Thursday, March 4, 2010

cuba teka siapa lagi comel

oh, aku lupa yang aku ada blog.. maaflah, sudah seminggu lebih tidak update blog.. semenjak dua menjak ini, aku terlalu sibuk sampai aku sendiri terlupa sama ada aku sedang pakai boxer ataupun spender.. nampak tidak betapa sibuknya aku?
kamu semua perasan tidak, sejak kebelakangan ini, cuaca panas semacam.. tidak hangat seperti biasa.. mungkin ini yang dipanggil global warming.. (cehh, matang gila cakap pasal global warming).. tapi serius lah, pagi-pagi masa nak pergi kelas, jalan 5 minit pun sudah berpeluh.. lepas itu, sampai kelas, kipas-kipas segala celah yang ada..

beberapa hari yang lepas, aku sembang-sembang dengan rakan-rakan aku pasal kepanasan yang lecturer aku kata hampir 40 darjah celcius ini.. aku tanya kawan aku macam ini,

"apasal panas gila eh sekarang ni?"

dia pun jawab,

"mana tak panas.. asyik dengar HOT FM je.." (Tak lawak pun sebenarnya)

kemudian, seorang lagi mencelah,

"aku tak boleh la panas-panas macam ni, boxer aku cepat basah sekarang ni.. aku rasa, kalau aku perah boxer aku ni, penuh air satu baldi.."

nampak tidak betapa panas sekarang ini?? rasa macam mahu pakai g-string sahaja.. sejuk pun sejuk.. tak ada la cepat basah macam pakai boxer..

itu cerita beberapa hari lepas, baru sekejap tadi, ada seseorang datang kepada aku, seraya bercerita..

"fatul, aku tidur petang tadi, panas gila ah.. padahal aku buka baju kot.. kalau perempuan, macam mana lah ya.."


ini lagi satu bukti yang sekarang ini tengah panas gila.. sudah buka baju pun panas lagi, apa lagi nak buka pun tak tahu la..

oh ya, aku ada satu gambar,


ini dia..

cuba cari siapa yang paling comel.. kalau jumpa, aku bagi tiket percutian pergi balik ke blog ini..


29 komen busuk:

Siti Nornadiah said...

motif nak tunjuk gambar sape lagi comel?

and terima kasih sbb update blog!

sayuri said...

uhh yang tengah2 yang memakai baju itam uh!
ngee

aku seorang Temah said...

yela2..kau la comel (T T)
motip la kau nih.

.rafiq. said...

awek2 tu comel. beri aku satu.

Sizuka said...

abir abhar!
satu tmpat blaja eh korg..
heheh.
(sesaje buat xnmpak fatul)
wakaka.

kisahremaja said...

blog pink color la baru comey....

hazman aka species1980 said...

waaa.... kena buat blogwalking secara marathon nie baru leh jumpe....

kisahsensasi said...

pada aku.... blog yang comel adalah yang ade gambar awek2x yang kiut miut.... ;-)

Zaqyah Rezzaq said...

oh yang tunangan orang tu comel. ah fatul provokasi bahahaha

hannamaruku said...

hye i tak minat sheikh muzaffar. so?

amiza_yul said...

kalau tekan 5 untuk kelajuan kipas pun still berpeluh. -.-

crazy_labelle said...

ape ko buat kat belakang tu?
ass sheikh muzaffar hot x?

yan said...

global warming..mandi pun rasa mcm xmandi je sbb berpeluh balik lepas mandi.

ainee cumi2 said...

kelakar betul tang boxer ngan g-string tu tapi betullah mmg panas sgt skrang ni.

Anonymous said...

eh fatul aku panas ni.. kau panas tak?

Mya said...

mmg panas pon sekarang ni..
melaka mmg pergh, panas yg menghitamkan kulit..
:P

Fatul Akrul Ramli said...

eleh.. kamu semua jealous sebab aku comel. kannn

Razman said...

kalau yang paling gay, mestilah kau. siyez, aku tak nampak pape yg comel.

cik EPAL said...

semua comel :D

fitriah said...

abg sheikh!!!!!!!!!

Anonymous said...

semua comel.. ehe..

Nurul Harun said...

hahaha..kelakar sungguh entri. :p

bestnya dpt jumpa beliau...

nadiah fatihah said...

soklan cmtu pon nk tnye...mestilah bukan ko fatul...

[z@ck] said...

dan jugak ko interprame naaa..

Miss Kitt said...

tiket percutian pergi balik ke blog kamoo jugak..??!!
hahaha, ko ni mcm2 la fatul...aisehman~~

AuRorA DiAnA said...

sape paling comei?
dr sheikh la!
wahahaahahah =P

iniciksunti said...

yang menaip komen ni comel. masuk bakul angkat sendiri perkara biasa. hehehe.

hazirah said...

org blakang sheikh muzafar tu kuit sikit la..tp syeikh muzafar kiut banyak..hehe..tp syg arr..dye kerek tp lemau..

Bungakopi said...

tingginya kau, menjangkau ke Itali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008