Wednesday, December 2, 2009

tolong dalam bahasa inggeris adalah help

jadi saya tiba-tiba berfikir untuk menukar layout blog ini.. (COMEL TIDAK GUNA KATA GANTI NAMA DIRI SAYA?).. bukan apa, layout ini sudah berusia setahun.. kalau bayi pada usia ini pun sudah tukar lampin hampir satu ribu kali.. tapi aku tidak tukar-tukar lagi.. bayangkan betapa banyak najis yang ada?

memandangkan pada zaman dahulu, aku tinggal di dalam gua, jadi, aku tidak tahu bagaimana untuk menukar layout baru tanpa menghilangkan apa jadah widgets aku dekat sebelah kanan post ini..

jadi, aku mahu minta kasih sayang daripada siapa-siapa yang comel, seksi, hot, tampan, bergaya, pintar, bijak dan kaya untuk membantu aku menukar layout baru.. jangan risau, kamu bukan bekerja secara percuma, nanti aku bagilah Perodua Alza ke, Proton Ezora ke, paling kurang pun aku bagi peti sejuk jenama Renoma..

okay, aku baru lepas menipu.. tapi betul la, akan ada insentif yang menanti kamu yang berjaya membantu aku menukar layout baru.. jadi, jika kamu berminat untuk membantu, (MACAM MINTA DERMA LAH PULA), bolehla menghantar resume anda ke alamat email,

apekesni@gmail.com

eceh, resume WTF.. bantu okay..

20 komen busuk:

ain_dira said...

blog sy pun x tuko layout sejak awal tahun lagi.. sbb tade bekenan di hati.

jadiknye, xdpt den nolong kamu..=D

fatin nazihah ashari said...

try ni

http://almansuqie-tips.blogspot.com/2009/01/mengelakkan-widget-hilang.html

joegrimjow said...

huhu
klu gune wp
xyah risau akan widget2 ni
xkan ilang
;)

Lynn Rahman said...

fatul,i mls bkk email.
try ni
www.thecutestblogontheblock.com

widget xhilang.

Fatul Akrul Ramli said...

ain.. kesian, kesian..

fatin.. okay, terima kasih..

joe.. T__T .. ni blogger.. T__T

lynn.. okay, terima kasih.. :)

chokio_nia said...

alah..aku ske layout lame ko tu..siap ingat nak wat same layout cm ko..tapi nati org ckap aku plagiat blog ko plak..trus tak jadi..

aku tak reti weh..sori taleh tolong

hannamaruku said...

hye

hannamaruku said...

hye

Fatul Akrul Ramli said...

sekarang kau boleh guna layout lama aku.. jangan risau jika akan disaman..

.rafiq. said...

dah ada tu. baru nak emel penganjur.hehe

cik CumeY said...

encik fatul...cik cumey sudi buatkan tok en fatul..demi kamo..apa sajerk..muahahaha

okay..cik cumey dah link kan kamooo...

yay!sorry lembab sket!

mohd J said...

bro, simple is fantastik.
okey apa macam ni.

fitriah said...

aik kenapa widget tak hilang?

tapi comel ape camni. hee

=MissRynn= said...

gud luck menukar layout.. seyes pening nak betulkan balik.. :p

eli.Suhaili said...

Haha cool lah layout baru ni!
I loike! :D

oh tak bole tolong, saya buta pasal layout blog uhuhu

Siti Nornadiah said...

weyh aku da dpt dah kau nye hadiah voucher..knp cosmos world? jauh beza dari sunway lagoon..:(

Fatul Akrul Ramli said...

rafiq.. kau lambat ah..

cik cumey.. thanx cik cumey..

mohd J.. inilah layout barunya..

fitriah.. hehe, hilang sebenarnya.. buat balik kot semalam

missrynn.. takpe2, dah tak pening dah.. :D

eli.. bodek eh eli? :P

sunway.. haha, kan aku dah kata, hadiah bukan aku yang bagi..

Kuey-san said...

FINALLY,

Fatul dah tuko template!!

Terima kasih. Tak sakit mata lagi.

HAHA-HA

:D

[z@ck] said...

ak ingt ak silap page td..
=P

Fatul Akrul Ramli said...

kuey.. cehh2, gedik ah..

zack.. anda tidak silap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008