Friday, August 19, 2011

warkah untuk papa

Assalamualaikum papa,

kalau ikutkan, 20 ogos tahun ni, genap setahun papa tak balik rumah jenguk kami sekeluarga.. genap setahun kami makan bertiga je dekat rumah, genap setahun bil air, bil elektrik, bil astro kami bayar sendiri.. papa faham tak kami sekeluarga rindukan papa?

hidup kitorang lain sangat bila papa tak ada.. yela, biasa hujung minggu papa mesti baring atas sofa sambil tengok tv, lepas tu mesti tertidur, dan lepas tu mesti berdengkur bunyi sampai ke dapur.. lepas tu pulak, papa kan suka tukar-tukar channel tv, kejap tv3, pastu lima minit lepas tu tv1, lepas tu tv3 balik.. sekarang ni kitorang tengok tv tak tukar-tukar channel pun tau papa.. lagi-lagi kalau abang langgan Astro First.

cakap pasal abang, company dia nak hantar dia pergi Abu Dhabi bulan depan.. tapi tak tahu la dia jadi pergi ke tak.. ingat tak dulu pun dia ada dapat offer yang sama jugak? lepastu kan papa, mama bagitahu abang dah dapat seru nak kahwin tau.. haritu dia tanya mama pasal merisik, mama mana lah tahu kan, family kita pun bukan ada yang dah pernah kahwin kan.. kalau papa ada, boleh la papa dengan mama pergi merisik girlfriend abang tu kan.


saya pulak macam mana? macam ni jela papa.. belajar pun tak habis lagi.. dulu papa kata, sempat lah saya habis belajar sebelum papa pencen, tapi sekarang ni, saya tak habis belajar lagi, papa dah tak ada dengan kitorang.. teringat masa papa ada dulu, dua kali kereta saya rosak tepi jalan, dua kali tu jugak papa datang tolong, kesian papa.. penat-penat baru balik kerja, baru nak lelapkan mata, saya call papa suruh datang tolong.. mintak maaf ye papa.. haritu kereta saya overheat dekat damansara, papa tahu tak masa tu saya berharap sangat papa ada.. rasa nak cari nama papa dalam telefon lepas tu call papa.. tapi apakan daya, papa dah tak ada.. tapi papa jangan lah risau, sekarang ni saya dah ada ramai geng kereta, kalau rosak, boleh mintak tolong diorang..


papa rindu mama tak? mesti rindu sangat kan? mama pun rindukan papa.. papa kan selalu merungut dengan saya pasal mama.. mama sayang sangat dengan papa tau.. haritu kitorang ada buat tahlil untuk papa, masa hari jadi papa.. masa tu adik beradik papa datang rumah kita tau, tidur sini sekali.. lepas tu kan papa, masa tengah ramai-ramai tu, mama terjatuh tangga.. kesian mama, bengkak jugak kaki dia lepas tu.. dah la tengah sakit kaki, mama nak layan tetamu yang datang tahlil tu lagi,. sayangkan papa punya pasal tu.. sejak papa tak ada, mama tak boleh tidur tempat gelap sorang-sorang.. biasa malam-malam bilik mama memang cerah je.. mama kata dia takut..

oh ye, lagi berapa hari je kan nak raya.. raya nanti Insyaallah kami datang ziarah papa.. lepastu nak beraya dengan adik beradik papa dekat ipoh tu.. kalau papa ada, mesti lagi meriah.. papa kan dah macam ketua keluarga yang kedua.. saya rasa orang ipoh pun mesti rindu nak sebut nama Paman Li..


okay lah papa, saya berhenti dekat sini jela, nak bersiap nak pergi kerja.. harap papa baik-baik sahaja di sana.. kitorang tak boleh nak bagi papa apa lagi dah, duit ke, kasih sayang ke, semua tu dah tak ada nilai.. tapi papa jangan lupa, doa kami sentiasa untuk papa..



Sekian,

Dari kami yang merinduimu.


20 Ogos 2011. genap setahun pemergian arwah ayah aku.. Al Fatihah. (http://apekesni.blogspot.com/2010/08/20-ogos-2010.html)


:)

20 komen busuk:

wannurfazrini said...

menangis aku baca . tabah ye :)

namaakulynn said...

sedih.be strong.al fatihah.

zarifahmr said...

now i know..

be strong and stronger babe :'))

mieza iza said...

tersentuh. :')

nizamsani said...

bersamalah kita berdoa.

lyana rosli said...

fatul, agree dgn ayat last ko. wlaupun dia dh xde, and ko xboleh bg ape, tp jgn lpe, doa seorg anak sentiasa smp.

al-fatihah!

:D

mizzbutterfly said...

aku follow blog ko sbb entry yg ayah ko meninggal dunia... ouh..aku sedih...dan aku sebak bace entry nih...papa ko mesti bangga dengn ada anak mcm ko...

hastaj said...

al fatihah..

uchiha ct-k said...

mesti kena ada hanis zalikha...
:p

safwan seth said...

ade je hanis zalikha.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sedih gila bace T__T



al fatihah utk arwah papa atul.

Raja Norhazrin said...

T_T


al fatihah...

Empire said...

papa-lucah.blogspot.com

Shinnaz Ahmad Rasid said...

alfatihah untuk arwah :) sabar ya :)

Anonymous said...

ur papa is up there, resting in peace knowing that he left a son behind whom he surely knw is going to take care of the rest of family. keep going,and pls,do take care of ur mother,she may seems ok on the outside,but deep down the pain of losing her most beloved and the only man is killing her slowly. send my *anonymous* regard to her.

Fatul Akrul Ramli said...

thank you anonymous. you're kind enough. :)

Gadis Biasa said...

bce ni tbe2 nagis..takziah ya...

cimöt said...

i just can't imagine how if i'm at your place..

takziah

Nadia Amat said...

igt entry main2... takziah k, i paham abah i pun dh xde.

Anonymous said...

to be doing? grammar error laa... wakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008