Selamat Tahun Baru 2011
memandangkan tarikh hari ini (1.1.11) agak cantik, dan aku tiada siapa-siapa untuk dijadikan isteri pada hari ini.. jadi, baik aku update blog.. yelah, nanti bila ada cucu nanti, bolehlah aku cerita dekat mereka..
"atuk-atuk, masa 1.1.11 atuk buat apa ek?? atuk sambut new year dekat mana?"
aku boleh jawab,
"atuk tak pergi mana-mana cu, atuk duduk rumah, lepas itu update blog.."
bolehlah cucu kamu berbangga ada datuk yang macam kamu.. setakat cakap dekat cucu kamu,
"atuk pergi Bukit Bintang je.. main buih.."
"atuk duduk dalam kereta je dengan nenek kamu.. hasilkan ibu kamu.."
amboi atuk.. buat apa dalam kereta tu?? siap amik gambar papan tanda amaran lagi.. malam tahun baru, aku tak pergi main buih, aku tak berdua-duaan dalam kereta, aku tak countdown, aku tak tengok konsert.. jadi, apa yang aku buat?
tak payah tahu lah aku buat apa, aku pergi mana.. sebab semua tu sudah tinggal sejarah.. tahun 2010 punya cerita.. hari ini sudah 2011.. banyak benda jadi tahun 2010, baik buruk semua pun ada.. tapi semua tu mengajar kita untuk jadi lebih matang.. matang maksudnya, kalau dulu kamu selalu lepak di kerusi kaki lima times square, sekarang ini lepak di tangga pavilion pulak.. matang lah tu kan?
2011 ni aku tak ada azam.. sebabnya, kalau ikut tahun-tahun yang lepas, tiap kali aku berazam, tak pernah tercapai pun.. gedik je bila orang tanya,
"fatul, padia azam hang tahun ni?"
aku jawab,
"aku nak jadi handsome.."
sampai sekarang pun tak handsome lagi.. kecewa tidak terkata lah macam tu kan.. jadi, aku memilih untuk tidak berazam tahun ini.. sebaliknya, aku mahu ikut ajaran senior manager office aku.. dia kata,
"why dont you come out with daily objectives? so every day you come to the office, at least you have 4, 5 things you want to achieve for the day.."
bunyi macam best kan?? tapi bila kamu tak tau apa yang kamu nak dapat dalam sehari tu memang masalah besar lah.. tapi tidak mengapa, esok aku nak jadi handsome, nak jadi kaya, nak jadi bergaya, nak buang air besar.. agak-agak boleh dapat tak??
jadi, apa azam tahun baru anda??


17 komen busuk:
nak bantu fatul jadi hensem~
perlukan doktor untuk plastic surgery, t call. haha.
semoga tercapai cita3 dan azam tu dengan jayanya.
hai hensem
selamat tahun baru
ko memang tak penah hensem sebab kau KACAK !
haha azam aku . nak beli telefon .
takmau cikai2 punya . itu aje . ngee
kau hensem doe aku pun dah nak terpikat tengok kau, grrrr
WOW,nak jadi hensem erk.?
HAHA
azam-renew 2010's :)
* kap-alif-wau-ya-nun *
azam baru na jadi kurus. wee ;D
p/s ; memang ta berkembang saya punya azam. -.-'
Azam aku tahun nie nak laksanakan azam tahun lepas...
azam tahun lepas nak laksanakan azam tahun lepas2...
hehehe
azam nak jadi hensem jugak! huahaha. happy new year! :D
cubalah berazam jadi gay pula. mesti tercapai
bunag air besar tu sure
weh fatul,susahnya nk achieve azam ko tu kan...cuba tkr jd gud-looking,hah esk trs tertunai yooo
'fatul, padia azam hang tahun ni?'
kenapa tak jawab,
'aku nak jadi lebih gayy..'
kenapa kenapaa?
tersesat datang sini
azam taun baru, baca blog apekesni
hahahaha
camne intern weh?
jemput jemput la menerjah blog ijat
http://ijatasni.blogspot.com
^_________________^
lu dah tgk xoxo.com? tgk la brader
haha lawak dowh semua post kau. apasal lah aku tak jumpa blog kau dari dulu lagi. ceh!
Post a Comment