Friday, November 19, 2010

how to get comolot?

apa dia comolot pun tak tau.. memandangkan sekarang ini semua orang pun mahu cerita pasal pasangan melayu comolot depan klcc, aku pun tidak mahu melepaskan peluang.. aku pun tak ada lah nak kaji video tu untuk ambil tahu kenapa perempuan tu menangis masa awal-awal video itu.. tapi, apa yang aku faham, aku rasa lelaki itu dengan kawan-kawan dia nak pergi Pavillion, tapi perempuan tu nak pergi KLCC.. dari situ sudah mula konflik..

bila sudah malam, mereka mahu pulang dan kemudian mereka bertembung.. lelaki itu cakap kepada wanita itu,

"seronok KLCC?? cukuplah, sampai di sini sahaja hubungan kita.."

wanita itu menangis, kemudian rakaman dimulakan.. aku tidak mahu letak video itu dalam blog ini, nanti Hamzah Ian tidak habis-habis masuk blog aku.. bagi aku, pasangan itu memang cool.. comolot depan klcc adalah sangat epik.. sepatutnya diorang ambil gambar masa comolot, lepas itu masuk dalam Salam Perantauan.. serius, mesti orang ingat diorang ada dekat Toronto..

biasanya kalau orang dapat video pasangan comolot dalam kereta, orang simpan senyap-senyap.. tapi uniknya video pasangan ini, orang ramai bercerita pasal diorang.. aku rasa diorang lagi famous dari Hanis Zalikha sekarang ini.. jadi, kalau kamu mahu jadi famous dan menjadi pilihan ibu-ibu mertua di serata Malaysia, silalah comolot di merata-rata tempat..

bagaimana untuk dapat comolot?? mana lah aku tahu.. kalau nak combontot aku tahu lah.. tapi mungkin kalau pasangan kamu tanya,

"sayang, hari ini kita nak pergi Midvalley ke KLCC?"

dan bila kamu pilih KLCC, mungkin kamu akan dapat comolot.. boleh cuba, tapi dosa tak ada cuba-cuba, confirm dapat punya..

bulan 12 nanti aku akan mulakan praktikal di KLCC, oih, tak sabar betul nak tengok orang comolot depan-depan, boleh aku comolot sekali.. eh tak, boleh aku bagi tazkirah dekat diorang.. aku kan pernah jadi speaker dekat Surau Al-Hidayah..

33 komen busuk:

Munirah said...

haha..tak habis-habis lagi dengan speaker surau..

mira~ said...

err.. ada ya?

Admiral Hafiz said...

eh diorg comolot depan Pavi la..


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

nama.aku.lynn said...

tak paham ngan org2 cmni!

AmalinaAzman said...

hahahaha okay kelakar entri ni

adrinaqamarina said...

entah pa pe je video comolot tu. sampai ke egypt jadi hot berita tu. haaha

Encik Tikus said...

perenggan last tue macam perli jea, LOL !

Nurulbadiah Lai said...

ni orangnya otak letak kt lutut or dah transfer pergi kat lembu..coz lembu die mane2 pon die bercium kn..

nama je islam..mengalahkan org non muslim..memalukan bangse betull..ingt ni kat paris ke nk cium2..siyes xsuke ngn golongan tige suke camne..nak comolot ke..pandai2 la..xyah la kot nk buat filem kat situ..geram!!

cik EPAL said...

asal tak tahu pasal ni? ouh ketinggalan rupanya. biasalah innocent. tak tahu sangat cerita cerita camni. haha

hannamaruku said...

