Friday, October 15, 2010

UTP vs Utusan

bagi sesetengah orang, bila sebut sahaja nama Universiti Teknologi PETRONAS, orang akan bagi tanggapan yang pelajarnya adalah dari golongan yang 23 jam mengadap buku dan 1 jam lagi digunakan sepenuhnya di dalam tandas..

itu dahulu.. aku rasa sekarang ini bila sebut sahaja nama UTP, terus orang cakap,

"oh, Universiti Tipu Paper tu ke??"

bulan lepas, sekumpulan pelajar UTP telah menghantar email beserta gambar kepada Utusan Malaysia bagi dimuatkan dalam slot Salam Perantauan.. bila sebut Salam Perantauan, mesti orang akan bayangkan gambar orang dekat luar negara sama ada bekerja mahupun belajar di sana, ada salji, ada pokok pelik-pelik, ada orang pakai baju raya sambil senyum OMG annoying gila macam ini..


cukup luar negara tak macam ni??

itu adalah senior-senior aku di UTP.. macam mana duduk UTP boleh masuk salam perantauan?? haa, sama ada senior aku ini bijak sangat atau Utusan Malaysia yang tak berapa nak bijak..


Universiti of Toronto

Di manakah terletaknya Universiti of Toronto?? Di kanada?? hello, di Kanada, ejaan Universiti adalah University.. sumpah, sumpah, sumpah wehh kami tak cemburu langsung dengan budak-budak yang dapat pergi oversea.. kami pun boleh pergi oversea kalau kami mahu.. tapi, kalau pergi oversea, tak dapat lah jumpa Ajwin Ajeera dekat rumah dia, dan tak dapat juga lah jumpa Norhana Somsida dekat pasar malam.. T_T

bila fikir balik, kelakar juga.. UTP yang entah dekat ceruk mana tu ada port ala-ala oversea.. serius LOL aku rasa kalau aku hantar gambar aku macam ini pun boleh masuk Salam Perantauan..


Memang perantau habis lah kan..

lepas itu buat caption macam ini,

"Selamat Hari Raya dari Fatul Akrul Ramli yang kini berada di dalam Piramid Giza.."


pun boleh masuk Salam Perantauan macam itu.. tiba-tiba rasa melampau pula cakap berada dalam Piramid Giza.. okay lah, tukar lah.. bagi gambar macam ini lah..


cukup oversea tak??

kalau gambar ini, caption dia mesti macam ini,

"Selamat Hari Raya dari comel satu, comel dua dan comel tiga yang kini berada di McDonalds Beverly Hills.."


Beverly Hills lah sangat kan.. padahal tambun.. cehh, tiba-tiba font jadi kecil bila taip tambun.. sebenarnya, dah banyak, banyak sangat Salam Perantauan yang tak berapa nak perantau.. ada orang ambil gambar dekat Bukit Ampang, lepas tu kata belajar dekat New Zealand pun boleh masuk Salam Perantauan tu..

tapi, tapi kenapa bila budak-budak nakal UTP buat, terus masuk artikel dalam surat khabar?? separuh muka surat pula itu.. amboi Utusan Malaysia, tidak berpuas hati nampak.. main kasar betul, lain kali masukkan saja dalam muka hadapan.. barulah satu Malaysia tahu, baru anda dapat "Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara".. LOL

sebenarnya pihak UTP sudah meminta maaf sebelum artikel itu dikeluarkan di Utusan lagi.. tapi nakal Utusan ni, dia nak bagitahu satu Malaysia juga.. kan dah kena "attack" besar-besaran oleh budak-budak UTP.. Obefiend dan Al-Muhandisu telah pun membalas dendam terhadap Utusan.. diorang dua orang ni memang "kejam".. jadi, adakah anda di pihak UTP atau Utusan?? cepat pilih, ini antara hidup dan mati..


30 komen busuk:

Admiral Hafiz said...

haha...comey la sgt..tambah2 yg tgh 2..si abir..haha

adrinaqamarina said...

rasa macam tak payah besar3 besarkan pon tak pe. haish. utusan ada kekosongan muka surat kot. LOL

Nik Nur Izzati said...

hahaha. kelakar. okeyh, lepas ni amik gambar tepi tasik, ada pokok sakura, then boleh la cakap, dari pelajar universiti jepun. huhuhuh

milimilo said...

universiti tipu paper.terbaek ah..piramid giza tu dkt utp ke?chantek kot.hahah. ;D

Khairi said...

aku dulu Toronto gak weh, tapi belah USM. USM cawangan Toronto. Okey, bukan cawangan tapi depa sebut branch.

Shahira said...

just nak cover je utusan meloya.
LOL.

nama.aku.lynn said...

