Sunday, August 22, 2010

20 Ogos 2010

tidak seperti hari-hari biasa.. tarikh ini telah membuktikan setiap yang hidup, pasti akan mati.. walau bagaimana sayang, kasih dan cinta kita terhadap seseorang, jika sudah ditakdirkan untuk mereka pergi, pergilah mereka.. tidak lambat sedetik, tidak cepat sedetik..

setelah 3 hari bersabung nyawa, ayahanda Fatul Akrul yang tercinta, Ramli bin Ismail telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 10.35 malam di KPJ Shah Alam.. aku tak mampu menghidupkan manusia yang sudah mati.. juga tak mampu mengubatkan sakit.. yang aku mampu cuma menghadiahkan bait-bait yasin di telinga arwah..

belum cukup jasamu dibalas.. yang aku mampu, memandikannya dengan air mawar.. belum puas wajahmu ditatap.. yang aku mampu, mengucup sekujur tubuh kaku berselimutkan kain putih.. belum cukup dosa-dosaku diampuni.. yang aku mampu, membisikkan kata-kata ampun di telingamu..

ya allah, sesungguhnya aku amat lemah, kau berikanlah kekuatan kepada hambamu ini.. ya allah, sesungguhnya ibuku kehilangan permata yang sangat berharga, kau berikanlah ketabahan dalam dirinya.. ya allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah.. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Papa, i miss you.. i love you.. maaf tak sempat kita nak bersahur bersama.. maaf tak sempat nak berbuka bersama.. maaf papa.. :'(

Al-fatihah..........

69 komen busuk:

Syira ITIK KEJ♥M said...

fatul, be strong ok.

takziah dan banyakkan bersabar, sedekahkan doa untuk arwah.

:(

Kuey-san said...

3 perkara dibawa oleh setiap yang mati:

- Sedekah jariah
- Ilmu yang dimanfaatkan
- DOA ANAK YANG SOLEH

Ramadhan bulan mulia, semoga roh Papa Fatul ditempatkan dikalangan org2 beriman. Amin.


al-Fatihah.

adrinaqamarina said...

AMIN!

sokong dengan kuey san. doa anak yang soleh tu buktik kasih sayang kita juga.

kuat oke! setiap yang hidup pasti akan pergi cuma lambat atau cepat je.

ps*patot lah tak nampak online lama ye.

Amiratullyana said...

fatul, i'm your silent reader. I enjoy reading your blog and fs. Btw takziah. Doakan Arwah selalu. Jangan bersedih terlalu lama. Hidup perlu diteruskan.

AyuE SurihanyOt said...

al-fatihah untuk arwah...


jika kau berjaya pasti ayah kau pon tenang disana..

insyallah...

hannamaruku said...

fatul,
be strong.

doa byk2, sedekah yasin banyak2.

siggplus said...

susah kan bila orang yang dekat dengan kita pergi tinggalkan kita?

tapi tu lah, hukum alam.

been there, done that.

semoga roh ditempat di kalangan mukmin. amin.

amalina wahida said...

takziah fatul..

Abir Abhar said...

:-(

MiSz_aIN said...

al-fatihah~

Smoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan smoga dicucuri rahmat.

NADIA vs BERON said...

takziah
kehilangan memang memeritkan
hadpi dgn tabah

-al fatihah-

Anonymous said...

takziah dr sy.......
hilang org yg tersayang mmg perit....
we must always be prepared.....

Bungakopi said...

takziah.
memahami rasa kehilangan. bersabar ye.

unalaizer said...

takziah....

al-fatihah...

wanie said...

takziah dri wanie fatul..
be strong..
dan jgn lupe rjin2kan diri sedekahkn yasin utk ayahanda..
doa kwn2 bersame kmu...amin~

Budak Setan ! said...

takziah bro...

al-Fatihah.

Fatin Aliyya said...

al - fatihah.kuatkan semngt be strong...

Hanis Zalikha said...

Hi Fatul :)

Losing your loved ones forever is one of the hardest thing in life. No one can understand the pain, unless they experience it themselves. Sorry for the news and condolences to your family. I will not tell you to be strong because you know that's what you ought to be doing, as the man of the house. But promise you won't lose your essence. Take care Fatul, salam.

Whoopz said...

Al fatihah.. Takziah bro..
Semoga roh arwah berada bersama roh2 org yg beriman.. Amin..

fndrocka said...

mati takkkan putuskan hubungan roh..selagi.al.fatihah jadi penyambungnya.

Razman said...

takziah fatul.

al fatihah untuk arwah. semoga arwah dimuliakan disisi Allah. amin.

KayNisa said...

takziah dan alfatihah,

20ogos jatuh pada hr jumaat.

arwah meninggal dihari baik dan bulan baik. semoga rohnya ditempatkan dikalangan yang beriman.. insyaAllah

Ajwin said...

fatul,tabahkan hati k.
doa byk2 pd tuhan.
semoga Allah meencucuri rahmat ke atas ayah fatul..
al fatihah..

eiffel said...

takziah fatul...

moga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman...


al-fatihah...

YanDarwisy said...

Al- Fatihah, semoga diampunkan segala kesalahannya dan dimasukkan dikalangan org2 yg beriman. Amin...

diyana said...

al-fatihah...

Kap said...

redha, tabah, pasrah.
al-fatihah.

