.. lepas itu, ada kesan khas yang tidak menarik langsung apabila si papaya itu hendak berlari atau terbang.. T__T

selepas cerita papaya itu, nampaklah sedikit peningkatan dalam cerita "bio-nik".. tiadalah kesan khas yang terlalu merapu dan tangan besar WTF yang nampak sangat macam belon.. tapi, entah kenapa, slot aksi di TV3, pada hari isnin jam 9 malam kini menjadi semakin teruk..


ini adalah pelakon utamanya..

kalau kamu mahu tahu, tajuk cerita itu adalah "Kapten Kit".. mungkin Aziz M. Osman cuba untuk menjadi lebih kreatif dengan drama itu.. tapi, kalau ada basikal buruk yang boleh bergerak dengan sangat laju, aku rasa beliau perlu berusaha lebih keras lagi..


23 komen busuk:

F A R Y N said...

ko berlakon la cite betik..ahhaha

siggplus said...

kena tukar semua jadi slot pukul 9mlm slot untuk pornografi,..baru bagus

SuFy said...

nice new layout ne..hehehe...wah!!layan citer melayu, ok per..hee..tp certain memang x minat...kdg2 tgk pelakon dy jgk..eehhhee

hannamaruku said...

eleh fatul..minat nur kasih rupenye..

yan said...

nur kasih is da best:)
yan suka:)
bionik mase mula2 je best.dah makin lame makin banyak merepek.~~bosan.

Abir Abhar said...

cantik layout baru

Just_najmiE said...

tak tgok drama melayu.. tv3 pun jarang buka.. eheh..

momguess said...

umh aku xde tv
aku sudah mdpt dosa kerana menipu
lalalala

Sharinginfoz said...

singgah jap.. bosan2 datang le sini

.rafiq. said...

papaya tu sebenarnya bukan popeye tapi dia ambik watak bluto. sebab tu tangan dia besar.heheh

Fatul Akrul Ramli said...

faryn.. aku tengah di casting benda lain..

siggplus.. menarik jugak tu..

sufy.. thank you.. :)

hana.. eleh, buat2 tak tau pulak..

yan.. sama lah kita yan.. :)

Fatul Akrul Ramli said...

abir.. ye, aku tahu..

najmie.. cehh cehh..

momguess.. tak baik menipu kan..

sharinginfoz.. okay..

rafiq.. bluto tu jadah apa?

cik purple said...

no komen..sb nur kaseh pun aku layan..hee yg cite papy tuh aku nak minat..cite ntah pape.nyampah aku tgk.

t.a.c.a said...

sayang ku encik fatull... teime kasih atas hadiah contest hr tu...

dan lagi satu.. aku tak rasa layout baru kamu menarik perhatian ku.. tp maybe tu hanya lah pendapat aku...

joegrimjow said...

ada kemajuan..
erkk
rasa lebih banyak undur

Fatul Akrul Ramli said...

cik purple.. nur kasih dah habis..

taca.. sedih aku kau cakap macam tu..

joe.. sangat mengundur

fitriah said...

setuju! kapten kit sangat ntah pape.

erk kantoi tengok cite tu. nyorok jap.

t.a.c.a said...

sori fatulll aku suke layout kamu yg dulu... tp kamu jangan sedih dan pilu.. kerana yg berkualiti itu entri kamu.. bukannya layout blog kamu nie

chokio_nia said...

tapena tau pasal cite kapten kit..mkn kitkat aku tau la..huhu

sue-mai.al-musadda said...

dear fatul, ni aku setuju sgt lah..owh,tgk lah cite nenek kebaya..agak menarik jugak..petang kul bape tah kat tv3. yang menariknya, kalau terlepas tgk ptg, blh tgk mlm kat tv9 pulak. kul 8.30..mnarik kn? kalau nak ulang cite same, baik xpyh buat cenel baru.

naz said...

Kapten Kit ialah singkatan untuk Kassim Selamat.Aku pun benci sama drama Indonesia.Kemerepekan tahap gaban..!

Imn said...

Macam merepek je cerita tu x.x

Fatul Akrul Ramli said...

fitriah.. tak sangka kau tengok..

taca.. haha, aku saja buat tacing..

chokio.. minggu depan kena tengok..

sumai.. haha, aku kena tengok jugak even shit pun..

naz.. aku benci drama murahan..

lmn.. sangat merepek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008