Tuesday, January 26, 2010

jalan singkat untuk jadi kacak

jika kamu tahu tentang trend, kamu tentu tahu pasal ini,



ya, pemakaian spek yang besar.. kamu pergi sahajalah ke mana-mana pun, hampir setiap tempat kamu boleh jumpa orang pakai spek besar ini.. aku bukanlah anti dengan orang yang pakai spek ini, tapi cuba bayangkan, kalau dekat dalam Mid Valley ke, dekat Jusco Kinta City ke, Kedai Makan Tai Yik ke, dalam tandas dan rombongan kahwin perlu ke pakai?

lepas itu spek mesti yang paling besar, sampai ada kawan aku cakap,

"kau tengok perempuan tu, spek dia lagi besar dari buah dada dia.. cool sial"

kalau spek tak cukup besar, maka, kau tidak cukup cool.. bila kau tak cukup cool, maka kau tidak boleh pergi ke Mid Valley.. mungkin itu prinsip yang diguna pakai oleh penggemar spek besar ini..



rasionalnya, mata kamu akan menerima kurang cahaya dan kamu rasa kamu nampak cool bila pakai spek tu.. jadi, jika kamu tidak pakai spek besar, maknanya kamu tidak cool, dan kamu tidak boleh hangout bersama-sama orang-orang yang pakai spek besar yang rasa diri mereka cool.. nampak tidak simbiosisnya di sini?

jika artis yang pakai, mungkin boleh diterima.. lagi-lagi kalau baru lepas keluar mahkamah syariah sebab kena tangkap khalwat mahupun baru lepas proses penceraian.. mungkin mereka tidak mahu diri mereka dikenali orang.. tak percaya cuba cari gambar Abby Abadi dengan Norman Hakim masa mereka bercerai.. dua-dua pun tidak mahu kalah spek besar..


jadi, hari ini, aku mahu selitkan sekali satu tips yang sangat berguna iaitu tips untuk bergaya.. jika kamu tidak cantik seperti Fasha Sandha, tidak seksi seperti Rozita Che Wan, tidak kacak seperti Fatul Akrul Ramli, dan tidak ada facebook.. maka, kamu perlu ke pasar malam dan beli satu atau lebih spek besar..

bagaimana untuk tentukan saiznya? pastikan spek itu sama atau lebih besar dari buah dada anda..




ataupun mungkin sama besar dengan saiz punggung anda.. WTF


26 komen busuk:

amiza_yul said...

kalau aku pakai cam lalat.

F A R Y N said...

kalau ko pakai lagi la nampak tak cukup umur..hahaa

░♥si lampu neon♥░ said...

cool sehhh

fitriah said...

maknanye orang pakai spek besar adalah mereka yang tidak comel. haha

Razman said...

aku tak pakai lagi dah cool dan kacak. kalau aku pakai, mungkin ramai isteri orang yang curang bersamaku.

milimilo said...

spek aku besar doh..bukan spek itam,spek rabun..comel ape..haha

Miss Lula said...

fatul! mulakan trend pakai spek berbentuk bintang pula. siti sifir pasti cemburu.

uchiha ct-k said...

bengong giler....

kedai makan tai yik?
wuahahahahaha

siggplus said...

fenomena spek besar dah kurang dah

skrg trend pkai wayfare lak..tensi aku tgk

ainee cumi2 said...

betul cakap siggplus..
skang trend tu da lupus da..i pakai pun rasa cam pelik je..
skang ni belambak lambak ray ban..

ezzati said...

komen spek lagi besar dr buah dada tu xble blah..wakakakak..

comel2 budak ni

cIk JanNah said...

owh spek ku lebih kecil dr saiz buah dada ku.
hahaha

crazy_labelle said...

kalo saiz dada mcm pamela anderson, pkai spek saiz cup ape eyk?

pink_butterfly said...

gatal seh kwn kau tu fatulll!

Miss Marquis said...

kira naye la perempuan nak pilih?

[z@ck] said...

pakai shades style la..
hahaha

E'Unique Beauty House said...

spek besar tu murah je kan.. seploh hinggit leh dapat enam belas

Athirah Ibrahim said...

hukelem. saya tak pakai spek besar tuh selamber saje pegi mid. haha.

BELALANG said...

hahahaha... fatul!!!!
gerek seyh... hahaha
i lyke!!!! =)

~~ maira ~~ said...

oit kalo ko pakai spec kecik pn,,, spek tu lebih besar dari buah dada ko kn :-"

Siti Nornadiah said...

berape banyak besar daaaa?

Kapten Luffy said...

cool ker? tp lawa ler jugak

Moon Death Spell said...

yup... memang dapat menutup segalanya

fndrocka said...

camner nak tahu lebih besar dari dada? perempuan kena test kat dada ke spek tu.?hahaha

p/s: aku tak suka pakai spek2 tu..sebab aku rabun..kang pakai yg gelap memg tak nampak apa ler

zaffan ariffin said...

HAHA and i was laughing while reading :p

Redbloodsnow said...

hahahaha....haiippp ko fatul, tersindir aku weh...hahaha. sbb dulu² kala kan, aku penggemar pakai spec beso. cool katanya kan...aharksss.

skrg dh taubat koooo :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008