Wednesday, October 27, 2010

serius, tak cemburu.. serius..

sudah lama tak sebut nama hanis zalikha dekat blog ini.. sudah lama juga aku tidak pergi blog dia lepas itu malas nak komen, sebab aku nak jadi orang pertama komen, lepas itu cuma taip,

"first!! hehe.."

kalau nampak ada seorang sahaja yang komen, dapat taip,

"second!!"

pun jadi lah.. tapi masalahnya tak dapat.. setiap kali masuk blog dia, tengok-tengok dah 145 komen, tengok-tengok dah 453 komen.. jadi, bila kamu nak komen macam kamu cakap "first!", "second!" memang nampak pelik,

"four hundred and fifty third!!.. hehe"

nampak tidak?? jadi, baik aku biarkan orang lain sahaja yang bilang nombor-nombor itu, biarkan sahaja mereka rasa diri mereka tidak mengannoyingkan orang lain.. jadi, setelah sekian kalinya tak baca blog hanis zalikha, bila baca kejap tadi, boleh pula ada satu video ini



sweet kan part hujung-hujung tu?? walaupun ada part yang aku rasa eh-ni-tak-payah-ada-pun-tak-apa, tapi overall aku boleh bagi 3 bintang untuk mamat ini.. kamu tak rasa aku patut cemburu ke?? eh tak payah lah.. mamat ni memang sweet, aku tak sweet pun.. setakat bagi korang gula-gula (= sweets) pun, aku tak dapat nak bagi.. inikan pula nak jadi sweet macam mamat ini..

tiba-tiba rasa tak proper bila panggil mamat, okay, nama mamat (again??) ini adalah Aziz Hazmi.. dia lagi famous dari cik epal, sebab dia ada fan page dekat facebook dan hanis zalikha letak video aziz ini dalam blog dia.. damn! oh yes, aziz hazmi juga ada blog, boleh stalk dia sekarang sebab mana tahu satu hari nanti, hanis zalikha tiba-tiba tukar status facebook dia, "In a Relationship with Aziz Hazmi", jadi pada masa itu, kamu boleh cakap,

"oh, Aziz Hazmi ni lah yang buat video sweet tu.."

cuba kira berapa kali aku taip sweet dalam post ini, cukup tak nak jadi sweet macam Aziz Hazmi?? bai-de-wei, aku perasan satu benda pasal Aziz Hazmi ni, muka dia ada iras-iras Nas-T.. kan?? okay bye..

16 komen busuk:

wannurfazrini said...

I pun dah tgk . mmg jelous habis . leh tahan hemsem si aziz ni HEHEH

milimilo said...

serius macam nas-t.adik beradik kot?hahah.bau jeles la fatul. ;p

AyuE SurihanyOt said...

sweet..=)

Dhada Yahaya said...

Mmg shuweet . heee ^^

Fatul Akrul Ramli said...

tak cemburu pun.. tak punn

zarifahmr said...

hahahaha so suweeeet ;)

Encik Tikus said...

gua pun tengah buat video tok hanis zalikha nie

fairuz said...

aku pon nak buat video sweet2 pastu nak letak lam youtube. nak buat yang sweet2 punya. hahah.pastu lepas tu mesti ramai yg kate aku ni sweeetttt kannn. hahah

melle. said...

relakss

Knisa Zain said...

Diye budak uni mane ek?
mesti masscom.
tu rajin buat vidiyo.

K I E R A said...

Dia budak ASWARA kot.
Memang sweet video dia

HAHA ;D

emma...bukan nama sebenar said...

hehee...bau2 dengki nampak!
takpe2..aziz hazmi buat vide0 pakai gula,ko try pakai madu plak..mst lg suweet

[z@ck] said...

aziz ni memang ada hati kat hanis zalikha kot naa..

Fatul Akrul Ramli said...

tunggulah, satu hari nanti aku buat lagu utk HZ, tgk siapa sweet time tu..

shida is my name said...

kamu lg sweet dr die lah :)

joynstar said...

nama budak bertuah tu sebenarnya TENGKU HAZMI TAQIUDDIN BIN TENGKU ABDUL AZIZ. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008