Selamat Hari Jadi dekat diri sendiri
okay, dalam banyak-banyak hari, hari jadi aku sendiri lah yang aku paling tak sabar nak sambut.. eh, bukan sambut sebenarnya.. lebih kepada menyelami isi hati sendiri pada hari jadi sendiri.. yelah, nak harapkan ada orang tunggu dekat dalam rumah, siap dengan belon, kek, hadiah.. lepas itu, aku masuk rumah tiba-tiba orang cakap,
"seprais!!"
MEMANG TAK AKAN BERLAKU LAH KAN..
jadi 7 Jun 1989, aku telah dilahirkan.. dan pada 7 Jun 2011, aku berusia 22 tahun.. eh muda lagi kan? (assalamualaikum mak hanis zalikha). :B sepanjang 22 tahun ini, memang banyak pengalaman aku yang telah mematangkan aku.. tak caya, cuba baca betul-betul ayat aku.. kalau bunyi macam skema tu maknanya aku matang la..
perginya seorang bapa dari hidup memang satu detik yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.. hidup aku rasa sunyi sangat.. kadang-kadang bila duduk rumah sorang-sorang, selalu terfikir,
"bila papa nak balik kerja ni?"
yes, call me crazy.. tapi itulah kenyataannya.. acapkali aku cemburu dengan kawan-kawan yang masih mempunyai seorang bapa.. makan sama-sama, keluar sama-sama.. sebab aku tak mampu nak ada semua tu, memang tak akan.. sampai bila-bila..
fuhh, berair jugak mata aku ni.. nak tengok gambar aku nangis ke? ah tak payah lah.. ini pertama kali hari jadi aku tanpa seorang bapa.. tiap-tiap kali hari jadi aku, arwah ayah akan tanya,
"nak apa?"
dalam hati memang nak ipad 2, rumah banglo 3 tingkat, kereta kancil.. tapi aku tak pernah bagitahu arwah aku nak apa.. tapi masa kecik-kecik dulu ye lah.. mintak itu, mintak ini.. mintak lori sampah mainan tu, mintak gameboy, mintak girlfriend.. eh?. girlfriend tak mintak rasanya..
tapi sekarang, rasa rindu sangat dengan arwah..
"papa, minggu depan saya datang ziarah pusara papa ye, papa tunggu ye."
22 tahun.. orang kata muda lagi.. tapi budak-budak sekolah macam adinda evans mesti kata aku dah tua.. tapi tak kisah la.. umur cuma nombor.. lagipun, adinda evans dah tak ada dara.. eh, tiba-tiba cerita adinda evans pulak..
biasanya malam birthday orang pergi disco, kelab, baru la orang KL yang urban namanya.. tapi aku? haa, balik dari office semalam kereta boleh pulak overheat, radiator bocor.. isi air, air keluar.. air keluar, isi air.. nak taknak, dari office nak balik rumah tu, aku rasa aku dah berhenti 15 kali.. sampai-sampai rumah, tak makan, tak mandi, terus pingsan kat lantai.. sedar-sedar dah pukul enam, dah kena keluar balik pergi office..
best kan malam hari jadi aku? ingatkan bangun-bangun pagi nak pergi office tu ada lah sebuah BMW 3 Series dekat depan rumah, tengok-tengok tak ada.. sedih jugak rasa hati.. eh, panjang sangat lah pulak post aku ni.. dah la nak update pun setahun sekali, lepas tu nak update panjang-panjang pulak.. so, next post tunggu birthday tahun depan lah.. hehe..
terima kasih kawan-kawan facebook, kawan-kawan blog, kawan-kawan twitter, kawan-kawan UTP, kawan-kawan ofis, kawan-kawan sekolah, family, saudara-mara, kawan baik, kawan terbaik, kawan tak baik, skandal, ex-girlfriend dan semua yang wish happy birthday dekat aku.. terharu gila.. rasa nak comolot je dengan semua orang.. tapi mesti korang taknak comolot dengan aku.. okay sudah,
"SELAMAT ULANGTAHUN KE-22 WAHAI FATUL AKRUL BIN RAMLI"

20 komen busuk:
happy birthday fatul!
haih apesal entri kali ni macam mengundang air mata je? *lap keyboard*
teringin nak ziarah pusara arwah..
may your dreams come true fatul akrul :')
hepy birthday fatul =)
oh my... happy 22nd birthday mr. loneliness and longingly.. itulah rasanye bila kita menyayangi.. be strong and tough.. May He grant you serenity di sepanjang jalan kehidupan.. senyumlah setiap hari kerana Dia tidak pernah membiarkan kita keseorangan malah akan tiba masanya tangan yang hanya menyapa angin kan diraih erat oleh someone passing by.. =)
sedihnya baca ni fatul.hmm,selamat ulangtahun semoga Allah panjangkan umur untuk tahun2 ke seterusnya.
happy bufday bro !
may Allah bless you
esok ferrari sampai kat depan rumah lu
selamat ulang tahun kelahiran fatulll. matang sememangnya entry kali ini.
semoga arwah bahagia hendaknya di alam sana.
p/s: kek?
Selamat menyambut hari tua . :)
Sedih membaca nye . :'(
Ayah kau pun mesti rindu kau :)
May Allah bless.
lap ayaq mata... sedey nya entry ko nih... tak abes baca lagi dah sedey....
sadis betul kau, sob sobs. happy birthday apekesni? :)
banyakkan sedekah untuk arwah,
hepi besday fatul.
jom cemolot.
happy birthday !
happy birthday fatul! :)
TSK TSK TSK..
ANDA HAPPY, TAPI HAKIKATNYA ANDA SEDIH..................
*takpe, papa bahagia dapat anak macam atul, senyum pelis*
selamat hari lahir...
slamat2...hehe..same2 follow k...gua baru..
afiqah hazmee..hi..jom follow same2...
happy birthday fatul :) tsk tsk ucap sambil menangis baca entry
nak party buih
Post a Comment