Monday, September 20, 2010

beraya di rumah selebriti

pertama kali beraya tanpa ayah, memang terasa kaw-kaw.. sebelum ini, pagi-pagi raya bila bangun tidur mesti terhidu bau asap rokok suria.fm.. tapi sekarang, bau yang ada cuma bau hapak diri sendiri.. haish, rindunya...

tiada apa yang menarik tentang raya kecuali bila kamu dapat memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka setelah sebulan menahan diri.. okay, bila kamu dapat jumpa kawan-kawan dan makan makanan yang banyak pun berbunyi menarik jugak.. raya kali ini aku jarang jumpa makanan berunsurkan kemelayuan.. pergi satu rumah, dapat kfc.. pergi rumah lain, spaghetti.. rumah lain, dapat dunkin donut.. satu rumah lagi, dapat nasi beriyani.. satu rumah lagi, nasi goreng mamak.. okay, yang nasi goreng mamak aku tipu okay.. jangan ambil serius sangat.. tapi apa-apa pun, semua makanan pun syurga..

ini gambar raya paling lucah yang aku pernah lihat..


cukup lucah bukan..

okay, ini gambar untuk yang masih berusia 16 tahun ke bawah..


lebih sopan begini..

selain dari makan dan buang air di rumah yang aku singgah, tidak kurang juga membantu golongan tertentu untuk menukar tayar kereta yang pancit..


okay, bantu lihat sahaja sebenarnya..

bila dikira-kira, jemputan yang aku dapat pada hari khamis masa cuti Malaysia hari itu, ada 29 rumah.. tapi, aku pergi 5 rumah sahaja.. sebab untuk 5 rumah sahaja, berat aku sudah naik 5kg.. dan kalau aku pergi semua rumah, berat aku akan jadi 29kg.. mana boleh macam itu, ringan sangat bukan..

ini antara gambar-gambar lain yang ada.. enjois..













tajuk post ini, "beraya di rumah selebriti".. tapi celah mana selebritinya?? haa, jangan main-main, selebriti ini famous sekarang ini.. dengar-dengar cerita, dia bakal keluarkan album baru.. tapi, tak tahu lagi bila..


mana satu selebriti??

tidak-tidak.. bukan yang tengah itu ya.. yang tengah itu sudah cuci tangan dari dunia selebriti.. sekarang dia sudah masuk dunia politik.. okay, ini adalah selebriti yang sebenarnya..


yes, muka tak mandi satu hari..

nama selebriti ini Ajwin Ajeera.. oh, hari ini adalah hari jadi dia yang ke tigapuluhlima.. cepat, semua orang ucapkan selamat hari jadi kepada selebriti kita..


23 komen busuk:

Miranisa =) said...
This comment has been removed by the author.
Miranisa =) said...

bhahahhaa salah komen.
nak gak jmpe si cantik ajween !!
boleh ? hehe

FieZa9 said...

Alahai Ajwin comel!

Bila birthday dia??Hari ni??20/9 kah?

Fatul Akrul Ramli said...

mira.. gi la jumpa dia..

fieza.. yup2.. ini hari..

Afiqah Azmee said...

seronoknyaa makan makan jumpa kawan hee.

aww ajwin. nak jumpa! sekali dengan fatul pun okay hee.

Fatul Akrul Ramli said...

okay, jum jumpa.. sekarang jugak!!

crazy_labelle said...

bday ke 35? ko mmg nak mampos ni ak rse...

siggplus said...

kau pakai high heels ke? nape nampak sgt tinggi kalau compare dengan yg lain?

Fatul Akrul Ramli said...

dah tu bday yg ke bapee?? betul lahh..

ha ah, lupa nak bukak heels tu masa masuk rumah..

Nik Nur Izzati said...

tajuk memang gempak la. hahah

eiffel said...

ajwin tuh umo 35???ko biar betul!!!!

adrinaqamarina said...

tak nak komen pasal ajween. tapi nak cakap baju raya kaler cantik la.

selamat hari lahir untuk beliau jugak :D

Miranisa =) said...

nak jmpe fatul gak leh? :P
eh eh xraye umah norhana rosmida ?

Fatul Akrul Ramli said...

izzati.. memang betul pun selebriti..

eiffel.. dia cakap kat aku macam tu.. hee

adrina.. oh, tu baju raya tahun lepas.. tsk..

mira.. boleh aja.. hana sombong, dia blogger fames.. mana nak ajak blogger biasa2 dtg rumah dia..

.s.o.f.i.a. said...

happy birthday ajwin!!!!!!!!!!!!

Nik Nur Izzati said...

betol ke tigapuluhlima? heh. x percaya la. muda lagi tuh

Just_najmiE said...

omg, comelnya fatul!..

YanDarwisy said...

Ala..tomey2nyer org muda beraya. teringat akak akan zaman menggeletis beraya...choy!

.rafiq. said...

fuyoh femes la kau dapat tempias2 sebab raye umah die.

fairuz said...

hahahaa.artis la sgt. tp sweet..bole la jadi artis.agagaaa

nurayunni said...

wah..cantik pic mcm kanak2 rebina..

SweetyMui2 said...

uisshhh beraya sakan.hikhik

zuliana_me said...

haha...rupa ko kat gambr last tu mcm Marshal "How I met ur mother". cute.lol..

I didnt know u were tall.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008