Thursday, February 17, 2011

hari kekasih je mesti nak romen

semua orang tahu hari kekasih atau Valentine's Day jatuh pada 14 Februari setiap tahun.. sejarah hari kekasih ni aku tak tahu lah macam mana, malas nak google.. tapi macam menarik jugak lah kan, bila pasangan kekasih saling bagi hadiah, saling comolot, saling beromen masa hari kekasih.. bagi aku yang mempunyai pengalaman cetek dalam hal kasih mengasihani ni, aku tak faham pun simbolik sambutan hari kekasih itu sendiri..

tapi sebelum itu, apa sebenarnya yang pasangan kekasih perlu buat masa hari kekasih? bagi bunga? bagi coklat? beromen?.. tapi kalau kamu orang Islam, kamu kena tahu la apa yang haram, apa yang halal.. kamu sendiri tahu bila boleh romen, bila tidak.. (eh, asyik sebut romen je ni).. jadi, tak perlu lah aku nak bagi ceramah dekat kamu macam yang aku "pernah" bagi dekat surau Al-hidayah haritu.. kehkeh..

bila cakap pasal halal, haram.. aku rasa majoriti orang islam tahu, menyambut hari kekasih adalah haram.. tapi, malam hari kekasih haritu, aku tengok berita ada dalam 40 pasangan kena tangkap khalwat.. memang aku tak faham, kenapa ramai nak beromen masa hari kekasih.. hari lain diharamkan beromen ke?

tapi biasalah kan, speed limit dekat highway 110km/j pun orang bawak myvi bawak sampai 180km/j.. tak boleh jual CD lucah pun, artis-artis buat 3gp share dekat internet.. jadi, tak boleh nak kata apa lah kalau ramai orang beromen masa hari kekasih.. mungkin diorang seronok kena sergah dengan JAIS kot.. mana taknya, JAIS serbu bawak geng, polis, rela, JKM, TV3, RTM, BERNAMA, 999, bersamamu, zakiah anas, mazidul akmal sidek.. boleh jadi famous dalam sekelip mata je tau..

teringat aku tweet Obefiend dekat twitter (mestila tweet dekat twitter),

"hey meleis muslim. if u go to hotel dont FOURSQUARE your location "

memang directly untuk kamu yang ada iphone ke BB ke android ke.. maksudnya, kalau pergi hotel nak beromen, tak payah la foursquare.. silap-silap nanti JAIS sendiri yang foursquare, check in with 20 others.. hihi

ok bai..

17 komen busuk:

adrinaqamarina said...

kekadang tepikir, diorang ni da hilang perasaan malu ke ape?

zarifahmr said...

sempat lagi komen ni keh keh ok bai! =p

Khairi said...

sebenarnya boleh kalau nak beromen pada hari kekasih sapa ckp tak boleh, hari lain pon boleh. yg tak bolehnya kalau sama jenis, atau blom kawin. tu j.

MATAHARI said...

ha. ha. ha. nape lah nak main romen2.
cuba kahwin je pada hari valentine. susah2 je nak romen dulu sebelum akad nikah.

cik mieza said...

hehehe..kelaka..
mntx la dijauh kn perkre2 yg xelok cm 2..amin..

cikpia said...

aku tatau nak gelak ka nak insap.... tapi sapa kata insap takleh gelak kan???? he he......

mintak dijauhkan.amin~~~

Miss Nurun said...

dr tahu bercakap baik kite buat sesuatu an?

wannurfazrini said...

kah kah ! jais guna foursquare . hebattt :D

Alexandriana Alia said...

tak dapat coklat tak dapat bunga, makan mee goreng mamak je pada hari itu. huhu

ENCIKTIKUS said...

romen jom ?

hannamaruku said...

@apekesni I'm at Hotel murah jalan kugeram w/ 20 others.

i taktau la org len perasan ke tak.
tapi i perasan oh u ada tweet ni malam vday haritu.

Mimie said...

hari hari comolot tak yah tunggu 14feb pun..hahha

Afiqah Azmee said...

kau pun, jangan foursquare bila nak berak tehehe

kakiberita said...

keh keh keh..
valentine tu apa?

Cinta Blueberi said...

tajuk-tajuk yang saudara tulis memang menarik n bikin panas tuh..keep it up !! ^_^'

kampung mali said...

hahahaa.... besa la kan dh jdik trend org skrg.. aku pown x phm ngan bebudak skrg...

Cik Arin said...

Ai laikkkk...!!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008