"Selamat Hari Raya dari comel satu, comel dua dan comel tiga yang kini berada di McDonalds Beverly Hills.."

ayat yg comel!hahahhahha
nk tgelakk abesss...

p/s:::emm..xpilih sape2 lah..tgh2..oke kann...

cKyN WaN said...

dah la gambar aku hantar mcm xkua jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

:(

die dah amek gambar budak2 UTP upanya haha

Anonymous said...

i sokong UTP.. student local lagi mantap dari student overseas kot.... ;) kem salam syg kat abir.dia comel.i tua setahun je dari dia..sama date lak tu..jom celeb bday sama2..

Anonymous said...

itu tulisan boraini abd razak.. die mmg slalu buat kontroversi.. main bedal suke2 je weh.. ko ngan pae aku dah kenal dari f1, aku taw korg bukan mcm tuh, so aku rasa bukan sume mcm yg minah tu cakap.. biasa la, nk popular.. -naqiuddin daripada sekolah perimbun

Anonymous said...

typo- noraini abd razak bukan boraini abd razak..

Anonymous said...

weh, ingat tak hibatul hakimi yang belaja kt republic chezk tuh.. budak yg ko jumpe masa kat umah pijan arituh.. die claim yg budak medic malaysia lagi teruk belaja than overseas.. die tabik kot.. die yg cakap arituh.. -naqiuddin

AyuE SurihanyOt said...

dah abis raya baru aku taw pasal kes ni..punya la tak up-to-date aku ni kan...tapi masa aku dapat taw bdk utp tipu paper tu aku suka ja..hahaha baru la rasa ohh budak utp tak skema mana pon kira boley buat calon suami jugak la..hahak

ARC™ said...

salah bebudak ni la buat camtu.

hannamaruku said...

walaupun budak2 UTP adalah gedik : pegi pasar malam pakai baju pink, tapi i dengan hati suci murni iklas, MENDOKONG UTP SECARA TERANG TERANGAN TANPA ADA SEBARANG ALASAN.

Hidup budak gedik pakai baju pink pegi pasar malam!



Dari Norhana Somsida..... T___T

IRAH HAJERAH AZMAN said...

baca komen emosi ni

http://mediasiber.com/pendirian-pengarah-perkhidmatan-pelajar-utp/#comment-41

kami di utm turut menggelakkan utusan. siap beremosi dalam belog lagi.

tepok tepok utusan =P

KayNisa said...

haha, terbaek.. aku nak wat gak lah nanti. p bgambar kt broga, edit sket bg lalang2 tu nmpak ala2 ldg gandum.. pastu ckp lah aku kt amarika.. ahaks

Tipah said...

BEST GILERR LIBRARY KORANGG!!!

Dem, tahu library best seperti itu pasti dulu belajar pandai-pandai dan apply sana....

Orang luar boleh masuk tak library UTP?

Fatul Akrul Ramli said...

terima kasih semua.. semua pun sokong UTP.. lav u lahh..

tipah.. orang luar ke dalam ke bleh aja masuk library tu..

.s.o.f.i.a. said...

aku nak sokong utusan bley??? sebab aku apply masuk utp tak dapat...... =)

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. dah tu, apply masuk utusan dapat tak?? lol

::fana:: said...

haha,, comelny entry neh..
style la kt PIRAMID GIZA tu,,,

avid gunner said...

utusan meloya

Anonymous said...

This link provides information on how to reach state insurance regulators that can help to provide state-specific information relating to car, homeowner, ... http://insuranceinstates.com/nevada/Reno/Wilkins%20&%20Associates%20Insurance%20Services/89511/

Anonymous said...

hi...1st time ziarah blog ni.
btw isu utp ni remind me pasal my cousin.
dia blaja kt uniten n ambik gmbr ala2 overc sket(xda la sgt kot) pas2 g publish kt paper n tv3.
time 2 tv3 ada ala2 salam perantaun kt mhi cm 2.then sume mmber dia cm xcaye dia blaja overc.tv3+utusan malaysia kne tipu.padan muka.haha
btw ni ntok saje suke2.bkn tringin nk jd student overc tp xdpt :P
hello student local lagi better kot than oversea's students taw!blaja lagi banyak+susah.hehe
for me utusan malaysia juz keco2 je.menda ni bole settle juz anta email to that student suro mtk maaf.xyah la nk publish dlm paper n cakap student utp itu la ini la

sorry over comment.hehe
btw nice blog! :)

Anonymous said...

fatul, junior la yang anta "-_- sala fact disitu. kang kna kecam lagi. haha ke kau nak perasan muda? keh3

nn said...

bukan budak UTP but side UTP sebab aku rasa memang salah Utusan lah maen taram semua gambar.

bla.bla.bla. said...

haha sumpah comel gila universiti of toronto. haha

Atiqah Ramlan said...

tak boley berhenti gelak bace yg nih hahahahhahhahah

Tuan Din said...

hahaah best penulisan lu bro... aku kat sini nak sokong budak UTP. kerja2 Nakal nie mmg sinoname ngan budak2.. yg utusan tu banga** tak wat editor betu2 tu sapa suruh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008