Friday, July 16, 2010

mari saya tunjukkan magis

wahhh.. lama kan tak update blog ni? kebiasaanya, orang yang kejap update, kejap tidak ni, akan digelar biskut.. tapi aku update sikit, lepas itu kena tunggu enambelas bulan untuk post yang berikutnya.. jadi, sila panggil aku biskut raya sekarang..

jadi, tidak perlulah aku beritahu sebab aku tidak update.. aku ulang banyak-banyak kali nanti, ada orang terannoy pula.. macam satu iklan tv yang popular sekarang ini..

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

annoying tidak? okay, kita cuba sekali lagi..

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

"hai semuaaa, mari dekatt .. mari dekattt.."

haa.. kan annoying tu.. kalau dalam satu jam, asyik ulang iklan tu je, siapa yang tak mahu lempang sheila rusly kan? kalau Sheyla Hershey yang cakap tak apa lah juga.. jadi, siapa yang tahu kenapa aku tidak update itu, beritahu pada rakan-rakan sekalian okay..

baiklah, aku rasa sekarang ini aku sudah matang.. matang dalam konteks perbuatan aku.. serius sungguh.. kalau aku tidak matang, terangkan kenapa aku basuh semua pinggan mangkuk yang ada di singki rumah aku pada pukul 1 pagi.. terangkan juga kenapa bangun-bangun pagi sahaja, aku kemas katil aku.. cukup matang bukan?

sepanjang cuti aku yang lepas, aku perasan sesuatu dekat satu rancangan tv yang bertemakan melodrama.. apa lagi kalau bukan Hotel Mania kan.. orang kata lah, rancangan ini lebih kurang macam Glee.. banding punya banding.. tak ada satu pun persamaan antara Hotel Mania dengan Glee.. tapi ada rancangan lain yang lebih kurang sama dengan Hotel Mania ni.. Wonder Pets..

ya, bagi aku Hotel Mania lebih kurang sama dengan Wonder Pets.. bila kau hari-hari tengok Wonder Pets, kamu boleh tahu bila itik, kura-kura dan hamster itu akan menyanyi.. sama juga dengan Hotel Mania, kamu boleh agak bila pelakon dia akan menyanyi..

keduanya, lagu-lagu dalam Hotel Mania kebanyakannya tidak menarik, atau tidak pernah didengar.. bila dibanding dengan Wonder Pets, ada tidak lagu-lagu dia yang kamu pernah dengar?

"wonder pets, wonder pets kami datang.. menyelamatkan anak gajah yang kesusahan.. kami tak besar dan kami tak kuat.. bila bekerjasama semua jadi mudah.. yeaaaayy wonder pets.."

bila ulang lagu ni sampai 5 kali.. kamu boleh jadi sheila rusly.. okay, itu sahaja untuk hari ini.. aku tahu kamu kecewa sebab kesimpulan post ini adalah, bagaimana untuk menjadi sheila rusly sahaja..

19 komen busuk:

eiffel said...

lu cm siak baiii..
penat wa tgu lu punya magik tuh...cm sampahhh..terus terang jela lu xske tgk hotel mania..yg lu g tgk wt pe.. -.-"

MissNafa said...

huhu...ingatkan magic ape lah td.lawak la bile inga shiela rusli tuh. tp telur dadar tuh sedap :)

asked said...

bro..
pasni aku nk tau bagaimana nak mnjadi muslim yang soleh plak boleh tak..

ape brg jadi sheila rusly..

Khairi said...

magic hahaha. magic aku baca sampei abes. cis.

irahehe said...

aku tercarik2 jugak.mane magic?ape yang magic?hahahaha.tapi aku mang xsuke dua2.hotel mania ngan wonderpet.kalau dapt remote kat ku,jangan harap aku bukan citer tue.hahahaha.

Fatul Akrul Ramli said...

laaa.. korang ni.. itula magis dia..

Abir Abhar said...

ni memang kau merepek lah bai..
buang masa seminit setengah aku

Bungakopi said...

aku pon jadi nyampah tgok iklan tu.

@yuE said...

apasal aku tak penah tgk pon iklan tu????

Fatul Akrul Ramli said...

mungkin magisnya sudah hilang..

~kuyam~ said...

hilang ke mane weh magis nya?ahaha...ade2 je ko neh fatul :p

halimah said...

aku igt megik ape la td..
haizzz...

MuJE said...

FTW! sesungguhnya IQ aku telah berkurang pas bace post ni..ha2 tapi seyes telur dadar tu sedap, aku dah try buat.. try la wehh.. pilihlah lady's choice

beLalanG said...

magik cmne nk jadi shila rusly???? hahahahhaa

Kuey-san said...

Fatul, aku rasa cam nak lempang kamu laju2. Kelakar. Adoii.. the reward for being a funny man,a slap? Kesian Fatul.


;)

redballerina said...

mari dekat...mari dekat...mari dekat..
haha,
hotel mania cerita tak berapa nk grand mcm gelli, tp dua2 aku layan.

lea said...

mari dekat mari dekat
sy nak tunjukkan macam mana nak jadikan telur dadar lebih sedap...

sgt annoying....hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

sekarang dia dah potong part mari dekat mari dekat tu.. mungkin shiela rusly sendiri dah annoying dgn iklan tu..

Am-e-Kun said...

bro, xde tips nk jadi mawi ke?
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008