Tuesday, December 22, 2009

tidak boleh korek hidung ketika memandu

setiap hari isnin hingga selasa, aku akan hantar emak aku ke tempat kerjanya.. tidak jauh dari rumah kami.. dalam 5 minit perjalanan.. biasanya, kalau dalam kereta, aku akan senyap.. emak aku yang akan banyak bercakap..


"ish kereta depan ni, masuk tak bagi signal"

jawapan aku,

"(senyap)"

dia cakap lagi,

"kenapa ekzos kereta kau ni bising sangat ni?"

jawapan aku,

"(senyap)"

dia cakap lagi,

"mama tak masak tu, nanti pergi la beli apa-apa.. mama tinggal duit.."

jawapan aku,

"(senyap)"

boleh katakan, hampir setiap masa aku akan senyap sahaja.. bukan apa, ketika memandu, hendaklah fokus terhadap pemanduan.. (betul tak izdiyani musawir yang baru dapat lesen memandu?).. melainkan ada soalan yang wajib jawab.. yang mana kalau tak jawab, boleh kena lempang.. antaranya,

"kau dengan hanis zalikha ada apa-apa ke?"

"bila kau nak bawak menantu untuk mama?"

"antara ayam dengan itik, mana yang lahir dulu?"

cehh tak ah.. tapi semalam, ada satu ayat dia yang membuatkan aku bersuara secara automatik..

"kau ni, asyik korek hidung je.. bahaya tahu.. tak boleh korek hidung masa memandu"

aku jawab,

"tak boleh la mama.. memandu kena fokus.. kalau ada tahi hidung, macam mana mahu fokus?"

secara tiba-tiba, suasana dalam kereta jadi senyap.. aku ada cakap apa-apa yang salah ke?


36 komen busuk:

=MissRynn= said...

hahahah.. logic jugak tue.. :P

iamsoeffinghot (SO WHAT??) said...

haha ade ke...apsal la suke no korek idung time dlm kete...

momguess said...

ko pkai kete ko tu selamanyer
bukan aper
kalo ko trade in
sian saper yg beli kete ko tu
sbb stereng mesti ader sisa2 taik idung ko kan
jenuh pulak owner baru nak samak
lalallaa

AmalinaOmar said...

kau bijak. sebab tu aku suka kau. hahah

uchiha ct-k said...

ishh....
mesti pas korek tu ko leset kat stering kan?
sian sape yang pinjam kete ko tuh...
hahaha

fitriah said...

haha comel je jawapan

Khairi said...

pastu mana ko buang hasil galian tu weh? selet kat kepala gear ke belakang stereng?

Fatul Akrul Ramli said...

rynn.. macam biasa buat je..

so what.. tak leh dikawal lah.

momguess.. aku nak jual kat kau lah nnt..

amalina.. nak ngorat lah tu..

uchiha.. ceh, mana ada..

fitriah.. tgk org dia la..

khairi.. itu rahsia ah..

Siti Nornadiah said...

habis kau nak mak kau jawab

OH BAGUS ANAK EMAK NIE NAK FOKUS NYE PASAL SANGGUP KOREK HIDUNG DEMI KESEJAHTERAAN DIRI DAN KERETA..

mcam tuh?

.rafiq. said...

kesian dekat pemandu sebelah. dapat jiran pengoto macam kau.haha

Imn said...

You sama macam bob .
Haha eeeh , are you sharing cars with anyone ?
Mesti taik idung dah melekat lekat dekat stereng kereta :)

amiza_yul said...

aduh.memalukan keturunan gayy saja.haha.

dila said...

oo..awak gay ke..?
gulp**

wanie said...

haha..agk2 bnyk x hasilnyer..
yerkkk..aduss

Just_najmiE said...

hahahaha.. gay tuh mesti naik.. sian en fatul.. =P

selamat mengorek hidung dan membesarkan lubang idong.. sekian~~

hannamaruku said...

falut

BuLaN iTu aKu said...

hehehe,, tak paham sebenarnya,..
tapi mama kamu memang best

KayNisa said...

aku gelak sampai terkejut orang yang tengah tidur..thanks buat aku gelak. dah berapa hari tak gelak..huhu

Fatin Aliyya said...

haha, sengal ko ni.:)

Miss Lula said...

woh hoh. ada apa2 ke dengan hanis zalikha?? xD

Wanie-san said...

hahaha sengal!
mak ko sbnrnye nak bg pelempang kat ko..tp sbb ko tgh drive..2la die sabo n diam jew dlu..

Cik NeyNa said...

erk???

Syida Shukor said...

hahah , boleh pulak macam tu jawapan kau .

Razman said...

korek idung xpe..korek orang sebelah yg bahaya sebenarnya..

mybreakfastclub said...

haha...funny man!

shakinah said...

razman punye komen lucah.

haha

[z@ck] said...

eee..cancel nak amik ko jd laki ak..
hahahaha

cik EPAL said...

korek hidung je lah tahuuu

shazika said...

hoby kamu korek idung ke?
hehehe

bakish said...

HAHAHAHA kelakar la entry you ni ;p funny!

░♥si lampu neon♥░ said...

kusyuk gila dowww aku takleh kusyuk sgt nnt aku takleh drive..aku kene goyang badan selalu

kasihkuamiera said...

lawak lawak

pink_butterfly said...

ahaha..tu la taik idung x korek sbln smpai jd besar gadabak..klu lobang idung dah tsumbat, mane nk dpt cncentrate driving kan?


wakakaka...

Redbloodsnow said...

adehhh..logik gak tuh. pandai nah menjawap org tua ek...hikhikhk

BELALANG said...

hahaha... btul2... kalo x kang dok men hembus2 je.. haha =P

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008