Friday, April 20, 2012

TwtupIpoh yawww!

HAMAGAD!


lamanya tak update belog. kalau benda mekanikal, tak diusik untuk satu waktu yang lama, maka hilanglah efisiensi benda mekanikal itu. macam belog, lama tak diusik, harap-harap efisiensi tak hilang. bukan apa, spender kecik nak masuk dalam punggung yang besar memang tak muat, kalau dipaksa macam mana pun, still tak akan muat jugak. eh spender masuk dalam punggung tu maksud aku bukan masuk ke dalam punggung. tapi "menyarung" segenap ruang punggung. sama jugak macam belog, kalau dah tak ada masa, malas nak update, nak paksa untuk update pun tak guna.

sebenarnya aku tak hilang, orang asyik tanya aku,

"hai abang, mana menghilang? lama tak nampak?"

sebenarnya orang yang tanya tu memang tak pernah nampak aku pun. jadi, ayat "lama tak nampak" tu tak boleh diguna-pakai. sebab kebiasaannya ayat itu digunakan jika seseorang pernah berjumpa dengan seseorang yang lain. jadi, aku bagi saranan kalau kamu terasa nak tanya aku, boleh tanya macam ni,

"hai abang, taknak mintak nombor telefon saya ke?"

ataupun,

"hai abang, abang nak saya belanja McD ke tidak?"

sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kamu semua, tapi sebelum tu aku nak mintak maaf sebab dah 2 kali aku guna perkataan sebenarnya, bukan sebab terpengaruh dengan lagu Yuna - Dan Sebenarnya tu pun, cuma aku seorang yang jujur, jadi aku sering berkata benar, sebab tu aku guna sering guna perkataan sebenarnya.

aku sebenarnya sekarang agak aktif di Twitter, sebab Twitter lebih mudah usha makwe-makwe, tapi kalau nak usha gambar-gambar makwe, aku kena berpaling tadah terhadap Facebook lah pulak. sebelum aku cakap lagi banyak, mari kita tengok video kejap,




haa, comel kan video ni. okay, Sebenarnya (lagi), ni video "pengusik" atau "teaser" untuk #TwtupIpoh, apa itu #TwtupIpoh?

Dalam koloni Twitter, akan ada puak-puak yang suka buat event sesama puak-puak twitter yang lain, jadi bila puak-puak ini berjumpa antara satu sama lain secara rasmi, mereka akan panggil perjumpaan itu sebagai #Twtup. (disebut sebagai Tweet Up). tapi dalam bahasa mat-mat rempit, disebut sebagai "Twitap". secara dasarnya, idea #TwtUp diambil dari frasa Twitter Meet Up, di mana segenap lapisan warga Twitter berjumpa untuk berkenalan antara satu sama lain, juga merapatkan silaturrahim.

ada pelbagai #TwtUp yang pernah dianjurkan, antaranya #TwtUpJohor, #TwtupUTM, #OctTwtFest. dan buat julung kalinya, #TwtupIpoh bakal dianjurkan di bahagian utara semenanjung. Sudah pasti, #Twtup ini bakal diadakan di Ipoh,


jadi kalau kamu sekalian alam berkelapangan, boleh la datang ke PORT Ipoh pada 28 April 2012 nanti. sebabnya, ada banyak artis-artis menanti anda. anda tak perlu menanti artis, artis yang menanti anda. antara barisan artis yang bakal memeriahkan lagi #TwtupIpoh adalah Imran Ajmain, Faboulous Cats, Bittersweet, Couple dan ramaaaaaaiii lagiii.

selain tu, ada jugak EduFair dan JobFair untuk lepasan SPM dan juga yang tengah mencari kerja. FunFair je yang tak ada untuk #TwtupIpoh ni. Ada juga basking, camera photography competition, DOTA, extreme sports, sukan tradisional dan macam-macam lagi. Rugi siapa yang tak datang. TAPI YANG PALING PENTING, AKU PUN ADA SEKALI.

Aku berharap sangat ada orang datang jumpa aku lepas tu mintak tandatangan ke apa ke. okay! jumpa kalian di sana ya! muahhxx xoxo. -_-

7 komen busuk:

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

wow abang. lama tak kapel..

zarifahmr said...

kissing booth takda ke abang? :(

Fatul Akrul Ramli said...

lama tak kapel? -______-'

xila riston said...

jom jumpa....nak signnnn

Eyka said...

wahhhh..kite pon memg plan nak pergi..ayuhh! haha;D

Fatul Akrul Ramli said...

yayy! jumpa korang kat sana k. :B

SitiKhadijahMdSaid ;) said...

Hamboi. Tetiba den terasa pulak dengan 'lama tak update' tu. HAHAHA :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Design by infinityskins.blogspot.com 2007-2008