Monday, May 3, 2010

teman wanita baru yang lama..

ya, aku merupakan peminat Hanis Zalikha.. minat yang macam kalau boleh setiap kali ada post dalam blog, kamu nak letak nama dia.. walaupun entry tentang kepentingan tandas dalam kehidupan seharian pun, kalau boleh mahu ada nama Hanis Zalikha..

okay, tapi itu semua dulu.. sekarang, masa sudah berlalu, minat aku terhadap Haniz Zalikha pun semakin merudum.. semuanya sebab dia tidak perasan aku, sebab dia perasan kucing dia comel.. okay tak, sebenarnya sebab ini,





kalau kamu tidak tahu, nama dia Mia Sara.. dia lagi tua dari Hanis Zalikha dan umur dia 24 tahun.. okay tak-tak, aku tipu je, umur dia baru empat tahun.. T__T

sebenarnya, aku bukan seorang yang suka menonton televisyen.. sebab itu aku tidak pernah nampak Mia Sara ni.. tapi, memandangkan dia ini comel dan sangat popular di Facebook.. jadi, mahu atau tidak, aku perlu berkenalan dengan dia.. kalau kamu yang biasa tonton drama Adamaya di TV3, kamu mesti kenal dengan dia..

di Facebook, group "kami peminat adik Mia Sara" sudah melebihi 15,000 orang.. malam semalam aku masuk group itu, peminat dia 14,000 lebih sahaja.. pagi ini sudah 15,000 lebih.. okay lah tu daripada blogger mentah yang baru buat blog dan mahu fanpage sendiri di Facebook kemudian jemput semua kawan-kawan dia jadi peminat blog dia..

aku tidak mahu cerita panjang tentang Mia Sara ini, nanti ada lah lelaki-lelaki durjana yang cuba nak ambil hati ibu bapa dia lepas itu cakap macam ini,

"makcik, pakcik, apa kata kalau pakcik tunangkan anak pakcik dengan saya sekarang.. besar nanti, tidak lah susah dia nak dapat jodoh.."

tidak pun macam ini,

"makcik, pakcik, macam mana boleh dapat anak comel macam ini? boleh ajar saya?"

soalan-soalan ini sebenarnya boleh juga ditanya di formspring ya.. Satu fakta menarik tentang Mia Sara.. dia juga sebenarnya wanita yang boleh dikatakan solehah..



dan boleh berubah jadi pari-pari gigi.. kalau gigi kamu tercabut, lepas itu kamu letak gigi itu bawah bantal masa kamu tidur, pari-pari gigi ini akan muncul..



okay, mahu pergi cabutkan gigi.. mintak-mintak dapat jumpa pari-pari gigi malam ini..


27 komen busuk:

yan said...

budak ini tersangat2 la cute :) :)

AyuE said...

agak-agak budak ni perasan ko tak??s

mIsH IeRA cIK irAh said...

entah kenapa aku lagi minat statement ni

okay lah tu daripada blogger mentah yang baru buat blog dan mahu fanpage sendiri di Facebook kemudian jemput semua kawan-kawan dia jadi peminat blog dia..

dari budak comel tuh ~..~. ok la tuh kan? :P

Fatul Akrul Ramli said...

yan.. comel gila kann..

ayue.. mestilah tak...

iera.. haha..

asked said...

ooo...
baru kenal..
ni ke mia sarah ue..

hehe..

jarang tgok tv gak doe..

heehee...

nk g cabut gigi skang~

auww3

aku yang menulis said...

mia sara @ amani....sgt chumeyl...!!

Razman said...

aku ulang balik apa yang aku cakap dekat hanna. "orang yang TAK comel, memang meminati orang yang comel."

syakey said...

mmg budak ni adorable gla...

Fatul Akrul Ramli said...

eleh razman.. awek kau comel apa.. kau minat awek kau tak??

.rafiq. said...

betul tu.. lepas kau cabut gigi baru kau lebih comel..

Nurul Aqila Ahamad Kamal said...

aww. chomel lah dia.

emma...bukan nama sebenar said...

aku yakin ko yg tanya soklan nih:

"makcik, pakcik, apa kata kalau pakcik tunangkan anak pakcik dengan saya sekarang.. besar nanti, tidak lah susah dia nak dapat jodoh.."

kan??hahah

AyanaAsham said...

kiut gilak!
dem........

milimilo said...

aku nk ulang ayat razman jelah.haha.sumpah lah mia ni mcm muke anak aku nanti. =P

AwienSyahirah said...

hahaha, suka!

BELALANG said...

hahhaa.... pari2 gigi xde.. pari2 gaga leh? =P

[z@ck] said...

comel kan mia sara..
aku nk renung muka dia lama2 time aku mengandung..mana tau anak aku nanti muka macam mia sara ke..

hahaha

The Black Bar!! said...

pedophile r ko...hahahha...lol

mrs.JamaL said...

tol tu....
saper la kite orang sebesar hanis tu nak perasan...
tinggal komen banyak2 pown satu pown x balas kan...

kalu lalu pown..x sudi pown nak tinggal komen...sedihnyer...

Dhada said...

Budak kecik ni mmg comel gila la la la :D

Drama Mama said...

haaa memang comel budak ni. ramai betul peminat dia skang...bole jadi famous cam britney spears besar nanti nih. hehehehe

Cik Fathiyah said...

blog walking. hehe. she's cute aite? i pun suke dia and everytime tgk pic dia mesti akan cakap 'aaa,cute gile'. pastu ckp camnie kat diri sendiri 'ya ampun, apesal la aku adore gile budak kecik comel ni'. da tgk adamaya? mesti akan ckp cmni, smbil hentak2 kaki 'comel gileeeeeeeeeeeeeee. eeeeeeeiiii. comelllllll'. hehehe.

ishiko said...

dye mmg choomel ok ! hehee..

(: syai_sharif :) said...

ha alip ha alip hah
hahahahh!
lawak laaaa xD

nana said...

nak ikut incik g cabut gg la..
nak gak jupe pari2 gg ni..
jom2 date ngan pari2 gg..lalalala~

wani ezryl * said...

cuteness sgt!! x)

soffya cik bulan said...

mmg sgt comel dia ni...
kalo duk dpn mata, mau cubit2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008