Tuesday, October 26, 2010

50 sen punya nasi lemak

zaman sekarang ini, mana ada benda murah.. karipap pun satu 30sen, lepas tu kalau beli tiga, satu ringgit.. wadde?? siapa ajar mereka 3x3 = 10?? mungkin mereka anggap baki sepuluh sen itu adalah cukai makanan.. okay, itu pasal kuih.. aku mahu cerita pasal nasi lemak.. amboih, sekarang ini mana ada nasi lemak 50sen.. kurang kurang pun mesti seringgit..

cakap pasal nasi lemak, sebenarnya, aku mahu fokus kepada ini,



okay, cuba cari nasi lemak dalam gambar di atas.. cepat cari, aku bagi masa 3 saat.. 1, 2, 3 .. baiklah, tak jumpa lah tu.. cuba cari dalam gambar ini pula



okay, cepat cari.. 1, 2, 3.. alaa, takkan tak jumpa??

"Nora : U kata muka I tak cantik?
Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..
Nora : Haa?
Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah buah dada Nora Danish)
Nora: Aaa..
"

itu merupakan bait dialog dari filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham, antara Farid Kamil dan Nora Danish.. memang terbaik lah bila refer buah dada dengan nasi lemak.. sebenarnya aku bukan apa, tapi aku tak nampak simbolik buah dada dengan nasi lemak.. buah dada berpasangan, malangnya nasi lemak tidak.. "it will be nasi lemak seringgit then".. mungkin juga, nasi lemak 50sen, nasi lebih, pinggan asing..

aku tak boleh nak marah farid kamil,

"weh farid, apasal kau samakan buah dada nora danish dengan nasi lemak 50 sen?? ni yang aku marah ni.."

tak boleh lah macam itu, nanti norhana somsida pula marah aku.. norhana somsida kan tengah bercinta dengan farid kamil sekarang.. jadi, tiada guna aku marah.. bukan Ahmad Idham baca blog aku, lepas itu mahu tukar dialog itu kan.. sebabnya, lawak nasi lemak 50 sen itu dah tak best dah.. itu lawak masa aku darjah 3,4,5,6 dahulu.. sekarang umur aku sudah 12 tahun.. jadi sudah lama lawak itu berlalu.. sekarang ada lawak lain.. contohnya, macam bila kamu tengah jawab peperiksaan, lepas itu terkentut sampai orang sebelah dengar lalu pandang kamu, seraya kamu jawab,

"nape? aku tak kentut lah.."

okay, itu pun tak lawak jugak sebenarnya.. google sendiri lah apa-apa yang lawak.. okay bye.. (habis taip awal sebab malu, lawak tak jadi lawak)..


24 komen busuk:

adrinaqamarina said...

*buat muka blur

Wan Gerrard said...

hehehe tula, satu nasi lemak seringgit sekarang..kalau dua, dua ringgit la..hehehe

Victor Tan said...

lols, really, hard to find cheaper things these days

zarifahmr said...

kebangeten tenan. nah kali ni buli hekk ;D

wannurfazrini said...

haha tu la kesian ND nasi lemaknya dicop hanya berharga 50sen . nape FK tak ckp nasik lemak rm2 ke HAHAHA

fairuz said...

nasi lemak nasi lemakk.. 2 singgit 2 singgit..mcm dlm cite upin ipin. kah kah kah

~Nani3@InTaN~ said...

bile pk2 balik boleh la kire lawak..hehee

Khairi said...

kau patut sentuh pasal mak kau lahirkan kau kat reban ayam ke. baru kena.

aku rasa nasi lemak dia kire ok. boleh la. nora danish pandai masak nasi lemak ok.

raina said...

nasi lemak aku sebelah rm5.50 lauk sambal sotong, paru goreng, kacang goreng, daging rendang, sambal jawa tempe..

tapi, nasik lemak aku ori weih, dimasak secara ori, tiada penambah atau perasa tiruan...

K I E R A said...

Lawak la weh

HAHA ;D

Atiqah Ramlan said...

ok tuka la, tak mau nasik lemak, lense dslr laa kot hahahahha

emma...bukan nama sebenar said...

lawak gak r..hahaa

melle. said...

lawaknya *__*

Kap said...

aku kurang kurang nasi lemak lima ringgit baru datang selera.
hah.

Cik Liyana said...

mane sama....nasi lemak ada sambalmacam-macam, telur, timun, gajah, rimau...buah yang lekat kat dada xde semua tuh..ishhhhh

Whoopz said...

Lemak ke nasi lemak nora? Kurang kot.. Tu pasal la 50sen je..

avid gunner said...

damn. sbb ko kod lelaki dah bukan rahsia dah.

DuniakuAbstrak said...

aku rasa macam 70 sen je..

ahmadmifdhal said...

sengal...haha...

ahmadmifdhal said...

sengal...haha...

Dhada Yahaya said...

Nk nasik lemak lauk ayam . lalala

Tuan Din said...

Hahaha kelakar tul... "nape? aku tak kentut lah!" sepatutnya cakap.. " ngko kentut yer?"

amirah said...

sexual harrassment secara lisan..wakaka

boutique mimi said...

kaya la ko Fatul,nuffnang bayo,,hehehe nice topic...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008