Dayah Myra said...

salam..takziah fatul..sma2 kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

Lah said...

bro, takziah untuk hang n family..
Allah lebih sygkan arwah.banyakkan bersabar.bdoa banyak2.bulan mulia ni, besar rahmatnya..insyaallah, arwah tenang disana.

salam takziah

Lah said...

bro, takziah untuk hang n family..
Allah lebih sygkan arwah.banyakkan bersabar.bdoa banyak2.bulan mulia ni, besar rahmatnya..insyaallah, arwah tenang disana.

salam takziah

Liyana Adib said...

I'm so sorry for your lost. Takziah to you and family.

Al-fatihah.

abcd E fgtakperlulahakutaipsampaihurufz said...

takziah

abcd E fgtakperlulahakutaipsampaihurufz said...

takziah

fyezura said...

salam .takziah fatuh...semoga rohnya dicucuri rahmat..

suhaili sulaiman said...

takziah fatul

aku chun said...

Al-fatihah.
Takziah. Be strong.~

Anonymous said...

salam..takziah

sofia said...

Al-Fatihah.

Aku pernah di fasa engkau Fatul. Aku tau bagaimana rasa kehilangan seorang bernama ayah. Tapi kekuatan itu akan ada, mungkin bukan sekarang.

Kalau kau perlu untuk bercerita, aku ada untuk mendengarkan.

Takziah.

Cats said...

takziah untuk fatul n family..
Al-Fatihah untk arwah..

m.E.e.N said...

takziah fatul..
kami semua mendoakann semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. insyaAllah
aminnn~~~

m.E.e.N said...

takziah fatul..
kami semua mendoakann semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. insyaAllah
aminnn~~~

milimilo said...

salam takziah fatul.this must be hard but keep going on n pray lots for him.everyone will feel this too someday.al-fatihah.

luvly mya said...

salam takziah and al-fatihah,
be strong

[z@ck] said...

bro..be strong ok.i know how it feels to lost someone that you really love.takziah untuk ko dan family.

tuhan lebih syg kan ayah ko.harap ko ok.

take care.

Nadhy said...

be strong okey?
sedekahkan al fatihah utk dea.
moga roh nya ditempatkn dgn org yg beriman.
takziah.

Fatul Akrul Ramli said...

terima kasih semua orang.. tak mampu nak reply satu2.. terhutang budi sgt dengan kamu semua.. semoga Allah memperkenankan doa2 kalian.. semoga Allah membalas budi dan jasa baik kamu semua.. aminn..

Fana Flora said...

salam fatul.
salam takziah.semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Amin

Al-fatihah.

~kuyam~ said...

Takziah Fatul...perbanyakkan doa...

gEe said...

salam...

takziah.. my dad pon dah xde.. dekat 2 tahun dah.. i know how u feel right now.. we are on the same boat..

sedekah kan yasin and al-fatihah selalu k..

take care..

uchiha ct-k said...

salam takziah...huhu...

papa ko bertuah sebab meninggal masa bulan ramadhan...hari jumaat pulak tu... :)

Anonymous said...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

salam takziah.

.o r k e d. said...

bro, b strong. insan yg meninggal dlm bln ramadhan insan yg tpilih.smoga roh arwah papa awk dicucuri rahmat.aminn

EIPUL said...

fatul, takziah jugak.


semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

.rafiq. said...

alhamdulillah. meninggal di bulan ramadhan. ditunggu-tunggu oleh orang beriman.

De IeMaN HeRbS said...

takziah utk fatul..
smoga pemergian ayahanda anda pd bulan yg mulia ini membawa 1001 ketabahan dlm diri..Allah lebih menyayangi beliau..smoga roh ayahanda anda dicucuri rahmat dr Allah s.w.t..jgn seskali lpe utk sedekah al-fatihah..

nora said...

setiap manusia akan pergi meninggalnya.. cuma cepat atau lambat. teruskan berdoa n kuatkan semangat dlm menempuh kehidupan ini.... Semoga arwah ayah Fatul ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin~~

FeeL da MorE said...

takziah fatul
be strong okeh
kite yg hidup kena teruskan kehidupan mcm biasa.

Anonymous said...

omg, i cried after reading this blog. stay strong fatul! cheer up :)

Alya Qistina said...

takziah.
al-fatihah.

White Bird said...

al fatihah utk papa anda.

AmalinaOmar said...

Fatul, takziah..
kuatkan semangat, sedekahkan alFatihah dan doa untuk Allahyarham papa awak.

Fatul Akrul Ramli said...

terima kasih semuaaaaaaa.. saya semakin kuat.. kuat kerana kamu semuaa.. :)

lumut esoklusa said...

fatul....
takziah buat kamu....jaga diri ye..
teruskan perjuangan...

amalina sahaja said...

takziah :(

Anonymous said...

fatull,, be strong okwyh..lot of lurve for you..hehe=)) takziah n Al-Fatihah to ur papa...

E.I said...

tabahkan hatimu.

yang pergi tetap pergi.
kita hanya mampu berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat =)

ishaAllah
AMIN

Lynn Rahman said...

fatul, takziah.
br bukak blog u
untung arwah papa u tau
sudahlah pergi hari jumaat, bulan mulia Ramadhan al-mubarak lagi

be strong n sentiasa doakan arwah ye

al-fatihah.

Nik Nur Izzati said...

takziah ye.

mrs.nhnf said...

xlambat kan nak says takziah untk tuan blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008