PERGHHHHHHHHHHHH.
(u sepatotnye tau kenape i tulis perghhhh)

Fatul Akrul Ramli said...

munirah.. haha, tak puas hati lagi ni..

mira.. ada apa?

hafiz.. mana aku tahu, aku tak peduli pun..

lynn.. kena lah cuba memahami..

amalina.. jangan gelak..

adrina.. perghh.. kau2 punya hot ni..

tikus.. ngeh2.. menganjeng la.. apa lagi..

nurul.. itu lah kan.. teruk betul..

cikepal.. ye2 je.. padahal dah ada video tu save dlm laptop.. kan2? :P

hanna.. apaa?? apaa????

zarifahmr said...

haaaa..jeng jeng jengg

sue-mai.al-musadda said...

klcc? samee! ko ape? pcsb? woah..eja nama aku kt link tu pun salah.

redballerina said...

Haha. aku rasa diolog dorg ni bakal jd tagline. mmg hebat.heh heh heh comolot tu aku x ambik port.tp jgn la tepi jalan raya.

Fatul Akrul Ramli said...

zarifah.. apa jeng2??

sumai.. yup2, pcsb.. haha, salah ke?? sorry la, aku main hentam je.. ngeh2..

cikpia said...

ha ha... dah la tak hensem tak lawa..... menjadik2 la ayat seperti DAH LA MUKA BURUK, PERANGAI PUN BURUK..... he he.... ooops!!! (ada kekantoian aku layan video2 sebegitu di sini)

wannurfazrini said...

HAHAHA romatik awww cemolot dpn pavilion !

Tuan Din said...

Habis kalu dah bagi aku pilih KLCC ker Awek tu.. tentu aku pilih KLCC sebabnya... Dengan memiliki KLCC aku boleh dapat lebih ramaaaaiiii awek2 kan? kan? speaker kan?

::mrs aidan:: said...

...tak der mak ayah ke budak2 ni??..buat perangai cam anak2 terbiar jer...

...konon rasa western abes la tu...haiiiishhh!!!

*Miss Geli^ said...

bukan takat dapat comolot la...dapat gigit leher sekali tuh...

eh, details plak aku selidik....
kahkahkaha...

tapi yang lelaki tu ensem gile..setuju? (uwekkkkk)

melle. said...

haha mereka tu, kalau aku yang drive kat tepi tu aku jerit je "GET A MOTEL!"

hamzah ian said...

luv bite tu.. haha.. sedut2 leher besta ape.. kah kah kah..

NAJ HEBAT said...

SAYANG... bukan hamzah kate pavi ke..?


mau kene comolot sama wa?

hadoi..

aniszafeerah said...

haha sarcastic lah kau
tengok video ni pun dah rasa macam tinggal kat toronto kan

manje said...

sarcastic entry
hehehe i like.

Mia said...

Bukan kawan-kawan dia ada cakap ke, KITA KAT NEW YORK NIE BAIIII. Hahahaha.

Yang peliknya diorang nie ingat mat saleh nie semua jenis macam tue ke? Dah lama duduk belajar dekat US nie nak tengok orang duk bercium punya lah susah. Satu dua couple je yang buat setakat dua tiga saat menandakan bye saya nak pegi kelas. Kalau tak diorang memang takkan ada PDA PDA nie.

Orang Cina, India, pun takda macam tue baiii. Aduhai.

Kalau suruh pilih Antartika dengan dia ke, nak belajar jauh-jauh ke, lain lah cerita. Nie nak jalan je pun aduhai. Hehe mohon doa jangan kena pada diri sendiri dan keturunan. Amin.

tia said...

kahkahkah!
ngeng sunggohh! ;)

Aliyah Zambri said...

1st time baca your blog. >.<
Also, cerita orang ber-make out depan pavillion sampai budak2 study dekat UK and Dublin pun tau. Erk.
Budak2 study overseas pun takde macam diorang kot =|

Biela Sapine said...

cemolot lebih.. haha

Anonymous said...

aisey fatul..ni ciomolt depan pavi la

Anonymous said...

aku suke la beloh=g kau ni yang ketengahkan orang yang x sedar diri...choii..!

-jelitawansjihanramlay-

Anonymous said...

Merry Christmas and Happy New Year, may all your wishes come true!

Anonymous said...

The article was very interesting and informative for me. weight loss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008