Friday, August 12, 2011

Facebook adalah satu kewajipan

hai, nama saya fatul akrul bin ramli.. dan ini, ini adalah blog saya.. *trenngg tengg tenggggg* (lagu pembukaan)

haa, gempak tak intro aku? saje nak bodek kamu semua sebab aku lama tak update blog.. hihi.. bukan sengaja tahu.. tak sengaja sebenarnya.. cerita dia macam ini, *tirai tutup* *lampu dimalapkan* .. okay tak payah lah nak tutup lampu, tutup tirai sangat kan..

sebenarnya, aku baru sahaja habis latihan industri (lah sangat) dekat twin tower, KLCC.. 8 bulan aku habaq hang.. makcik cleaner, makcik buat air, makcik hidang air, makcik lap meja, makcik kotorkan meja, makcik yang lap balik meja tu, semua dah kenal aku.. bukan nak kata aku artis ke apa.. tapi yelah, 8 bulan adalah sangat lama, sampai ada salah seorang makcik ingat aku dah memang pekerja tetap..

lepas dah habis praktikal tu, aku beralih angin untuk buat kerja sampingan.. yelah, aku cuti 2 bulan sebelum sambung belajar balik.. jadi dari aku duduk rumah tidak berbuat apa-apa, lagi-lagi bulan puasa ni.. duduk rumah diam-diam pun boleh gersang tiba-tiba tahu.. setan, seth tan, hantu semua tak ada pun, tapi nafsu tetap ada.. nafsu apa tak payah cakap la..

sebenarnya sekarang ini aku bekerja di satu restoran di cheras.. bos dia melayu, boleh kata macam family business lah, laki dia, anak dara dia, anak bujang dia semua ada dalam kedai tu.. tapi yang layan customer, kena marah dengan customer, rasa nak pukul customer dengan senduk nasi, ni haaa *tunjuk muka sendiri*.. sebelum ni aku pernah kerja jugak, tapi tak adalah sampai bos nak bawak laki, bapak tiri, moyang, nenen dia semua tu.. tak faham aku dengan tempat kerja aku ni..

anak bos aku tu ada lima orang, 3 orang dah besar panjang, lagi 2 baru lepas mumayyiz aku rasa.. tapi setiap hari datang kedai, main Facebook.. kalau Facebook adalah sebuah permainan macam PS2, PS3, X-BOX, ICE BOX ke aku faham la.. NI FACEBOOK FAHAM TAK.. apa benda yang kau tengok Facebook tu dari pukul 2 sampai pukul 10? nak kata kau Dr Rozmey nak delete komen tak jugak, nak kata kau artis pun macam mustahil.. *check Facebook kejap*

aku bukan apa, anak bos yang sulung sebenarnya manager kedai tu, tapi aku tengok dia yang paling gersang dengan Facebook.. masuk-masuk kedai, pergi dekat PC, terus bukak Facebook.. lepastu suka mengarah orang,

"Fatul, nanti lap tingkap tu"

"Fatul, nanti tolong mop lantai ni"

"Fatul, kejap lagi tolong korek hidung aku"

yang last sekali tu aku syak aku tipu je.. aku memang tak boleh nak hormat dengan orang yang kerja macam tu.. memang la tu kedai mak abah kau, tapi tolonglah buat kerja sekali dengan kuli-kuli batak kau ni.. buat kerja sama-sama, main facebook lepas dah siap kerja pun sama-sama.. barulah harmoni namanya.. barulah aku rasa nak add kau dalam facebook nanti..


9 komen busuk:

FieZa9 said...

Kebendaaaaaaaaaaaaaaa Patul niiiii.

Afiqah Azmee said...

tekel je anak dara dia muahaha

joegrimjow said...

cuba memahami tapi gagal!

~Nanie@InTaN~ said...

kelakar..huhu..biasa la tabiat anak bos...:)

zarifahmr said...

bandung soda tanak susu satu bang? kurang ais ye

NorHalizah said...

ssh keje dengan ank bos ni.

Haluan Kiri said...

Fatul, pasni basuh van aku...kalau boleh bagi polish sikit...

fyrafauzi said...

haha pernah mengalami nasib yg sama XD yang korek hidung paling tak bleh blah hahahaha

safwan seth said...

aku bukak facebook utk berniaga..lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008