Friday, March 26, 2010

fenomena baru..

sejak kebelakangan ini, ada satu fenomena yang melanda masyarakat.. kalau setakat Karam Singh Walia cakap loghat kelantan dalam iklan Jom Heboh Kelantan itu bukanlah suatu fenomena.. berbalik kepada fenomena itu, kalau kamu perasan, sekarang ini ada benda baru dalam internet.. nama dia formspring..


ini dia formspring.me

mula-mula aku tidak tahu sebutir pun tentang formspring ini, tetapi makin lama, makin ramai pula yang buat akaun dia.. jadi, bagi menyahut seruan kerajaan, aku pun buat lah.. bila dah buat, rasa seronok pulak.. secara literalnya, formspring ini adalah satu medium bagi seseorang untuk bertanya soalan kepada orang tuan punya akaun..

tanya sahaja soalan apa-apa pun.. pasal kahwin ke, seluar dalam ke, orientasi seks ke.. apa-apa sahaja yang kamu mahu tahu pasal tuan punya akaun itu.. disebabkan aku ada akaun, jadi, aku mahu tunjuk apa yang orang lain pernah tanya dekat aku..



ini contoh soalan yang pertama.. nampak tidak ketaksuban orang itu terhadap aku sampai seluar aku pun diperhatikan.. tapi sekurang-kurangnya, kamu dapat tahu yang kamu ada peminat.. walaupun dia hanya minat pada seluar kamu sahaja..



soalan ini dikira sebagai tidak boleh pergi (tak boleh blah).. sampai misai halus aku pun diorang nampak.. mintak-mintak lah bulu-bulu yang lain diorang tak pernah nampak lagi..



ini satu lagi.. tapi soalan ini sudah confirm ditanya oleh rakan sekelas aku.. aku tidak tahu pun yang aku kena perli.. itu maknanya, aku secara tidak sengaja telah terponteng satu, dua kelas.. tapi, kalau ikutkan, soalan-soalan itu semua biasa-biasa sahaja.. ada lagi soalan yang high class.. ini dia soalan itu..



haa.. high class habis kann.. tak tahulah kenapa ada orang mahu tahu tentang saiz seluar dalam aku.. jadi, kesimpulannya, kalau kamu mahu tanya soalan kepada aku.. boleh la masuk sini http://www.formspring.me/apekesni .. tanya sahaja apa-apa yang kamu mahu tahu.. aku pasti jawab.. wahh, macam tagline lah pula..

23 komen busuk:

hannamaruku said...

eleh fatul..i buat formspring, u pun ikot..kan?

shasha bee said...

sya pon baru ada formspring tapii macam taktaw sgt ler nak guna nya.. huhu

[z@ck] said...

formspring baru nak naik skang..ramai lagi yang tataw..

TUKANG KATA said...

formwinter takde ker?spring jugak ea..HAHAHA

joegrimjow said...

add add
hehe

Razman said...

formspring untuk lelaki kacak macam aku sahaja. kenapa kau guna?

Fatul Akrul Ramli said...

sebab aku lagi kacak dari kau.. itu pun nak tanya?

cikgadis said...

formspring untuk lelaki kacak macam aku sahaja. kenapa kau guna?


HAHA!!! lawak eh!

Luth Textile said...

huh.. buruk prangai kawan2 hang!

Khairi said...

haha. soalan tak bleh blah. Tanya je ke. nak komen soalan orang yg tanya tak bleh?

.rafiq. said...

hana, ajwin dah buat dulu drpd ko.

chokio_nia said...

hahaha..taleh blah btol la..adoii..

Merissa K. said...

jjeaaah. welcome to the club baby!
eleh eleh awak dah kena peer pressure ni kan fatul? hari tu cakap orang! i knew it was just a matter of time before ull start an account.

ok im gonna go now and ask you a few inappropriate questions. :D

adikeica said...

ntah2 kawan lelaki sniri yg pekena tnya soalan bengong tu..lol

redplasticbag said...

hoyehh! aku pun ada gak! :)

AmalinaOmar said...

muka kau ni fatul, memang stok tak boleh pergi. kau gay ke? haha. jangan terasa. sebab aku tak tanya thru formspring. aku tanya di khalayak umum pula. oh maaf.

Just_najmiE said...

dah tnya soalan.. cepat jawab! =D

pink_butterfly said...

waah, cam best! nak bwat account jgk lah!

nti add ye...

~~ maira ~~ said...

sape wat ... die gay... lalalala...

emezul said...

haha.. lawak tol aku bace..bes2

thoyol said...

hahaha..

aku tergelak part size seluar dalam.

Haha... Fuck it.. Hahahahaha..

nawal said...

mmg peminat karam singh nih!

haha

Anonymous said...

Very Interesting!
Thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008