Monday, May 9, 2011

Twitter dan Evolusi Spenda Wanita

oh, semalam hari ibu ya? hari ibu adalah masa di mana semua orang mahu tunjukkan yang mereka sayang ibu mereka.. hari-hari lain tak perlu tunjuk okay, masa hari ibu sahaja.. jadi, hari-hari lain kamu boleh mengumpat ibu kamu, marah ibu kamu, herdik ibu kamu, tinggikan suara terhadap ibu kamu.. dan masa hari ibu, kamu minta maaf atas apa yang kamu sudah buat.. macam itu ke definisi hari ibu?

oh, aku bukan mahu cerita pasal hari ibu sebenarnya.. perenggan di atas cuma mukadimah sahaja.. hek eleh, mukadimah pun kamu tak tahu apa? tak apa, aku pun tak tahu apa maksud mukadimah tu.. ace google ce google..

okay sebenarnya aku mahu cerita pasal twitter ni.. entah kenapa si burung biru ini boleh jadi satu trend yang sangat "in" pada masa dan ketika ini.. teringat aku zaman main digimon dahulu.. setiap budak sekolah masa tu kalau tak ada digimon adalah tidak urban, digimon pulak ada version version dia, gigih lah pulak kau nak ikut trend dia kan..

begitu juga dengan twitter, setiap orang mesti nak ada twitter.. yang tak ada twitter pun, lepas baca post ini mesti nak ada twitter jugak.. sebabnya, aku nak bagi 5 sebab kenapa kamu mesti ada twitter. dan kalau lepas ni kamu tak ada twitter jugak, maknanya kamu.... tak urban

  • kalau ada twitter, tak perlu subscribe astro.. sebab warga twitter suka update tentang rancangan yang mereka tonton.. makna kata, kalau dia tengok bola, dia akan tweet berapa gol dah, siapa kena kad merah, kad kuning, siapa bagi penalty, siapa main laser.. jadi, tak perlulah langgan astro sports.
  • kalau ada twitter, tak perlu report dekat balai polis kalau kereta hilang.. sebab warga twitter ni diorang memang caring, suka membantu orang lain.. contoh kereta kamu hilang, lepastu kamu tweet sahaja, "kereta Subaru Impreze ver6 nombor plat TAH 1 hilang di depan kedai karaoke, sila RT".. RT tu bermaksud ReTweet, jadi tweet kamu ini akan tersebar di seluruh twitter.. untung-untung, orang yang baca RT tu jumpa kereta kamu boleh lah dia sorok kereta kamu dalam rumah dia.. jadi, tak perlulah report polis.
  • kalau ada twitter, kamu boleh dapat tahu apa kawan kamu sedang buat.. berlainan dengan facebook.. twitter ni biasanya orang akan bagitahu setiap perkara yang mereka buat.. contoh macam pagi ni dia sarapan nasi lemak, kemudian dia berjalan menuju ke kereta pun dia nak bagitahu twitter, dia sedang memandu, dia sedang buang air besar di shell, dia sedang masak nasi, dia nak tidur, dia baru bangun tidur, dia tidur balik, dia kencing dalam seluar.. semuaaaa pun dia bagitahu dekat twitter.. jadi, tak perlulah tanya, "hai, awak buat apa je harini?"
  • twitter ni sebenarnya boleh jadi satu medium pornografi.. bukan secara visual tetapi secara emosi.. mana tidaknya, kalau kamu follow warga twitter yang suka melucah, ada sahaja tweet mereka yang mampu mengganggu gugat keimanan kamu.. terma-terma seperti nenen, tetek, karipap tembam, pelir, anu adalah terma yang sangat serasi dengan twitter.. sekiranya kamu segan untuk membeli DVD lucah di depan 7 Eleven atau McDonalds berdekatan rumah kamu, twitter adalah medium yang sesuai sebagai inisiatif.
  • twitter ni jugak boleh jadi tempat karaoke.. maksudnya, kamu mempunyai suara yang tidak merdu, tetapi hati kamu membuak-buak untuk menyanyi.. jadi bagaimana untuk kamu mahu uar-uarkan bakat kamu yang terpendam itu? twitter lah mediumnya.. kamu taip sahaja lirik lagu yang kamu minat itu di twitter.. nampak lah gaya macam kamu adalah seorang professional dalam arena nyanyian.. jadi, tak perlulah bazir duit di pusat karaoke yang kamu kena bayar rm100 satu kepala untuk menyanyi sambil ditemani chicas di ampang.. hihihihihi..

haa, ace kira cukup 5 ke tidak.. kalau cukup, maknanya post ni sampai sini jelah.. kalau tak cukup pun, sampai sini jugak.. sebab bos aku asyik ulang-alik depan aku je ni.. macam tak sabar-sabar nak baca blog aku.. oh, tapi sebelum itu, aku nak share satu evolusi..

macam kereta mitsubishi evo, ada evo 1 sampai evo 10 dah sekarang.. begitu juga dengan ini.


Evolusi spender wanita.

amboi, seronok ye tengok spenda wanita.. okay bye semorangg.


15 komen busuk:

zarifahmr said...

makna kata?



*sambil bayangkan fatul bercerita*

wannurfazrini said...

lagi layan main twitter kot. nak bebel pape pun org tak kesah sgt banding kat fb . lohhhhh revolusi spende tu takleh blahhhh !

Milly said...

T__T evolution yang memusykilkan.

Kap said...

akhirnya terbogel.

Tupai Karan said...

haha.. tiap kali aku baca ko tulis mesti gelak.. cam setan ja evolusi tu huhuh..

sebbek aku xsangkut ngan twitter sangat :P

Pempuan Kalau Bergambar.. Heiii

Khuzrin Kamarudin said...

Hahahaha... sudah...

Cik NeyNa said...

Wahhhh...
sungguh berguna twitter nih..nak pi reg skarang...tapi bangun pagi nak kena on pc..sebelom nak gi yek kena on pc..almaklumlah..henpon aku bukan blekberi ke..stoberi ker..
henpon kokak jer..camne tu?? takde dana nih..tak urban lah aku camni..huhu..sedey...

AyuE SurihanyOt said...

apa kaitan sepender dgn twitter fatul??aku tak dpt nak synchronize kan antara dua tu..

Fatul said...

zarifah.. makna kata?

wani. yes, memang layan..

milly.. kekekekekeke.. tapi betul kan?

kap. yeahh bogell

tupai.. makna kata kau tak urban.

khuzrin.. apa yg sudah?

neyna.. hek eleh.. nokia 3310 pun boleh on9 jugak

ayue.. tak ada kaitan pun. kekekekek

rafiq said...

baru nak tahu2 sikit pasal twiter. tahu2 kau dah buat. macam tahu2 je kan.

syAzAnA said...

twitter best. tpi, belum lagi jadi #tahitwitter sebenrnya. step by step kata orang.

follow den, syazberry

wee~

Hansyirah Takezur said...

best berbelog lagi.. ye dak? :)

Fatin Baharum said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Baharum said...

tapi ada twitter pakai handphone lampu kuning tak best jugak. kena bukak guna laptop T_T

evolusi spender ? haha

latest entry : the convocation ♥

kaizen said...

urban... urban.... sgt la urban...

blog Urban-or-Disaster

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008