Monday, November 1, 2010

kali ini bukan pasal boobs

entry sebelum ini dapat sambutan betul ya.. cakap pasal boobs sahaja, semua orang suka.. kalau perempuan pun suka, lelaki apa lagi kan.. bercakap pasal boobs, aku tidak bercadang untuk bercerita pasal boobs kali ini.. kesian budak-budak tabligh yang baca blog aku nanti..

masa sekolah dulu, cikgu-cikgu selalu tanya aku..

"bila dah besar nak jadi apa??"

jawapan aku bukan jawapan tipikal budak-budak sekolah lain macam nak jadi doktor la, engineer la, penghulu kampung ke apa.. tapi jawapan aku,

"saya nak jadi kaya cikgu.."

siapa yang taknak jadi kaya bukan?? katakan lah, kamu ada USD 2 Juta.. apa kamu mahu buat dengan duit sebanyak itu?? beli ferrari?? beli choki-choki?? kalau aku, aku mahu beli coli.. coli bukan sebarang coli.. (aku sebenarnya tidak tahu mahu guna perkataan coli atau bra).. kalau satu coli harga dia 5USD, kalau USD 2 Juta dah berapa dah tu..

tapi masalahnya, aku taknak beli coli banyak-banyak tu.. mana nak letak pun tahu la.. tapi aku nak beli coli yang ini,


photofrom italymag

haa.. menarik kan?? okay, sorry budak-budak tabligh.. satu bra ini berharga USD 2 Juta.. bila pakai ini sumpah bangga.. aku rasa kalau aku pakai pun aku bangga, dan serius lepas itu aku ambil gambar aku pakai bra ni masuk dalam blog.. serius..

satu sahaja kelebihan pakai bra ini.. contohnya kalau kamu terlanggar kereta mewah macam BMW ke, Porsche ke, Ferrari ke, Proton Lancer ke, Perodua Kancil ke, lepas itu tuan punya kereta macam tidak puas hati,

"woi, kereta aku mahal ni.. kau mampu bayar ke calar ni??"

dengan tenang, kamu mampu jawab balik,

"saudara, coli saya lagi mahal dari kereta saudara"

cakap sambil buka baju dan tunjukkan coli USD 2 Juta.. ffffuuu, cool gila..

30 komen busuk:

Cik NeyNa said...

hak..hak..
tak mampu..tak mampu..
tapi series cool bro..
series..
tapi mau orang tu pandang ko atas bawah..sebab ko laki yang pakai bra mahal..highlite..MAHAL!!

Whoopz said...

Cuba la coli yg murah2 dulu bro.. Nanti dah ada duit USD2juta senang nak tempah saiz.. Hahah..

fairuz said...

hahah.nak lucah jek.coli mahai ni cerita dah lame lah.hahah

LaiLa said...

haha. siyes..cool gile last part tuh... XD

Tuan Din said...

hakhakhak... cool beb bab kena langgar tu.. nnt aku nak bukak butik coli lah... lu tulun promo yer bro...

Fatul Akrul Ramli said...

siapa ada coli second hand?? nak beli..

DuniakuAbstrak said...

hahaha..bangang..kalau coli harga 18 juta pon aku tak sanggup pakai

nur choki choki said...

coli xbes,choki2 lg bess

Bungakopi said...

senget la.huhu

Razman said...

seimbas tengok macam lisa surihani kan? tapi kalau kau pakai coli tu, harganya akan jatuh tak sampai rm2. percayalah.

Fatul Akrul Ramli said...

kau jangan man.. aku rasa bila aku pakai tu, kau mesti taknak kapel dgn azza dah..

Haniff Ali said...

kalau bra da mahal. kalau nk pegang lagi mahal harganya kn? LOL

hamzah ian said...

heh

hamzah ian said...

mcm pernah ku lihat entry ni

zarifahmr said...

gunting sket pegi gadai kaya woo! haha

CikKaikazie said...

hahaha pakai coli tuh tp duk umah stinggan.heaven beb.xde sape nak curik.

nurul nadea said...

bongokkkkkkkks la kau nih..

eqacashperlala said...

hahaha!
memang cool bila tayang bra USD 2juta bila kita terlanggar kereta lain.

Knisa Zain said...

Nice one!!

melle. said...

okay memang cool

amalina sahaja said...

haha terbaik ayat last. haha

K I E R A said...

Memang tip top ! :D

beLalanG said...

hahahah siyes kewl coli tu...
nasi lemak 50sen pun pakai coli tu leh jadi rm5 :P

Encik Tikus said...

nasi lemak 2 juta pound ! keh keh

Emilia Emira said...

hahaha sengal...kalau empunya blog neh pakai..kompem traffic jem blog neh..

lotikus disarimankan said...

mak aih.nak letak kat situ je.beli mahai2 wat pe.pakai tempurung suda dari bra berjuta-juta tu ha

Aizat Shafiq said...

hahahahaha....buka baju tunjuk coli USD 2 juta...
asal tak pakai coli tu je terus?...
hahahahaha...

hamzah ian said...

bile update?

Anonymous said...

hey bro, aku nmpk muka ko kat mktab baik gila! serious baik gila!
plus ko jd speaker@panel dlm mjlis kat surau al hidayah hr tuh(aku hrp ko x lupe) kan mmg aku confirm ah ko mmg bukan calang org!
tp tu dulu, skrg aku rase ko ni mcm budak2 lain jugak la.
tjuk blog bukan main tp isi nye hmpir ke situ jugak kan??? aku hrp ko phm la..
pe kes ko laki tp ckp psl bnda cmni..huhu
n then if its not a problem for a guy to talk about boobs, then is it ok for a guy like u to say that he will buy a bra n then wear it??
ko gay ke??
ko bukan gay kan?
mmg dah terpampang kat situ ko bukan gay but the way u write sgt bertentangan..haha sory to say..
budak mktab ke mcm nih??
nk jd cikgu ke mcm nih??
abis la the next generation..
feel sory for them...

fulltime dreamer said...

ingat 'nasi lemak' tu kelakar sangat ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008