Thursday, April 29, 2010

setelah hampir sebulan..

baiklah.. aku mengaku.. semenjak aku ada formspring, kemalasan untuk update blog semakin membuak-buak.. seakan-akan anak remaja yang baru ingin kenal erti "kehebatan di ranjang".. (okay, sila berfikiran lucah sekarang)..


bukan apa, bagi kamu yang ada formspring, tentu kamu pun bersetuju dengan aku jika aku katakan bahawa, formspring sebenarnya agak menyeronokkan.. orang boleh tanya soalan macam gampang dekat kamu.. lepas itu kamu pula boleh jawab macam gampang jugak.. sudah menjadi seakan-akan perbualan antara orang yang gampang.. tidak begitu?

setakat sekarang, sudah beberapa ratus soalan yang aku dapat.. soalan yang boleh dikira sebagai matang ada lah dalam 2,3,4,5,5,6,7,8 soalan macam itu.. yang lain semua soalan yang tidak berapa nak matang.. ini contoh soalan matang,





soalan-soalan matang sudah tentu ditanya oleh orang-orang yang matang.. tapi pelik bila salah satu soalan matang ditanya oleh razman yang aku rasa belum cukup matang..

kamu cakap sahaja soalan apa.. aku rasa aku pernah jawab segala genre soalan.. lucah, ganas, matang, gampang, comel, serius, kelakar.. cakap sahaja.. soalan macam ini pun ada..



satu sahaja perkara yang tidak best tentang formspring ini.. orang lain boleh jadi anonymous.. kita tidak tahu siapa yang tanya soalan.. mungkin emak kita.. mungkin lecturer kita.. mungkin makcik cleaner kita.. dan mungkin juga Perdana Menteri kita.. siapa tahu?

dekat UTP sekarang ini, hampir semua kawan-kawan aku ada formspring.. sampai aku isytiharkan tagline, "1 Orang 1 Formspring, barulah 1Malaysia namanya".. memandangkan hampir semua orang pun ada formspring, jadi kehidupan seharian kamu jadi lebih senang.. contohnya, kalau kamu mahu ajak rakan kamu untuk makan, tanya sahaja di formspring..

lebih menggembirakan, kalau rakan kamu jenis yang suka menghasilkan bau yang agak damn, kamu tanya sahaja di formspring,

"weh, kenapa bau kau macam sial?"

tidak pun, untuk nampak lebih sopan, kita boleh tanya macam ini,

"awak, tadi dalam kelas kita nampak awak pergi toilet.. lama awak keluar.. awak berak ye? patut lah kita bau semacam sahaja bila awak keluar.."

nampak tidak di situ? senang sahaja.. kini tiada lagi komuniti penyegan dalam masyarakat kita.. menarik bukan?


15 komen busuk:

Firdaus Idris said...

boooooooo formspring!!!

Whoopz said...

Formspring rawks.. Sempoi..

mIsH IeRA cIK irAh said...

saheh sgt kalo aku buboh formspring akan terhasillah offspring :P

cikgadis said...

hahaah pelik2 ja soalan
tp mcm best la..
kenapalah tmpt aku ni kena block benda best ni??
huuuu!

~kuyam~ said...

aiyoyo..gua msh xde formspring la derrr~

"1 Orang 1 Formspring, barulah 1Malaysia namanya"..begitukah?ohoo~

Razman said...

taknak cte sbb utama ko x update selaen dr formspring? yg psal ko tatap lady gago hga lupa sume benda...

si.tangan.besi said...

formspring aku tade followers . hahah XD

crazy_labelle said...

ak ade formspring... tp sejak menerima beratus (ok sje exagrate) soalan stiap hari, ak da bohsan....

xde soalan yg ikhlas...
sume jenis, ko soal, ak soal balik...
n soalan2 dr org sama kepada semua org (ok razman sila terasa...)

AyuE said...

mcm best ja formspring nih...nak terpengaruh gak la..

Fatul Akrul Ramli said...

formspring mmg sgt best.. kalau dah buat, mesti nak buat lagi..

saiamuzzammilkyway said...

dh buat buleh buat lg?
klu soklan dh maximum dkt storage dia bleh buat account 1 lg.
hahahahahaha :)

hannamaruku said...

bagaikan kacang lupakan kulit.

.rafiq. said...

otak kau kotor sebenarnya..

zither said...

buhahaha formspring buat kita jd pendiam di alam nyata

Linglung said...

kadang2 tak terlarat jugak nak perah otak jwb soklan formspring..soalan uji minda beruk pun ada...gila!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008